Pages

Tuesday, December 14, 2010

Resort terbang untuk pelancong tahun 2030


IMEJ komputer menunjukkan sebuah resort terbang di udara pada 2030.


LONDON - Menjelang 2030, pelancong mungkin menaiki sebuah resort yang boleh terbang bersama keluarga untuk bercuti, lapor sebuah akhbar semalam.
Resort itu seperti sebuah kapal persiaran yang mengandungi restoran, bar, apartmen dan taman mengandungi pokok buah-buahan.
Idea itu dikemukakan oleh firma Thomas Holidays yang membincangkan cara melancong pada masa depan.
Resort tersebut yang menggunakan tenaga mesra alam akan berhenti di lokasi destinasi percutian yang mempunyai kemudahan untuk menerima 'pendaratan' resort unik itu. - Agensi

No comments: