Pages

Monday, January 17, 2011

Palestin sedia hadapi Zionis

GAZA: Kumpulan pejuang Palestin semalam berkata, mereka kini bersiap sedia menghadapi kemungkinan diserang rejim Zionis ekoran ketegangan semakin meningkat di kawasan sempada kedua-dua negara.
Dalam kenyataan berasingan, mereka secara tegas menyatakan kesanggupan mereka berperang dengan tentera Israel.

Pendirian itu dibuat beberapa hari selepas pegawai tentera Israel mengancam melancarkan serangan baru ke atas Gaza.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata rejim Zionis memang kemaruk berperang tetapi amaran terbaru itu tidak membawa makna apa-apa.

“Penduduk Palestin tak pernah takut dengan gertakan seumpama itu,” katanya.

Sementara itu, sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islam, Briged al-Quds, turut bersedia menghadapi serangan Israel.

Jurucakapnya, Abu Ahmad, berkata mereka pasti tidak akan membiarkan tentera Zionis menceroboh Gaza.

Sikap sama turut ditunjukkan Barisan Popular Pembebasan Palestin yang menyatakan mereka bersedia mempertahankan Gaza jika diserang.

Kenyataan itu dibuat hanya tiga hari selepas pemimpin kumpulan anggota pejuang Palestin mengadakan mesyuarat bagi membincangkan aspek keselamatan Gaza.

Dalam pertemuan Rabu lalu, pejuang Palestin berjanji melakukan yang terbaik bagi menggagalkan sebarang serangan Israel ke atas penduduk wilayah itu.

Palestin berpendapat, Israel sengaja melakukan provokasi dengan meningkatkan serangan di sepanjang kawasan dianggap zon penampan Israel - Gaza. - Agensi

No comments: