Pages

Monday, June 7, 2010

Ribut Phet ancam Karachi



SEBUAH keluarga meninggalkan rumah mereka di Keti Bandar sebelum ribut tropika Phet melanda Karachi semalam. - Reuters


KARACHI - Ribut tropika yang menghampiri Pakistan membawa hujan lebat ke bandar terbesar di negara berkenaan, Karachi serta kawasan sekitarnya semalam dengan menyebabkan banyak rumah rosak dan jalan-jalan raya ditenggelami air.
Pihak berkuasa yang bimbang Ribut Tropika Phet akan menyebabkan banjir antara paling buruk di Pakistan, memulakan usaha memindahkan penduduk di kawasan pesisir pantai di selatan negara itu.
Ribut tersebut dijangka mengakibatkan tanah runtuh dan membawa angin dengan kelajuan 80 kilometer sejam. Ribut Tropika Phet mula melanda Oman Jumaat lepas dan menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, sebelum bergerak ke Paksitan.
Seorang menteri di wilayah Baluchistan, Hamal Kalmati memberitahu, sebilangan penduduk kampung enggan berganjak. Tetapi beribu-ribu yang lain telah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Hujan lebat beberapa jam yang melanda Karachi menyebabkan jalan-jalan ditenggelami air setinggi 30 sentimeter dan bekalan elektrik terputus di kawasan-kawasan paling rendah di Karachi yang dihuni oleh 18 juta orang. - AP

No comments: