Pages

Saturday, August 21, 2010

Pakistan hadapi krisis bantuan




MANGSA-MANGSA banjir meredah banjir untuk pulang ke kediaman mereka di Kampung Bassera, Punjab semalam.




ISLAMABAD - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyatakan, Pakistan berdepan dengan tsunami gerak perlahan ketika negara berkenaan yang mengalami banyak kemusnahan akibat banjir besar merayu bantuan global.
Beliau memberi amaran, kelambatan dalam menghulurkan bantuan akan menyebabkan krisis bencana alam itu dieksploitasi golongan ekstremis.
Pada satu sesi persidangan bagi mengumpul dana kecemasan PBB di New York kelmarin, Ki-moon memberitahu, dunia perlu memikul tanggungjawab untuk bertindak kerana masih terdapat berjuta-juta mangsa banjir tiada tempat berlindung manakala seperlima daripada Pakistan telah ditenggelami air.
"Ia (banjir di Pakistan) merupakan antara ujian terbesar terhadap perpaduan global," kata Ki-moon.
Sekurang-kurangnya enam juta mangsa banjir yang terselamat terdesak untuk mendapatkan makanan, tempat perlindungan dan air minuman bersih serta memerlukan bantuan kemanusiaan untuk terus hidup.
Banjir di Pakistan kini beransur surut namun ia memusnahkan banyak kampung, kawasan pertanian dan infrastruktur manakala sebuah agensi penyelaras bantuan PBB menyatakan, lebih 650,000 keluarga masih tiada tempat berlindung. - AFP

No comments: