CARDIFF, Wales - Selepas dirahsiakan selama 68 tahun semasa terbenam di pantai Britain dekat sini, sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) era Perang Dunia Kedua akhirnya bakal dipamerkan kepada orang awam, lapor sebuah akhbar semalam.
Badan Antarabangsa Penemuan Pesawat Bersejarah (TIGHAR) akan membawa semula bangkai kapal terbang pejuang Lockheed P38 Lightning milik tentera udara AS yang sebelum ini ditenggelami pasir di pesisir laut Gwynedd.
Pesawat itu terhempas di pantai Wales tersebut pada 1942 ketika menyertai satu penerbangan latihan namun juruterbang, Leftenan Robert Elliott berjaya keluar dari bangkai kapal terbang tentera AS itu tanpa sebarang kecederaan serius.
Menurutnya, pesawat tersebut dipercayai muncul secara tiba-tiba di pantai berkenaan pada 2007 lalu dan akan menyerahkan kepada pihak Muzium British di London untuk dipamerkan kepada umum.
Pesawat itu dengan satu tempat duduk untuk juruterbang itu dibina berukuran panjang 11.5 meter dan lebar sayap 15.9 meter dengan berat bersih tanpa muatan 5.8 tan dan mampu terbang pada kelajuan maksimum 712 kilometer sejam.
Ketua TIGHAR, Ric Gillespie berkata, pesawat itu timbul akibat proses semula jadi ketika air laut surut. - Agensi
No comments:
Post a Comment