CAPE TOWN - Seorang wanita kulit putih Afrika Selatan, Yvonne Mayer, 29, hilang suara selama dua hari selepas meniup trompet tradisi masyarakat negara itu, vuvuzela pada satu parti jalanan Piala Dunia 2010 di Fan Park di sini baru-baru ini.
Dia yang bekerja sebagai jurujual insurans tempatan diberitahu seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Medi-Cross di sini yang mendapati tekaknya pecah namun, pegawai perubatan menasihatkan Mayer untuk tidak makan dan minum dalam tempoh 48 jam.
"Ini kali pertama saya meniup trompet popular itu Isnin lalu dan kemudian langsung tidak boleh bercakap. Pada mulanya saya menyangka tertelan kumbang sebelum doktor yang memeriksa tekak saya mendapati ia sudah pecah," katanya.
Akibatnya, Mayer terpaksa berpuasa maraton dua hari untuk mengembalikan semula tisu tekak menjadi pulih manakala Dr. Scott Barker yang merawat wanita itu menyifatkan ia kes pertama seumpamanya disebabkan meniup vuvuzela. - Agensi
No comments:
Post a Comment