Kosmo! Online - Dunia: "
BEBERAPA pelajar duduk dekat meja yang mengandungi baldi berisi muntah di sebuah bar di Imperial College, London pada Rabu lalu.
LONDON - Sekumpulan pelajar perubatan Imperial College, London minum minuman keras sehingga muntah di sebuah bar di pusat pengajian tinggi berprestij itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Beberapa baldi diletakkan untuk pelajar itu muntah pada malam Rabu lalu yang diiktiraf sebagai hari untuk pasukan yang bergiat dalam sukan.
Sejumlah pelajar yang aktif bersukan menghadiri majlis itu.
Sebahagian pelajar yang muntah kembali meminum minuman keras.
Namun, gelagat pelajar itu dikritik oleh akhbar Mail Online kerana ia menjejaskan imej pusat pengajian tersebut yang amat terkenal di dunia kerana kualiti pendidikannya.
Seorang jurucakap Imperial College menyatakan pelajar-pelajar yang muntah itu menunjukkan mereka mungkin tidak sihat.
'Pihak Imperial College tidak mengalakkan atau membenarkan (pelajar) meminum minuman keras secara berlebihan. Semua pelajar baru diberitahu mengenai bahaya minum minuman keras semasa mereka menyertai majlis itu,' kata jurucakap tersebut. - Agensi"
No comments:
Post a Comment