LONDON - Seorang tukang cat, Matt Cardle (gambar) bakal bergelar jutawan tahun depan selepas dia menjuarai siri realiti televisyen X Factor yang mencari bakat penyanyi di Britain pada 12 Disember lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut beberapa laporan, Cardle kini memperoleh bayaran lumayan £50,000 (RM240,685) untuk menyanyikan tiga buah lagu selama 15 minit di sebuah kelab malam.
Sumber dalaman industri muzik pula memberitahu sebuah akhbar: "Penyanyi itu bakal bergelar jutawan berganda dalam masa setahun tetapi beberapa peserta lain akan turut mendapat pendapatan lumayan."
Cardle, 27, berharap dia dapat mengikut jejak langkah seorang lagi juara X Factor, Leona Lewis yang mencatat kejayaan di Amerika Syarikat (AS).
"Saya mempunyai hasrat untuk pergi ke AS dan tidak akan menolak jika diberi peluang ke sana," katanya.
Sementara itu, album pertamanya, When We Collide kini dijual hampir 560,000 unit selepas jualannya meningkat 120,000 unit pada minggu ini.
Perkembangan tersebut membolehkan albumnya berada pada 10 tempat teratas album terlaris di Britain walaupun baru 10 hari ia berada dalam pasaran.
Cardle bekerja sebagai seorang tukang cat dan juruhias dalaman sebelum dia membuat keputusan untuk menyertai sesi uji bakat X Factor 2010. - Agensi
kosmo
No comments:
Post a Comment