Pages

Thursday, October 14, 2010

Presiden Iran lawat Lebanon



MAHMOUD Ahmadinejad melambaikan tangan dari bumbung sebuah kereta semasa beliau tiba di Beirut, Lebanon semalam.


BEIRUT - Beribu-ribu rakyat Lebanon menyambut ketibaan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di bandar Beirut semalam. Sebahagian daripada penduduk itu membaling bunga ke arah konvoi Presiden itu.
Mahmoud melakukan lawatan itu ke Lebanon semasa ketegangan memuncak di antara pergerakan Hezbollah yang disokong Iran dengan parti yang disokong negara-negara Barat dalam pentadbiran negara berkenaan.
Krisis yang semakin memuncak itu meningkatkan kebimbangan mengenai nasib Kabinet campuran yang ditubuhkan menerusi kerjasama antara Hezbollah dan parti yang disokong negara-negara Barat.
Presiden Iran itu tersenyum semasa beliau melambaikan tangan ke arah orang ramai dari bumbung sebuah kereta yang dikawal sekumpulan anggota-anggota pasukan keselamatan.
"Mahmoud telah banyak membantu Lebanon. Kami berada di sini untuk mengucapkan terima kasih," kata seorang pelajar jurusan kejuteraan, Fatimah Mazen yang berusia 18 tahun.
"Beliau tidak menguasai Lebanon. Setiap orang mempunyai pemikiran dan boleh berfikir. Kami berada di sini untuk bersama dengannya pada waktu sukar (perbalahan politik di Lebanon," tambahnya.
Kebanyakan majlis sambutan ketibaan Mahmoud dianjurkan oleh Hezbollah. - AP

No comments: