MANANGOORA, Australia - Penduduk di kawasan pedalaman utara Australia kini bimbang dengan ancaman dua ekor buaya gergasi air masin, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini seekor buaya gergasi sepanjang 6.5 meter telah ditangkap dan dibunuh 13 tahun lalu di Manangoora, 1,000 kilometer dari Darwin oleh keluarga Jeida Francis.
Menurut Jeida, tindakan membunuh seekor buaya gergasi itu diambil kerana buaya tersebut mula memakan binatang ternakan mereka.
Dia berkata, seramai 10 anggota keluarganya terlibat untuk membunuh buaya tersebut pada masa itu selepas memberi haiwan itu beberapa umpan yang diikat dengan tali ke dalam sebatang sungai.
Jeida berkata, apabila buaya itu memakan umpan tersebut, beberapa orang dewasa cuba menangkap haiwan berkenaan dengan tali dan menariknya ke daratan sebelum ia ditembak.
Kini, dua ekor buaya masih hidup dan saiznya sudah hampir sama dengan buaya yang telah dibunuh itu.
Buaya tersebut sangat berat sehingga memerlukan dua buah kenderaan pacuan empat roda untuk menariknya.
Menurut Jeida yang kini berumur 23 tahun: "Adalah sesuatu yang gila untuk memikirkan bahawa terdapat dua ekor lagi di luar sana.
"Selepas kami membunuh seekor buaya gergasi itu, dua ekor lagi berjaya melarikan diri.
"Dari semasa ke semasa, kami telah melihat kepala buaya itu di dalam sungai tetapi kedua-duanya menjauhkan diri." - Agensi
No comments:
Post a Comment