Pages

Wednesday, January 19, 2011

Trend bakar diri tanda protes




2011/01/19

 ABDOU cedera selepas cuba membakar dirinya di luar bangunan Parlimen akibat tak puas hati dasar kerajaan Mesir melarang pemilik restoran membeli roti subsidi.
ABDOU cedera selepas cuba membakar dirinya di luar bangunan Parlimen akibat tak puas hati dasar kerajaan Mesir melarang pemilik restoran membeli roti subsidi.
Penunjuk perasaan tiga negara tiru tindakan pencetus revolusi Tunisia 

KAHERAH: Penunjuk perasaan di tiga negara, Mesir, Mauritania dan Algeria, bertindak meniru pencetus revolusi Tunisia dengan membakar diri sebagai bantahan terhadap keadaan politik di negara masing-masing.Penganalisis berkata, walaupun kejadian bunuh diri kelmarin itu masih dianggap terpencil, ia memberi gambaran perasaan tidak puas hati rakyat terhadap rejim pemerintah di dunia Arab yang enggan melaksanakan pembaharuan.Dalam kejadian di Tunisia bulan lalu, seorang graduan menganggur Mohamed Bouazizi, 26, membakar dirinya selepas kecewa apabila pihak polis menghalang beliau berniaga buah dan sayur-sayuran, mencetuskan bantahan rakyat sehingga menumbangkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali, Sabtu lalu. 

Bouazizi kemudian mati di hospital. 

Di Mesir, seorang pemilik restoran kecil berusia 48 tahun membakar dirinya di luar bangunan Parlimen kelmarin, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan melarang pemilik restoran membeli roti subsidi. 

Dia bagaimanapun terselamat dengan kecederaan ringan di leher, muka dan kaki. 
Insiden terbabit dirakam perakam video amatur dan pengguna telefon bimbit sebelum dikirim ke internet. Lelaki itu dikenali sebagai Abdou Abdel-Monaam Hamadah, bapa kepada empat anak yang kerap bertengkar dengan pegawai kerajaan membabitkan isu harga roti. 

Di Algeria, seorang lelaki menghidap penyakit kronik membakar dirinya di Ghardaia selepas bertelagah dengan pihak hospital membabitkan harga ubat dan dimasukkan ke hospital akibat melecur. 

Pihak berkuasa Algeria berkata, setakat ini tujuh orang di tujuh bandar negara itu cedera atau mati akibat membakar diri, manakala seorang lelaki berusia 37 tahun di sempadan Tunisia meninggal dunia kerana membakar dirinya. 

Di bandar Mascara, penduduk tempatan berjaya menghalang cubaan seorang peniaga ikan membakar dirinya. 

Sementara itu, di Mauritania, seorang lelaki yang marah dengan kerajaan membakar diri di dalam keretanya di luar sebuah bangunan kerajaan di ibu negara itu Nouakchott. 

Pegawai kementerian luar, Adbou Ould Sidi berkata polis mengejarkan Yacoub Ould Dahoud, 43, ke hospital berikutan kecederaan yang dialami. – AP 

No comments: