2011/02/17
PHILADELPHIA: Seorang bekas banduan mengambil keputusan membina penjaranya sendiri berhampiran rumahnya selepas dibebaskan dari penjara baru-baru ini. Michael Ta’Bon yang dijatuhi hukuman penjara hampir 10 tahun kerana melakukan rompakan bersenjata berkata dia berbuat demikian selepas mendapat pengalaman berguna ketika di penjara.Ta’Bon sudah tinggal di penjara buatan sendiri itu sejak 1 Februari lalu lengkap dengan pakaian seragam banduan berwarna oren dan gari yang tidak berkunci. – Agensi
No comments:
Post a Comment