Pages

Monday, May 24, 2010

Masjid antara terbesar di Jerman dirasmi



GAH LAGI INDAH: Jemaah meninjau keindahan seni bina Masjid Omar Ibnu Al Khattab di Berlin, yang boleh menampung sekitar 1,000 jemaah dan mempunyai sebuah kubah kaca serta empat menara kecil. -- Foto AP

BERLIN: Sebuah masjid baru, antara terbesar di Jerman, dibuka secara rasmi di bandar Kreuzberg di sini Jumaat lalu. Masjid Omar Ibnu Al Khattab itu boleh menampung sekitar 1,000 jemaah dan mempunyai sebuah kubah kaca serta empat menara kecil.
Ia sebahagian daripada sebuah kompleks menelan belanja sekitar 10 juta euro ($17 juta). Kompleks setinggi enam tingkat dan seluas 5,000 meter persegi itu turut menempatkan pusat komersial dan sosial serta sebuah perpustakaan. Projek itu ditampung sepenuhnya oleh penderma keturunan Lebanon dan Palestin.Masjid terbesar di Jerman di bandar barat Mannheim boleh menampung sekitar 2,500 jemaah.Sebelum ini, pembinaan masjid mencetus perdebatan hangat di Jerman dan beberapa negara lain di Eropah ekoran kebimbangan penduduk setempat mengenai meningkatnya fahaman radikal Islam.Sementara itu, di bandar Aalborg, Denmark, sebuah kumpulan anti-Islam, Stop Islamisation of Denmark (SIAD, Hentikan Pengislaman Denmark), memulakan kelmarin siri demonstrasi di sebuah masjid di sana bagi menuntut agar semua masjid ditutup.Demonstrasi itu diadakan setelah mereka mendakwa lelaki yang awal tahun ini cuba membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad saw, pernah menjadi ahli lembaga masjid itu.Selepas demonstrasi itu selesai, polis mendapati jemaah masjid itu mengambil sikap pasif kerana galakan imamnya agar mereka kekal di dalam dan mendiamkan diri, kata seorang pegawai polis, Encik Bruno Bix.Tidak lama selepas demonstrasi itu, pengerusi SIAD, Encik Anders Gravers, diserang tiga lelaki tidak dikenali yang ditahan tidak lama selepas itu. -- Agensi.

No comments: