SEKUMPULAN penunjuk perasaan anti-Mubarak bertengkar dengan askar selepas tidak setuju untuk bersurai di Dataran Tahrir.
2011/02/14
KAHERAH: Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak, belum meninggalkan di Mesir dan kini berada di pusat peranginan di Sharm el-Sheikh, walaupun khabar angin tersebar menyatakan beliau sudah melarikan diri dari negara itu. Media negara itu melaporkan, Perdana Menteri, Ahmed Shafiq mengumumkan Mubarak masih berada di Sharm el-Sheikh ketika mengadakan sidang akhbar pertama sejak bekas presiden itu meninggalkan Kaherah.Khabar angin sebelum ini menyatakan Mubarak kemungkinan besar akan berhijrah dan tinggal dalam buangan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).Sementara itu, pentadbiran tentera Mesir mengumumkan pihaknya sudah membubarkan Parlimen, menggantung Perlembagaan dan akan memerintah negara itu hanya untuk tempoh enam bulan atau sehingga pilihan raya diadakan.
Sementara itu dalam satu kenyataan, Majlis Tertinggi Tentera memberi jaminan satu pungutan suara bagi meminda Perlembagaan akan dilaksanakan. – AFP/Reuters
Reaksi balas daripada tokoh pembangkang dan pemimpin tunjuk perasaan setakat ini amat positif.
“Ia adalah satu kemenangan untuk revolusi,” kata tokoh politik pembangkang, Ayman Nour yang mencabar Mubarak untuk jawatan presiden pada 2005. Beliau kemudian dipenjarakan atas dakwaan pemalsuan yang didakwanya bermotif politik.
Pemimpin gerakan belia, Mahmoud Nassar berkata: “Pihak tentera setakat ini mengotakan janjinya untuk memenuhi tuntutan rakyat dan kami menggesa agar tahanan politik yang ditangkap sebelum atau selepas tunjuk perasaan 25 Januari, dibebaskan. Jika ini dapat dilakukan kami akan mengakhiri tunjuk perasaan”.
Penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Tahrir sebelum itu bertelagah dengan pasukan tentera selepas mereka enggan meninggalkan kawasan itu, sebaliknya mendesak kerajaan sementara membuat pengumuman langkah lanjut yang akan diambil bagi menegakkan prinsip demokrasi di Mesir. – AFP/Reuters
No comments:
Post a Comment