Pages

Tuesday, November 30, 2010

'Isytihar WikiLeaks badan penjenayah'





2010/11/30

ASSANGE menunjukkan kad kuning bertulis WikiLeaks  ketika meminta untuk bercakap ketika pertemuan di Jabatan Negara Amerika Syarikat, baru-baru ini.
ASSANGE menunjukkan kad kuning bertulis WikiLeaks ketika meminta untuk bercakap ketika pertemuan di Jabatan Negara Amerika Syarikat, baru-baru ini.
AS marah tindakan siar kabel diplomatik 

WASHINGTON: ‘Senaraikan WikiLeaks sebagai pengganas’, ‘Dakwa Wikileaks’ dan ‘Tidak Bertanggungjawab’ adalah antara maklum balas ahli perundangan Amerika Syarikat yang berang dengan penyiaran lebih 250,000 kabel diplomatik kelmarin kerana disifatkan sebagai mengancam nyawa dan keselamatan negara itu.
Sekurang-kurangnya seorang pembuat dasar Amerika menggesa pendakwaan ke atas pengasas laman web pendedahan rahsia yang sebelum ini mengeluarkan hampir setengah juta laporan sulit tentera berhubung perang ke atas Iraq dan Afghanistan.
Rumah Putih menggelar pendedahan kelmarin satu ‘tindakan tidak bertanggungjawab dan bahaya’ selepas butiran sebahagian kabel diplomatik itu diterbitkan akhbar The New York Times (NYT) dan media Eropah. 

“Jelas, pendedahan seperti itu memberi risiko kepada diplomat kami, perisik profesional dan mereka di seluruh dunia yang datang ke Amerika untuk bantuan mempromosi demokrasi dan dasar keterbukaan kerajaan,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Robert Gibbs. 

Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar yang juga Senator Demokrat, John Kerry, menggelar pendedahan itu ‘tindakan tidak bertanggungjawab yang membahayakan nyawa’ dan menolak kenyataan pengasas Wikileaks, Julian Assange bahawa mereka bertindak untuk kepentingan awam. 

“Ini bukan latihan akademik mengenai kebebasan maklumat dan ia tidak sama dengan pendedahan Kertas Pentagon yang membabitkan analisis bertujuan menyelamatkan rakyat Amerika dan mendedahkan penipuan kerajaan,” merujuk kepada sejarah rahsia Perang Vietnam yang bocor pada 1971. – AFP

No comments: