pengguna kenderaan terdedah kepada kebakaran bila- bila masa sahaja, samaada kenderaan itu
bergerak atau tidak. Pastikan anak- anak anda tidak ditinggalkan dalam kereta dalam keadaan enjin
nya masih hidup. Ini adalah untuk mengurangkan risiko kebakaran. Punca- punca kebakaran masih
belum diketahui tetapi kebanyakan orang mengatakan ia berpunca dari minyak. Sebelum ini sudah bertahun -tahun kita menggunakan minyak petrol tapi tiada berlaku banyak kebakaran seperti sekarang. Kebanyakan
orang ramai mengesyaki punca kebakaran adalah disebabkan penggunaan minyak petrol jenis baru.
walaupun telah dinafikan punca kebakaran adalah disebabkan minyak petrol baru.
Dibawah ini senarai peristiwa kebakaran kenderaan sepanjang tahun 2010
Kereta terbakar dua beranak selamat
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tindakan pantas seorang ibu menarik keluar anaknya berusia empat tahun dari dalam keretanya yang tiba-tiba terbakar berjaya menyelamatkan nyawa mereka dalam kejadian di Jalan Raja Musa, Kampung Baru di sini hari ini.
Kejadian berlaku pada pukul 7.45 pagi semasa mangsa, Mazuin Maliki, 29, dan anak lelakinya, Mohd. Azip Hafi dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Baru selepas menghantar seorang anaknya di Sekolah Rendah Convent Bukit Nenas.
Menurut Mazuin, ketika hampir sampai ke rumah, kereta jenis Honda CRV yang dipandunya tiba-tiba hilang kuasa.
"Pada masa sama, semua sistem dalam kenderaan itu tidak berfungsi dan lampu terpadam. Saya tambah terkejut apabila melihat asap tiba-tiba keluar dari bahagian enjin.
"Saya segera memberhentikan kenderaan itu dan bergegas membawa anak saya keluar menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Mazuin bernasib baik kerana kenderaannya terbakar berhampiran deretan kedai makan yang disaksikan oleh banyak pekerja di situ.
Mereka yang menyedari kejadian itu kemudian membawa besen berisi air basuhan pinggan dari kedai masing-masing untuk dijiruskan pada kenderaan tersebut.
Semasa anggota Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit tiba di tempat kejadian, kebakaran kenderaan berkenaan sudahpun berjaya dipadamkan oleh pekerja terbabit.
Difahamkan, kebakaran berpunca akibat masalah pendawaian pada bahagian bateri kenderaan tersebut.
Warga emas mati kereta terbakar
IPOH 7 Ogos - Seorang lelaki warga emas ditemui mati terbakar dalam kereta miliknya di Kampung Baru Bukit Merah dekat Menglembu di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai mati akibat terperangkap dalam keretanya.
Sebelum itu, mangsa dikatakan ke sebuah rumah untuk bertemu seorang kenalannya sebelum memasuki semula ke dalam keretanya, Honda Civic yang diletakkan di hadapan kediaman tersebut.
Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, kereta itu kemudian tiba-tiba dilihat terbakar.
Beliau berkata, beberapa penduduk yang menyedari kebakaran itu cuba mengeluarkan mangsa dan memadamkan kebakaran tetapi api marak terlalu pantas.
"Lelaki tersebut sudah mati apabila api berjaya dipadamkan oleh penduduk," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan berkata, sepasukan enam anggota bomba dengan sebuah jentera tiba di tempat kejadian dalam masa 20 minit selepas menerima aduan pada pukul 12.34 tengahari ini.
"Semasa sampai, kebakaran tersebut sudah dipadamkan orang awam. Kami tidak menolak kebakaran itu disebabkan oleh perbuatan sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut tetapi siasatan lanjut akan dijalankan," katanya.
Maut selepas kereta terbakar dirempuh lori
SEPANG 29 Julai - Seorang lelaki maut setelah melecur teruk manakala dua lagi terselamat selepas kereta yang mereka naiki terbakar akibat dirempuh sebuah lori di Kilometer 31.3 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) malam tadi.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta tersebut, Raja Mohamad Raja Ismail, 60, selepas dipercayai terperangkap dalam kenderaan yang terbakar di persimpangan masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Shah Alam menuju ke KLIA.
Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian pada pukul 8.55 malam berjaya mengawal api tetapi gagal menyelamatkan mangsa.
Ketua Polis daerah, Supritendan Zahedi Ayob ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Volvo itu tiba-tiba dirempuh sebuah lori.
"Mangsa yang cedera teruk meninggal dunia ketika dalam perjalanan dibawa ke Hospital Putrajaya.
"Pemandu lori itu pula ditahan untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Difahamkan, jenazah mangsa telah dibawa pulang oleh keluarga mangsa untuk dikebumikan di Gombak.
Dua rakan mangsa yang berjaya menyelamatkan diri cedera ringan dengan hanya seorang masih menerima rawatan di hospital.
Penjual ikan rentung dalam kemalangan di Pasir Puteh
PASIR PUTEH - Seorang penjual ikan rentung selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Kampung Pak Makyong, Tok Bali di sini, pagi tadi. Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Zahazeri, 28, didapati terperangkap di tempat duduk keretanya yang hangus terbakar dalam kejadian kira-kira 5 pagi. Menurut anggota keluarga mangsa yang tinggal di Kampung Kuala Semerak, kira-kira 4 kilometer dari tempat kejadian, mangsa dalam perjalanan untuk mengambil bekalan ikan sebelum dijual di Tok Bali. Ibu Mohd, Semah Awang Hamat, 56, yang tinggal di Kampung Sungai Petai, 8 kilometer dari tempat kejadian berkata, beliau mengetahui mengenai kemalangan anaknya selepas diberitahu orang ramai. "Saya tidak sangka kejadian ini berlaku. Mungkin ini adalah takdir Tuhan," katanya. Isteri mangsa, Wan Manziana Wan Mamat, 26, pengsan selepas melihat keadaan mayat suaminya setelah dikeluarkan dari kereta. Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, sembilan anggota bomba dengan dibantu anggota polis mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan mengumpil pintu kereta berkenaan. Bas terbakar dekat terowongKUALA KANGSAR: “Saya ingatkan bau tayar pecah, namun sebaik tersedar dari tidur melihat asap masuk dalam bas manakala bahagian belakang bas terbakar. “Tidak lama kemudian, saya mendengar jeritan pemandu mengarahkan semua penumpang keluar. Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya bersama dua anak bergegas turun dari bas dengan berkaki ayam,” kata Azizah Kamis, 50, seorang penumpang yang terselamat dalam kejadian bas terbakar di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi di Kilometer 257.5 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Terowong Menora itu, sebuah bas persiaran dua tingkat milik Shamisha Holiday Express dinaiki 24 penumpang terbakar ketika dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor menuju Alor Setar, Kedah. Bagaimanapun, semua penumpang termasuk pemandu menyelamatkan diri sebaik bas berkenaan berhenti di tepi lebuh raya apabila enjin kenderaan itu mengeluarkan asap sebelum terbakar kira-kira 500 meter dari terowong berkenaan. Azizah berkata, dia bersama anaknya, Muhammad Hafiz Zulkifli, 20, dan Nurul Fatihah Zulkifli, 19, berada di tingkat atas bas berkenaan sebelum tersedar dari tidur selepas terbau hangit selain mengalami sesak nafas akibat asap yang memenuhi ruang bas. Katanya, dia bersama anaknya dalam perjalanan berpindah ke rumah baru di Batu 5, Alor Senjaya, Anak Bukit, Alor Setar dan membawa bersama lapan beg. “Bagaimanapun, tujuh beg yang kebanyakannya berisi pakaian di tingkat bawah bas gagal diselamatkan dan hanya sempat membawa keluar sebuah beg berisi dokumen pengenalan diri, barangan kemas dan wang tunai,” katanya ketika dihubungi, semalam. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohamad Ruslan Abdul Razak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.25 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian bersama sebuah jentera dan sembilan anggota. Katanya, pihaknya mengambil masa 10 minit bagi memadamkan kebakaran dan siasatan awal mendapati, kebakaran berpunca dari enjin di bahagian belakang bas berkenaan. “Sebaik tiba, semua penumpang dan pemandu sudah berjaya menyelamatkan diri dan berada di luar bas. “Siasatan awal mendapati, bas persiaran Scania itu baru dua bulan beroperasi di laluan Kuala Lumpur-Utara. Kerugian dianggarkan lebih RM500,000 dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. 24 penumpang nyaris maut, bas terbakar |
IPOH 21 Julai - Tindakan pantas seorang pemandu bas mengarahkan semua penumpangnya turun setelah menyedari tayar belakang kenderaan itu terbakar, berjaya menyelamatkan kesemua 24 penumpang bas terbabit.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 pagi, bas persiaran dua tingkat, Shamisha Holiday, dalam perjalanan dari Shah Alam ke Alor Setar sebelum terbakar di Kilometer 257.5 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar di sini, hari ini.
Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd. Roslan Abdul Razak berkata, bas itu diberhentikan di tepi lebuh raya kira-kira 500 meter dari terowong Menora.
"Pemandu bas memberhentikan kenderaannya selepas menyedari asap tebal keluar melalui enjin hadapan.
"Apabila melihat melalui cermin sisi bas, didapati tayar belakang terbakar dan dia segera memberhentikan kenderaan serta mengarahkan kesemua penumpang turun," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan, bas persiaran tersebut baru dibeli dan dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu.
Menurut Mohd. Roslan, seramai enam anggota termasuk dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan keseluruhan kebakaran dalam tempoh 10 minit.
"Kerugian dianggarkan lebih RM500,000 dan kita masih menyiasat punca kejadian," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Muhammad berkata, sehingga pukul 4.30 petang ini, polis belum menerima sebarang laporan daripada kedua-dua pemandu bas ekspres terbabit.
Bagaimanapun katanya, dua penumpang telah membuat laporan berhubung insiden tersebut.
Laporan pertama jelasnya, dibuat oleh Azizah Khamis, 55, dari Alor Setar pada pukul 7.30 pagi tadi.
Dalam laporan itu katanya, mangsa yang berada di tingkat atas bas menyatakan hanya menyedari kenderaan tersebut terbakar selepas terhidu bau hangit dan ternampak asap dari arah enjin hadapan bas.
Sementara itu menurutnya, laporan kedua dibuat pada pukul 7.50 pagi tadi oleh Zulkifli Che Pa, 34, yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah.
Pemandu nyaris hangus bersama lori
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia secara kebetulan berada di belakang lori berkenaan dan menyedari kepulan asap pada belakang kenderaan itu lalu memotongnya sambil membunyikan hon untuk memberi isyarat.
Menurutnya, beberapa pemandu kenderaan lain yang melihat kepulan asap terbabit turut membunyikan hon dengan kuat kerana lelaki berkenaan seolah-olah tidak menyedari keadaan itu.
Tidak lama kemudian, lelaki berkenaan memberhentikan lori terbabit di bahu jalan lalu turun untuk melihat apa yang berlaku.
Dia kemudian cuba memadamkan api dengan mengeluarkan bekas telur ayam itu bagi mengelak api bertambah marak.
Bagaimanapun, keadaan tidak banyak membantu kerana api mula membakar kebanyakan bekas telur itu, menyebabkan asap berkepul-kepul sebelum sepasukan anggota bomba tiba untuk memadam kebakaran, katanya ketika ditemui, di sini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Yazid Tahir berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.45 malam dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.
Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dan Ayer Keroh dengan kekuatan 13 anggota bergegas ke tempat kejadian dan api berjaya dipadam dalam tempoh 15 minit.
Katanya, kebakaran lori berkenaan dipercayai bermula dari bahagian belakang, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pemandu berjaya menyelamatkan diri selepas terhidu bau asap.
Pada masa ini, siasatan masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kebakaran itu, katanya.
Penunggang terkejut enjin motosikal terbakar
Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, penunggang terbabit yang dikenali sebagai Toh Ming Chern, 28, dikatakan berhenti di tepi jalan terbabit selepas bergesel dengan sebuah kereta.
Beliau dilihat cuba menghidupkan semula motosikal itu, tetapi tiba-tiba bahagian enjin kenderaan itu mengeluarkan asap lalu terbakar.
Saya cuba mendapatkan bantuan daripada penduduk berhampiran dengan menyimbah air bagi menghalang api tetapi api terus marak, katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, api semakin marak lalu membakar bahagian enjin menyebabkan orang ramai dan pemandu kenderaan dari arah bertentangan tidak berani untuk melepasi kerana bimbang motosikal terbabit meletup.
Mangsa kemudiannya diberikan alat pemadam api oleh penduduk berhampiran dan berjaya memadamkan api beberapa minit kemudian.
Ini adalah pengalaman menakutkan selepas menunggang motosikal kira-kira 10 tahun lalu, katanya.
Sebuah kereta jentera bomba dengan enam anggota dari Balai Bomba Jalan Perak tiba di tempat kejadian lima minit kemudian dan membuat pemantauan selepas api berjaya dipadamkan.
Curi petrol punca 4 motor hangus
BUTTERWORTH: Empat penghuni Rumah Pangsa Mak Mandin dekat sini, berputih mata apabila motosikal mereka yang diletakkan di kaki lima musnah dijilat api, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, kebanyakan penghuni sedang tidur sebelum sebahagian mereka bingkas bangun sebaik terhidu bau asap diikuti jeritan orang ramai.
Kebakaran dikatakan bermula dari sebuah motosikal sebelum merebak ke tiga motosikal lain yang diletakkan berhampiran di kaki lima rumah pangsa berkenaan.
Punca kejadian belum diketahui tetapi ada penghuni mendakwa kegiatan mencuri petrol dari tangki motosikal menyebabkan kejadian berlaku. Pemilik motosikal, Norhatipah Zakaria, 27, berkata dia sedang tidur sebelum dikejutkan adiknya, Nur Suhada, 20, yang terhidu asap tebal di tingkat empat.
“Kami bergegas turun untuk melihat kejadian yang berlaku sebelum mendapati motosikal yang diletakkan di kaki lima disambar api.
“Saya percaya api bermula dari motosikal saya sebelum merebak ke tiga motosikal lain. Saya hanya mampu melihat motosikal itu hangus dijilat api,” katanya yang kerugian kira-kira RM5,000.
Difahamkan, penghuni rumah pangsa berkenaan terdengar bunyi letupan kuat sebelum mendapati tingkat bawah dipenuhi asap tebal menyebabkan ada yang bergegas menyelamatkan diri. Rohani Hashim, 38, yang tinggal di tingkat satu berkata, dia segera turun sebaik terhidu asap dan mendapati api hampir menyambar motosikal Yamaha Ego yang digunakan untuk ke tempat kerja.
“Saya memberanikan diri menarik motosikal ke tempat selamat walaupun dihalang penghuni lain.
“Pada masa itu saya hanya berfikir mahu menyelamatkan motosikal saya,” katanya.
Gan See Long, 36, berkata dia hanya mampu melihat motosikalnya dijilat api sebaik membuka pintu selain sukar bernafas berikutan asap tebal.
“Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak ketika itu dan bimbang sesuatu buruk berlaku.
“Mungkin motosikal akan meletup kerana ketika kejadian asap tebal menyukarkan saya untuk menyelamatkan kenderaan,” katanya.
Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan penduduk meninggalkan motosikal di kaki lima itu.
“Nasib baik tiada kemalangan jiwa,” katanya.
Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth diketuai Saad Ibrahim bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 2.37 pagi dan berjaya mengawal api 15 minit kemudian.
Tiada kecederaan dilaporkan manakala semua mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, kebanyakan penghuni sedang tidur sebelum sebahagian mereka bingkas bangun sebaik terhidu bau asap diikuti jeritan orang ramai.
Kebakaran dikatakan bermula dari sebuah motosikal sebelum merebak ke tiga motosikal lain yang diletakkan berhampiran di kaki lima rumah pangsa berkenaan.
Punca kejadian belum diketahui tetapi ada penghuni mendakwa kegiatan mencuri petrol dari tangki motosikal menyebabkan kejadian berlaku. Pemilik motosikal, Norhatipah Zakaria, 27, berkata dia sedang tidur sebelum dikejutkan adiknya, Nur Suhada, 20, yang terhidu asap tebal di tingkat empat.
“Kami bergegas turun untuk melihat kejadian yang berlaku sebelum mendapati motosikal yang diletakkan di kaki lima disambar api.
“Saya percaya api bermula dari motosikal saya sebelum merebak ke tiga motosikal lain. Saya hanya mampu melihat motosikal itu hangus dijilat api,” katanya yang kerugian kira-kira RM5,000.
Difahamkan, penghuni rumah pangsa berkenaan terdengar bunyi letupan kuat sebelum mendapati tingkat bawah dipenuhi asap tebal menyebabkan ada yang bergegas menyelamatkan diri. Rohani Hashim, 38, yang tinggal di tingkat satu berkata, dia segera turun sebaik terhidu asap dan mendapati api hampir menyambar motosikal Yamaha Ego yang digunakan untuk ke tempat kerja.
“Saya memberanikan diri menarik motosikal ke tempat selamat walaupun dihalang penghuni lain.
“Pada masa itu saya hanya berfikir mahu menyelamatkan motosikal saya,” katanya.
Gan See Long, 36, berkata dia hanya mampu melihat motosikalnya dijilat api sebaik membuka pintu selain sukar bernafas berikutan asap tebal.
“Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak ketika itu dan bimbang sesuatu buruk berlaku.
“Mungkin motosikal akan meletup kerana ketika kejadian asap tebal menyukarkan saya untuk menyelamatkan kenderaan,” katanya.
Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan penduduk meninggalkan motosikal di kaki lima itu.
“Nasib baik tiada kemalangan jiwa,” katanya.
Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth diketuai Saad Ibrahim bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 2.37 pagi dan berjaya mengawal api 15 minit kemudian.
Tiada kecederaan dilaporkan manakala semua mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.
Mayat rentung dalam van
2010/05/18
KUALA LUMPUR: Polis menemui mayat dalam keadaan rentung hampir 90 peratus dalam van jenis Nissan Vanette yang terbakar di Jalan Kampung Orang Asli, Rawang Saujana, di sini, petang semalam.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata identiti mayat itu masih belum diketahui.
”Ketika ditemui, kepala dan tangan serta kaki mangsa hanya tinggal tulang akibat kebakaran itu,” katanya.
Polis sedang menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah.
Gempar bas ekspres terbakar
2010/05/15
KLANG: Pengunjung Terminal Bas Klang Sentral gempar apabila sebuah bas ekspres yang diletakkan berhampiran terminal itu terbakar, semalam.
Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pemandu bas utama, Husin Ismail, 52, berkata kejadian itu berlaku ketika dia dan rakannya yang juga pemandu kedua, Zakaria Ronik, 63, sedang membasuh muka selepas bangun tidur di tepi terminal.
“Saya ternampak ada asap berkepul tetapi ingatkan asap ekzos bas yang parkir di depan bas kami. Saya menyuruh Zakaria pergi tutup pintu bas.
“Belum sempat dia berbuat demikian, ada pemandu bas lain datang dan beritahu bas kami terbakar menyebabkan kami panik,” katanya.
KLANG: Pengunjung Terminal Bas Klang Sentral gempar apabila sebuah bas ekspres yang diletakkan berhampiran terminal itu terbakar, semalam.
Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pemandu bas utama, Husin Ismail, 52, berkata kejadian itu berlaku ketika dia dan rakannya yang juga pemandu kedua, Zakaria Ronik, 63, sedang membasuh muka selepas bangun tidur di tepi terminal.
“Saya ternampak ada asap berkepul tetapi ingatkan asap ekzos bas yang parkir di depan bas kami. Saya menyuruh Zakaria pergi tutup pintu bas.
“Belum sempat dia berbuat demikian, ada pemandu bas lain datang dan beritahu bas kami terbakar menyebabkan kami panik,” katanya.
No comments:
Post a Comment