Pages

Monday, August 16, 2010

Israel beli 20 jet RM12.7 bilion


GAMBAR menunjukkan sebuah jet pejuang F-35 buatan Lockhead Martin.


BAITULMUQADDIS - Kementerian Pertahanan Israel meluluskan pembelian 20 buah jet pejuang terbaru F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$4 bilion (RM12.7 bilion).
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dalam satu kenyataan semalam berkata, kelulusan pembelian tersebut turut meliputi alat-alat ganti dan khidmat jaminan dibiayai menerusi dana bantuan tentera AS kepada rejim Israel.
Pesawat yang dikeluarkan firma AS, Lockhead Martin itu turut dikenali sebagai jet pejuang pelbagai fungsi selain ia tidak mampu dikesan oleh sistem radar musuh yang disifatkan sebagai persediaan untuk menghadapi serangan nuklear Iran.
Barak mendakwa pembelian jet canggih dengan kelajuan maksimum 1.67 Mach atau 2,065 kilometer sejam itu diperlukan bagi melindungi kedaulatan ruang angkasa Israel. - Agensi

No comments: