Pages

Saturday, August 7, 2010

Obama biar Iraq dimamah 'serigala'





2010/08/07

Tariq Aziz selar Presiden AS teruskan dasar Bush 

LONDON: Orang kanan Saddam Hussein, Tariq Aziz, menuduh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, sengaja membiarkan negara Teluk itu 'mati' berikutan pengumuman pelan pengunduran tenteranya akhir bulan ini.
Aziz memberitahu akhbar The Guardian, beliau pada mulanya menaruh harapan tinggi kepada Obama.
“Saya jangka beliau dapat melakukan pembaharuan dan membetulkan kesilapan (bekas Presiden George W) Bush,” kata Aziz yang ditemui di bilik penjaranya di utara Baghdad. 

“Obama hipokrit. Beliau meninggalkan Iraq kepada serigala.” 

Aziz menyelar rancangan pengunduran tentera Amerika dari negara itu sedangkan dua negara berkenaan mempunyai tanggungjawab memastikan Iraq berada di landasan betul sebelum keluar. 

“Kami adalah mangsa Amerika dan Britain. Mereka bunuh Iraq dalam banyak aspek. Apabila anda membuat silap, anda perlu betulkannya bukan biar Iraq mati. katanya” 
Aziz, yang diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq oleh Amerika beberapa bulan lalu, enggan mengutuk Saddam yang digantung pada Disember 2006. 

“Jika saya ingin meluahkan rasa kesal mengenai perkara ini, orang akan anggap saya ambil kesempatan. Saya akan cakap apa yang terbuku di hati apabila saya bebas dan boleh menulis kebenaran,” katanya. 

Aziz adalah seorang daripada beberapa defendan kes yang menuduh beliau sebagai sebahagian pihak mensasarkan anggota Parti Dawa Iraq. Perdana Menteri Nouri al-Maliki adalah anggota parti berkenaan. 

Aziz, yang sudah beberapa kali diserang angin ahmar, jelas lemah ketika kemunculannya di mahkamah bulan lalu. Artikel The Guardian, yang diterbitkan sepenuhnya dalam edisi semalam, tidak menjelaskan keadaan bekas pemimpin itu namun berkata keadaan penjaranya bersih dan teratur. – Agensi

No comments: