Pages

Wednesday, September 22, 2010

9 tentera maut nahas helikopter




2010/09/22

Kematian askar asing tahun ini paling tinggi sejak 2001

KABUL: Sembilan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas di selatan Afghanistan semalam, menjadikan jumlah kematian tentera asing tahun ini paling tinggi sejak negara itu diceroboh sembilan tahun lalu. 

Kumpulan Taliban yang melancarkan pemberontakan sejak disingkirkan daripada memerintah Afghanistan oleh tentera asing diketuai Amerika Syarikat pada 2001, mengakui bertanggungjawab terhadap insiden terbaru itu. Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) diketuai NATO berkata ia masih menyiasat nahas itu. Setakat ini tidak ada laporan tembakan musuh di lokasi helikopter itu terhempas, kata NATO. 

Pesawat terbabit terhempas di daerah Daychopan di wilayah Zabul yang dikuasai Taliban, kata jurucakap kerajaan wilayah, Mohammad Jan Rasoulyar. 

Kami masih tidak mengetahui punca kemalangan atau jumlah mangsa terbabit, katanya. 

Jurucakap Taliban, Yousuf Ahmadi mendakwa pejuangnya menembak jatuh helikopter berkenaan dan membunuh lebih 10 tentera asing. 
ISAF berkata seorang askar NATO dan Afghanistan dan seorang orang awam warga Amerika Syarikat turut cedera dalam nahas itu. 

Kami tidak mempunyai maklumat lanjut kerana operasi menyelamat sedang dilaksanakan, kata jurucakap ISAF. AFP 

No comments: