BEIJING - Pihak berkuasa China menganggarkan ribuan jutawan negara itu berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) menerusi program khas Kad Hijau Pelabur yang dikeluarkan kerajaan AS sejak mula diperkenalkan pada 1992.
Menurut akhbar China Daily semalam, angka itu naik tiga kali ganda pada 2009 berbanding tahun sebelumnya apabila warga China disenaraikan oleh Jabatan Negara AS sebagai paling ramai menerima kad tersebut iaitu 1,800 orang diikuti Korea Selatan.
Perkara itu turut disahkan seorang peguam imigresen terkenal di California, David Fang yang merujuk fenomena tersebut ekoran langkah kerajaan AS menurunkan nilai pelaburan untuk memperoleh taraf sebagai penduduk tetap.
"Sebelum ini, hanya pelabur modal AS$1 juta (RM3.15 juta) di AS layak menerima kad hijau khas itu tetapi mulai tahun lalu, dengan cuma AS$500,000 (RM1.58 juta), pemohon layak diberi status itu," katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment