2010/12/20
BEIJING: Lebih 5,000 penduduk Islam membanjiri jalan raya di ibu kota rantau barat China bergolak di Xinjiang untuk berkabung atas kematian ulama terkenal di tengah kehadiran besar-besaran polis. Mahemuti, ulama Masjid Hantenggeli juga dikenali sebagai Masjid Agung Pagar Selatan meninggal dunia Khamis lalu menyebabkan penduduk Islam berkabung di ibu kota rantau ini di Urumqi, kata pegawai masjid.“Kira-kira 5,000 penduduk Islam yang berkabung datang ke masjid Khamis lalu untuk berkabung atas pemergiannya,” kata pegawai yang dikenali sebagai Gelimu, semalam. Mahemuti meninggal dunia kerana penyakit jantung, katanya. – AFP
No comments:
Post a Comment