Pages

Wednesday, November 24, 2010

Suu Kyi temui semula anak selepas satu dekad berpisah


BERTEMU JUA AKHIRNYA: Cik Aung San Suu Kyi menggenggam tangan anaknya, Encik Kim Aris, yang kali terakhir ditemuinya pada Disember 2000, semasa mereka bertemu di lapangan terbang Yangon semalam -- Foto AP
Mudah cetak
E-mel

24 Nov 2010

LUAR NEGARA



YANGON: Pemimpin pembangkang Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, yang dibebaskan daripada tahanan di rumah 10 hari lalu, dipertemukan semula dengan anak bongsunya selepas mereka berpisah selama satu dekad.Encik Kim Aris, 33 tahun, yang menetap di Britain, menaiki pesawat dari Bangkok ke lapangan terbang Yangon, tempat ibunya yang berusia 65 tahun itu menunggu ketibaan beliau.Encik Aris akhirnya diberi visa oleh junta tentera selepas menunggu beberapa minggu di negara jiran, Thailand.'Saya sangat gembira,' kata Cik Suu Kyi kepada pemberita, yang menyaksikan pertemuan beliau dengan anaknya bersama sanaksaudara dan penyokong beliau.Cik Suu Kyi menitiskan air mata sewaktu pertama kali melihat anak bongsunya itu.Sebagai tanda gembira dan sokongan terhadap ibunya, Encik Aris membuka bajunya dan menunjukkan tatu bendera negara itu dan lambang parti politik ibunya, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), di bahunya.Dengan memegang tangan ibunya, Encik Aris memberitahu para pemberita bahawa beliau akan berada di Myanmar selama dua minggu.Mereka kemudian kembali ke rumah keluarga mereka di tepi tasik di Yangon, tempat Cik Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah oleh junta tentera Myanmar.Menerusi peguam beliau, Encik Nyan Win, Cik Suu Kyi mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana memberikan visa lawatan kepada Encik Aris, yang kali terakhir menemui ibunya pada Disember 2000.Cik Suu Kyi, yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan pada 1991, ditahan pertama kali pada 1989 ketika Encik Aris berusia 11 tahun, dan abangnya, Encik Alexander, berusia 16 tahun.Encik Alexander, yang tinggal di Amerika Syarikat, menerima Hadiah Nobel Keamanan itu bagi pihak ibunya pada 1991. -- AP, AFP.

No comments: