Pages

Monday, May 3, 2010

Masalah Dajjal di Israel



utopian_jews
Walaupun Dajjal adalah Raja Konspirasi Dunia tetapi setiap perencanaannya tetap menghadapi masalah terutamanya di negaranya sendiri iaitu Israel. Masalah ini berkaitan sikap sesetengah kelompok Yahudi sendiri yang masih berdegil tidak mahu bersatu seperti 3000 ribu tahun dahulu.
Salah satu faktor untuk menyebabkan kejayaan penubuhan negara Israel ialah perlunya setiap orang Yahudi dari seluruh dunia menjalin hubungan sefahaman antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit. Persefahaman ini cuba diwujudkan melalui program Aliyah.
Program Aliyah ialah suatu usaha sistematik Israel untuk mengajak seluruh umat Yahudi dari serata dunia berpindah dan menetap di Israel. Perpindahan besar-besaran ini akan membuatkan negara Yahudi semakin kukuh dan menghimpit rakyat Palestin.
(Aliyah pertama pada era 1700 - 1800 ditaja perjalanan perpindahan tersebut oleh House of Rothschild)
Namun, bukanlah semua bersetuju dengan dasar kerajaan Israel ini (yakni Dajjal). Antara kelompok yang paling bermasalah dan sentiasa memberi masalah ialah Yahudi Orthodoks khususnya yang berkoloni di daerah Mea Sharim.
Baru-baru ini timbul masalah 150 pelajar berketurunan Yahudi Uthopia tidak dibenarkan bersekolah di kawasan Yahudi Orthodoks. Keengganan pihak pengurusan sekolah amat menekan kerajaan Israel kerana semua bantuan kewangan adalah 100 peratus dari kementerian Israel dan sentiasa disalurkan setiap tahun.
Sekolah yang terletak di daerah Petah Tikva pula melarang semua Yahudi berkulit hitam dari belajar di sekolah tersebut.
Larangan yang dibuat sendiri oleh pihak sekolah ini dilihat boleh menjejaskan program Dajjal untuk memperbesarkan saiz sempadan negara Israel. Pelbagai program telah dibuat untuk mengajak komuniti Yahudi dari pelbagai negara berpindah ke Israel.
utopian_jews_synagogue
(Gambar) Yahudi kulit hitam di Utophia berkumpul di synangogue.
Antaranya ialah program “Ten Lost Tribe”, “Taglit-Birthright Israel” dan“Twelve Lost Tribe”. Pelbagai sejarah silam direka-reka oleh para pensyarah universiti di Israel untuk berkempen, akhirnya yang membawa masalah ialah koloni Orthodoks anti-zionis sendiri.
Kedegilan Yahudi Orthodoks ini teramat tinggi sehingga menyebabkan pengarah Hakul Hinuch, Rabbi Shay Piron menulis surat amaran kepada pihak sekolah untuk mengambil tindakan undang-undang di atas sikap diskriminasi kaum pengurusan sekolah tersebut.
Menurut juru cakap Hakul Hinuch, Yigal Amity, setakat ini sekolah yang menerima pelajar dari Uthopia ialah Darchei Noam School yang menjalankan sistem Zionis Ultra-Orthodoks. Walaupun begitu, sekolah ini hanya mengambil 14 orang pelajar Yahudi Uthopia.
Kesan dari diskriminasi ini, Kementerian Kesihatan Israel melaporkan kes bunuh diri dikalangan belia Yahudi Uthopia yang menetap di Israel meningkat dua kali ganda.
(Gambar) Yahudi Utophia bersembahyang di tembok suci.
Perkara yang pelik dari isu diskriminasi ini ialah, komuniti Orthodoks yang tidak menerima imigran Yahudi dari Uthopia juga adalah dahulunya berasal dari negara luar. Golongan ekstremis Orthodoks yang berada di Mea Sharim dan daerah-daerah lain kebanyakannya berasal dari Poland, Russia, Ukraine, Austria dan Hungary.
Kesimpulannya, kita dapat melihat kepincangan ideologi dan konspirasi yang cuba dibawa Dajjal, bukanlah pihak Palestin yang menjadi masalah tetapi masalah tersebut timbul dari dalam Israel sendiri secara tidak disedari.
(disusun semula dari laporan Or Kashti & Ayanawo Farada Sanbetu, Haaretz : or.kashti@gmail.com)

No comments: