Pages

Monday, June 7, 2010

Aziz pilih isteri berusia 21 tahun




AZIZ menyarungkan cincin pada jari Puteri Lily selepas mereka diijabkabulkan
di Masjid Negara semalam.


KUALA LUMPUR - Pengarah filem, Aziz M. Osman, 48, selamat diijabkabulkan dengan pelakon baru, Puteri Lily, 21, atau nama sebenarnya Puteri Sarbainun Lokman di Masjid Negara semalam.
Ia perkahwinan ketiga Aziz tetapi pertama buat Puteri Lily, yang muda setahun daripada anak sulung Aziz, Puteri Nurul Fateha, 22.
Aziz berkata, walaupun Puteri Lily jauh lebih muda, isterinya itu sebenarnya seorang wanita yang matang.
"Dia juga rakan baik saya kerana mengenali saya sebagai Aziz sebagai orang biasa dan bukan sebagai pengarah filem,'' katanya.
Puteri Lily, anak kepada pengarah teater, Lokman Abd. Ghani menerima wang hantaran RM15,000 dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 selain tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

No comments: