HEBRON, 18 Disember – Laporan awal dari bandar Tebing Barat selatan Hebron melaporkan bahawa tentera Israel telah memasuki Masjid al-Ibrahimi (Masjid Abraham) dan menahan seorang wanita Palestin berusia 31 tahun bernama Ramya Hasan Abu Samira.
Abu Samira adalah isteri kepada Abu Amjad Samira dari desa Yatta, selatan Hebron, yang saat ini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara tentera Israel.
Penduduk tepatan yang melihat kejadian itu mengatakan pasukan tentera Israel telah masuk ke dalam masjid saat mereka sedang solat, lantas tentera Israel menangkap Ramya Hasan, dan membawanya ke lokasi yang tidak diketahui. (pnn)
sumber http://haluanpalestin
sumber http://haluanpalestin
No comments:
Post a Comment