Pages

Saturday, September 4, 2010

Bakal dipenjara kerana memandu mabuk




PETER JAMES tersenyum semasa rakannya bergayut pada bonet keretanya.


COLEFORD, Britain - Seorang pemandu, Peter James berdepan hukuman penjara setelah dia didapati memandu dalam keadaan mabuk semasa seorang rakannya bergayut pada bonet keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang rakan James memanjat bonet keretanya di sini sebelum dia melompat semula ke jalan raya.
Beberapa pegawai pihak berkuasa yang memeriksa Peter mendapati terdapat 62 mikrogram alkohol pada skala 100 militer nafas pada kejadian yang berlaku pada 1 Ogos lalu.
Kelmarin, James diberitahu dia akan dihukum penjara selepas membuat pengakuan memandu dalam keadaan mabuk di Mahkamah Majistret Gloucester. - Agensi

No comments: