Pages

Friday, November 19, 2010

Cabaran bersihkan semula Mekah


PANDANGAN udara Masjidilharam di Mekah pada hari kedua Aidiladha, kelmarin. - REUTERS


MINA 18 Nov. - Musim haji semakin menghampiri penamat dan pihak berkuasa Arab Saudi di Mekah berdepan dengan tugasan berat iaitu membersihkan kota suci itu berikutan kehadiran berjuta-juta jemaah menjadikan jalan raya penuh dengan sampah sarap.
Musim haji adalah singkat namun sukar untuk melalui jalan raya di bandar perkhemahan di Mina tanpa memakai topeng muka kerana bau busuk yang kuat.
Islam mengajar kebersihan dengan penganutnya sejak kecil lagi dididik dengan hadis yang menyatakan kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
Namun selepas jemaah lelaki menunaikan ibadah mencukur pada Selasa lalu, jalan raya Mina dan kawasan kejiranan sekitar Masjidilharam dipenuhi dengan rambut dan pisau cukur.
Ia merupakan angkara jemaah 'haram' yang tidak mempunyai permit dan memenuhi kawasan lembah itu.
Kira-kira 2.8 juta dianggarkan menunaikan rukun Islam kelima ini tahun ini, tambahan 800,000 orang lebih dari jangkaan berdasarkan jumlah permit yang dikeluarkan.
Jemaah haji yang tidak mempunyai tempat tinggal baik di khemah atau bilik hotel, duduk di kaki lima, bawah jambatan dan kawasan batu. Di lokasi yang mana polis tidak mempedulikan mereka, khemah turut dipasang di atas jalan raya.
Kebanyakan jemaah haram yang melanggar peraturan permit ini adalah warga asing yang menetap di Arab Saudi dan sebilangan kecil rakyat tempatan.
Sementara itu, petugas kutipan sampah bekerja tanpa henti dengan menarik tong jingga dan menyapu jalan raya serta menarik masuk kontena sampah ke dalam lori.
Situasi di Arafah adalah serupa dan begitu juga jalan raya di Masjidilharam yang dipenuhi sampah. - AFP

No comments: