Pages

Saturday, January 1, 2011

Anggota Boney M meninggal dunia




BOBBY FARRELL mengambil bahagian dalam persembahan di Moscow pada 23 Disember 2009.


ST. PETERSBURG, Rusia - Bobby Farrell, 61, yang merupakan anggota kumpulan disko,
Boney M meninggal dunia pada tarikh yang sama seorang paderi terkenal di Rusia, Grigori Rasputin meninggal dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Lagu Rasputin nyanyian Boney M yang mengisahkan mengenai paderi itu turut menjadi popular pada tahun 1970-an.
Menurut ejen Farrell, John Seine, anggota kumpulan Boney M itu mengadakan persembahan di sini pada Rabu lepas tetapi mengadu sesak nafas sebelum dan selepas pertunjukan itu.
Tidak lama kemudian, seorang staf di hotel penginapannya di sini menemui mayat Farrell selepas dia tidak menjawab panggilan telefon untuk mengejutkannya.
Secara kebetulan, tarikh kematian anggota kumpulan yang berusia 61 tahun itu adalah sama dengan tarikh kematian Rasputin yang meninggal dunia pada 1916.
Rasputin merupakan seorang paderi mistik yang dilantik menjadi penasihat untuk Maharaja Rusia, Tsar Nicholas II dan isterinya Permaisuri Alexandra.
Dia mati selepas diracun, ditembak empat kali dan dihumban ke dalam sebatang sungai.
Kumpulan Boney M yang menerbit album di Jerman, mula memasuki carta menerusi dua lagu popularnya, Daddy Cool dan Sunny pada tahun 1976.
Dua tahun kemudian hampir dua juta piring hitam kumpulan itu dijual di Britain.
Kumpulan Boney M yang asal dibubarkan pada 1986. - Agensi

No comments: