Pages

Monday, May 3, 2010

BAB 2 - PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden




money
Bagi mereka yang tidak tahu apa yang tidak kena wang kertas USD$1 ini, mungkin mereka akan terus tertanya-tanya. Namun bagi mereka yang sedar, anda adalah sebahagian daripada umat Islam yang sedar dengan petanda akhir zaman.
The Unfinished Pyramid with An All Seeing Eye
one-dollar-bill
Perhatikan bentuk piramid yang tidak sempurna dan mempunyai satu mata (One-Eyed) yang terapung dalam satu bentuk segitiga di puncaknya. Segitiga yang mempunyai satu mata itu pula memancarkan cahaya seperti matahari. Satu mata itu memerhati semua yang berada di bumi. Satu mata itu dinamakan ‘The All Seeing Eye’.
Piramid yang tidak sempurna itu pula mempunyai 13 tingkat sebelum dipisahkan dengan segitiga The All Seeing Eye yang terapung. Paras 13 tingkat ketinggian itu juga mempunyai maksud sendiri. Kemudian dituliskan motto Novus Ordo Seclorum dalam bahasa Latin yang bermaksud New Order of the Ages atau New World Order, adakah ia bermaksud ‘pemerintahan dunia yang baru’ atau ‘pemerintah’ itu sudah muncul?
Dan motto yang berada di atas piramid itu pula ditulis Annuit Coeptis yang bermaksud Approving The Undertaking atau Merestui Peralihan (peralihan kuasa dunia?) atau diterjemah kepada maksud kontemporari, ia juga bermaksud ‘He Approves’ atau ‘Dia Merestui’. Siapakah ‘He’ itu, adakah ‘dia’ bermaksud Tuhan atau Mata Satu yang bercahaya itu? Jika dikatakan dengan maksud tuhan merestui, mengapa tidak diletakkan simbol keagamaan negara itu (salib kristian), tetapi mengapa diletakkan ‘Dia Merestui’ sedangkan di bawahnya diletakkan gambar segitiga bermata satu? Apakah maksud kepada semua yang terpampang dalam wang kertas USD$1 itu?
Piramid itu adalah simbol kepada pertubuhan rahsia yang menguasai dunia hari ini, THE ILLUMINATI. Manakala New World Order pula adalah perancangan mereka dalam menyatukan dunia di bawah satu pemerintah melalui strategi-strategi rahsia. He Approves pula bermaksud syaitan sentiasa bersama mereka dalam menjayakan agenda sulit. Kerana syaitan adalah sesuatu yang mereka sembah sejak zaman berzaman, kerana syaitan memberi mereka kuasa dalam politik dunia, syaitan itu akan muncul apabila segala perancangan terlaksana sempurna dan kita menyebutnya sebagai Dajjal.
Ia adalah agenda syaitan sejak zaman berzaman untuk meruntuhkan ketaatan kepada Allah dengan menjadikan dirinya sebagai sesuatu yang disembah manusia selain Allah. Syaitan menawarkan segala kekuasaan politik kepada golongan-golongan elit di dunia seperti ketua-ketua kerajaan (Presidents & Prime Ministers) di Eropah, Amerika dan tidak mustahil jika ia turut melibatkan negara Islam sendiri terutama di rantau Timur Tengah dan Asia Barat. Ia adalah konspirasi bersepadu antara syaitan dan golongan elit ini dalam menuju kekuasaan dunia.
Mereka sedang berkuasa!!!
Penyembahan Illuminati terhadap syaitan bukan satu cerita bohong. Ia sudah wujud sejak zaman berzaman dan memakan masa yang sangat panjang dalam lipatan sejarah manusia, ia wujud secara tersembunyi dengan menjadi satu rahsia terbesar di kalangan golongan elit yang mengunci rapat kewujudannya daripada diketahui masyarakat umum. Siapakah golongan elit ini dan apa agenda mereka? Temui jawapannya di akhir topik ini.
Konco-konco Illuminati, pementasan drama, ilusi dan pembohongan di pentas sejarah

Semasa mengetuai Jerman (kononnya) memimpin pakatan Axis ketika Perang Dunia Kedua (WW2), Fuhrer Nazi, Adolf Hitler pernah menyebut dipetik sebagai berkata: “National nationalism will use its own revolution for the establishing of the new world order.”
- Nazi dikatakan oleh Amerika dan sekutunya sebagai kuasa jahat yang menggugat keamanan dunia dan punca kepada tercetusnya WW2. Hitler juga dikatakan sebagai penjenayah kemanusiaan kerana membunuh berjuta-juta kaum Yahudi dalam peristiwa Holocaust, tetapi golongan Yahudi yang bagaimana yang dibunuh Hitler? Namun satu sisi yang tidak kita sedari, Hitler adalah konco kepada satu pertubuhan rahsia di Eropah dan pertubuhan itu tidak mempunyai nama bagi mengekalkan kerahsiaannya. Walaupun pertubuhan rahsia tidak mempunyai nama, tetapi simbol penyatuan Illuminati yang digunakan adalah sama seperti pertubuhan-pertubuhan rahsia yang lain di seluruh dunia.
Sepanjang pemerintahannya di Jerman, Hitler merupakan pemimpin yang hanya boleh dilihat semasa dia berucap dalam upacara perbarisan ketenteraan bagi meniup semangat angkatan Nazi dan rakyat Jerman yang mentaatinya. Pada waktu lain, dia banyak menghabiskan masa bertemu anggota-anggota kerajaannya untuk ‘membincangkan’ strategi perang dan hala tuju negara Jerman selepas selesai ‘zaman ketegangan politik dunia’. Perbincangan dengan anggota kerajaannya itu dijalankan secara tertutup, dan walaupun ia melibatkan persiapan perang tetapi jarang sekali melibatkan pegawai tinggi tentera dalam kebanyakan perbincangan yang diadakan. Kepada peminat-peminat keperwiraan Hitler, sedarlah bahawa anda ditipu.
Ketika saat kekalahan Nazi, Hitler dikatakan lari bersama keluarganya untuk membunuh diri dengan disaksikan pegawai-pegawai tinggi dalam kerajaannya. Benarkah Hitler mati begitu sahaja dan apa yang terisi dalam kuburnya? Benarkah dia mati membunuh diri seperti yang ditulis dalam sejarah dunia? Dan mengapa tiada pengganti untuk meneruskan dasar Hitler dan menguatkan Nazi sedangkan dia mempunyai ramai pegawai yang setia? Dalam menjawab persoalan itu, penulis-penulis sejarah dunia mengatakan bahawa sebenarnya tiada pegawai yang benar-benar setia dengan Hitler termasuk pihak ketenteraan dan oleh itu tiada sesiapa yang mahu meneruskan dasar Hitler. Jika benar bahawa Hitler berseorangan dalam memperjuangkan dasarnya, kenapa Hitler tidak ditangkap oleh pihak tentera Nazi sendiri dan dihukum tanpa menunggu ’serangan’ daripada Gabungan Perikatan (USA, Britain & sekutu). Dunia ditipu, malah rakyat Jerman dan anggota tentera Nazi sendiri turut ditipu dengan permainan licik yang dirancang secret society ini.
Manakala Hiroshima dan Nagasaki pula menjadi mangsa kepada klimaks pementasan sejarah itu dengan dibom oleh USA. Adakah Jepun menjadi mangsa? Atau.. Jepun juga terlibat sama dalam perancangan Illuminati? Mana mungkin Jepun boleh berkembang maju dengan begitu cepat selepas ‘kekalahan teruk’ dalam WW2. Dari mana Jepun memperoleh kewangan yang banyak untuk membangun semula negara mereka. Jawapannya ada di sebalik projek pembangunan semula itu sendiri. Seluruh kos terlibat dalam WW2 dan kos menanggung pembangunan semula negara-negara ‘pelakon’ ditanggung sepenuhnya oleh tycoon ‘jurutera-politik’ dan ‘jurutera-ekonomi’ dunia sejak zaman berzaman iaitu Rothschild & Rockerfeller di USA. Keturunan Rothschild dan Rockerfeller kini masih menjadi golongan terpenting dalam pergerakan Illuminati dan juga merupakan keturunan daripada generasi-generasi penyembah syaitan.
Jepun selepas WW2 mengadakan kerjasama yang begitu baik dengan USA seolah-olah tidak pernah bermusuhan ketika WW2. Amerika dengan penuh komitmen berkongsi teknologi untuk pembangunan semula Jepun dan akhirnya negara ‘Matahari Terbit’ itu berubah maju dengan sangat pantas, sama pantas dengan USA dan negara-negara Eropah. Jawapan kepada semua itu adalah, USA membayar semula kepada Jepun selepas rela dipergunakan untuk menjayakan agenda memesongkan perjalanan politik dunia.
Kita lihat pula peristiwa sejarah yang dekat dengan kita iaitu sejarah selepas tamat WW2 di Tanah Melayu. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu dengan membawa gagasan Malayan Union. Muslihat terselindung di sebalik Malayan Union adalah Tanah Melayu akan diperintah secara terus dari Britain sama seperti yang dilakukan kepada Hong Kong, Australia dan kebanyakan negara Komanwel yang lain. Ia juga menghapuskan kedaulatan sultan-sultan Melayu dan Ratu Britain berkuasa sepenuhnya ke atas Tanah Melayu. Sistem itu disebut Centralization atau Dasar Pemusatan Kuasa di mana kuasa pemerintahan diletakkan di bawah satu pemerintah tunggal yang berpusat di Britain, pada masa yang sama meneruskan dasar ‘Divide & Rule’ bagi memudahkan penguasaan mereka ke atas Tanah Melayu. Ia juga sama seperti New World Order!! Namun, Malayan Union gagal. Tetapi ia diteruskan dengan ilusi kedua, ancaman komunis. (bab strategi komunis dan kaitan dengan Illuminati akan menyusul dalam bab-bab akan datang).
Berbalik kepada persoalan kenapa tiada Hitler kedua selepas WW2? Ini kerana perancangan mereka sudah berhasil untuk memanjangkan kisah peperangan itu yang akhirnya membawa kepada penubuhan Israel di tanah Palestin. Tanpa Holocaust, Israel tidak akan berjaya ditubuhkan. Israel ditubuhkan kononnya untuk menempatkan semua orang Yahudi dalam sebuah negara Yahudi Israel yang bersatu dan bermaruah. Jika sudah berjaya, maka tidak perlu ada Hitler yang kedua.
Holocaust merupakan satu ilusi. Pernahkah kita sedar bahawa ada juga di kalangan Yahudi hari ini menentang penubuhan negara Zionis Israel? Golongan yang menentang itu adalah Yahudi Ortodox iaitu generasi daripada kumpulan Yahudi yang dibunuh oleh Nazi semasa WW2. Yahudi Ortodox tidak pernah bersetuju dengan gagasan Zionis dan lebih menghargai keamanan. Yahudi Ortodox ini juga pernah disampaikan dakyah Zionis bagi merealisasikan negara Yahudi Israel melalui agenda Nazi, mereka menolak, lalu dibunuh. Mereka dibunuh untuk mengaburi dunia dan supaya dunia merestui penubuhan negara Israel yang wujud hari ini. Manakala Yahudi yang berfahaman Zionis dan Mason pula dibenarkan hidup untuk merealisasikan penubuhan Israel. Di mana Yahudi Ortodox ini tinggal hari ini, mereka tidak tinggal di Israel tetapi berada di Amerika dan Eropah, mereka hidup dalam kelompok sendiri dan menyisihkan diri daripada kemajuan yang dikecapi dunia hari ini, mereka sama seperti golongan Amish. Tetapi tidak bermakna mereka tidak terlibat langsung dalam agenda Illuminati, mereka dilibatkan sama dan kita umat Islam juga turut dilibatkan sama tanpa kita sedari.
Atau mungkin Holocaust langsung tidak pernah terjadi dalam lipatan sejarah dunia dan ia hanya diwujudkan melalui propaganda yang dibawa penulis-penulis sejarah dunia di Amerika. Jika Holocaust wujud melalui propaganda, ia tetap juga ilusi. Tujuannya juga tetap sama, untuk menjadi alasan kepada penubuhan negara Yahudi yang bebas, berdaulat dan bermaruah iaitu Israel.
Berbalik kepada kunci seterusnya iaitu pemimpin yang pernah menyuarakan New World Order dalam menjayakan agenda Illuminati. Mereka ini sebenarnya bekerjasama walaupun pada pandangan kasar, mereka dilihat sebagai bermusuh atau berbeza pendapat, ia kerana mereka mahu kita berfikir sedemikian rupa melalui ilusi-ilusi yang mereka cipta.
Di Amerika, pada 26 Julai 1968, Associated Press (AP) melaporkan, Gabenor New York pada masa itu iaitu Nelson Rockerfeller berkata dalam ucapan semasa International Platform Association di Sheraton Park Hotel di New York, Rockerfeller mengulas mengenai keputusan pilihanraya yang dimenangi Richard Nixon, Rockerfeller berkata: “as President, he (Richard Nixon) would work toward international creation of a new world order.”
Presiden Amerika George H.W Bush semasa berucap ketika persidangan Congress pada 11 September 1991 iaitu selepas selesai Perang Teluk, dia mengucapkan New World Order sebanyak dua kali: “Now, we can see a new world coming into view. A world in which there is the very real prospects of a new world order…”
Semasa persidangan yang sama; Bush sekali lagi mengulangi ‘niat’ untuk menundukkan dunia melalui perancangan utama, new world order.., Bush sekali lagi berkata: “The victory over Iraq was not waged as a war to end all wars, even the new world order cannot guarantee an era of perpetual peace.”
Ucapan Bush memberi makna yang cukup mendalam untuk memahami ’secebis kecil’ makna keamanan yang dia maksudkan. Bush memaksudkan dunia akan aman sekiranya Amerika masuk campur dalam setiap pergolakan dunia dan menjadi ‘orang tengah’ untuk mendamaikan pergolakan. Daripada satu sisi, dunia melihat Nazi dan dasar Amerika adalah sebagai dua konsep pemerintahan yang bertentangan antara sesama mereka. Namun daripada satu sisi lain pula, jika benar mereka berbeza mengapa pula Hitler dan Bush menyuarakan hasrat yang sama iaitu ke arah mewujudkan New World Order.
Fikirkan!!
Dia mengambil contoh Perang Teluk yang baru selesai ketika itu di mana Amerika ‘memperlihatkan’ diri (berdrama) sebagai negara yang menyelamatkan Kuwait daripada serangan Iraq… ia adalah maksud kepada ’Now we can see a new world (dunia baru yang aman) coming into view…. new world order.”
Bagi maksud ucapannya ‘The victory over Iraq was not waged as a war to end all wars.. even the new world order cannot guarantee…’ pula bermaksud kejayaan membedil Iraq bukan bemaksud Amerika telah berjaya menamatkan semua perang di dunia (juga bermaksud Amerika akan terlibat dalam lebih banyak perang untuk mewujudkan keamanan-kononnya. Jelas terbukti dasar mereka dalam pergolakan dunia hari ini iaitu untuk menamatkan ‘keganasan’-kononnya) tetapi dunia juga belum tentu akan aman walaupun dunia sudah memilih jalan terbaik untuk bersatu padu (di bawah kekuasaan Amerika) demi keamanan sejagat. Dunia belum tentu aman walaupun sudah bersatu juga memberi petanda kepada ‘PERANG AKHIR ZAMAN ANTARA ISLAM DENGAN MUSUH-MUSUH ALLAH’, itu adalah intipati niat mereka.
Ucapan itu memberi sedikit gambaran mengenai tujuan New World Order iaitu untuk menjadikan semua negara di dunia tunduk patuh kepada kekuasaan Amerika, keamanan hanya sebagai umpan ilusi kerana mereka jugalah dalang-dalang dan petualang-petualang sebenar dalam melaga-lagakan Iraq dengan Kuwait ketika Perang Teluk. Juga dalang dalam WW2 dan WW1. Perhatikan, Amerika wujud selepas tamat Perang Dunia Pertama (WW1) manakala negara Israel pula wujud selepas WW2. Niat sebenar mewujudkan WW1 adalah untuk menubuhkan negara ahli politik berkiblatkan Zionis iaitu Amerika, strategi diteruskan dengan perancangan-perancangan jangka panjang untuk mencetuskan WW2 lalu menubuhkan Israel. Jika berlaku WW3, apa pula akan berlaku?
Amerika membuat kita berfikir dengan tanggapan termudah seperti..: Iraq serang Kuwait, kemudian Amerika datang bantu Kuwait untuk serang semula Iraq danmembebaskan Kuwait daripada kejahatan Iraq. Kemudian dunia mula berfikir bahawa Iraq itu jahat dan ia menjadi modal untuk anak Bush membunuh Saddam dalam sekuel Perang Teluk 2. Mereka mahu kita berfikir seperti itu, itulah salah satu strategi mereka.. MIND CONTROL!! Menguasai minda dengan mewujudkan ilusi di pentas dunia… bagaimana dengan roh kita pula, turut dikuasai mereka??
Pada 11 September 2001 pula (9-11), bangunan WTC roboh selepas diserang dengan dua pesawat. Anak Bush, Presiden George W.Bush pula tampil mengeluarkan kenyataan bahawa (kononnya) dunia kita diancam masalah keganasan dan serangan 9-11 itu pula kononnya didalangi satu pertubuhan pengganas al-Qaeda yang berpangkalan di Afghanistan dan diketuai Osama Ben Laden. Dan, al-Qaeda pula kononnya tiba-tiba ‘menghantar’ salinan video dan mengaku bertanggungjawab meranapkan WTC.
Bab kajian mengenai WTC yang ranap dalam peristiwa 9-11 akan dibincangkan nanti. Penulis mempunyai sumber yang sangat arif mengenai kejadian itu dan pernah bertemu dengan mereka pada tahun 2006 di Kuala Lumpur, salah seorangnya ialah rakyat Amerika dan seorang lagi adalah rakyat Britain.
Strategi 9-11 lebih bijak daripada strategi Perang Teluk. Dunia bukan sahaja diberi ilusi pembohongan mengenai keganasan yang didalangi sebuah pertubuhan yang mempunyai nama dalam sebutan Arab (niat lebih menjurus tuduhan kepada Islam), malah masyarakat dunia juga dipermainkan mengenai kewujudan al-Qaeda itu sendiri, tidak pernah ada apa-apa cerita mengenai al-Qaeda sebelum itu dan dunia juga tidak tahu apakah pertubuhan itu. Namun al-Qaeda tiba-tiba wujud selepas 9-11, bersama watak Osama yang tiba-tiba wujud serentak, Afghanistan pula dipertanggungjawabkan.
Bagi mendapat restu dunia untuk menyerang Afghanistan, al-Qaeda dikaitkan dengan Taliban iaitu puak yang memerintah Afghanistan. Sesudah berjaya menembusi Afghanistan, masyarakat Afghanistan yang sebelum ini sangat patuh kepada ajaran Islam dirosakkan perlahan-lahan dengan membawa masuk majalah Playboy, hiburan video lucah, menjual kondom dan lain-lain elemen negatif. Osama yang diburu masih belum ditemui. Wujudkah watak Osama si ketua al-Qaeda yang dimaksudkan? Siapakah Osama, apa kaitan Osama dengan operasi rahsia yang dilabel dengan kod Tim Osman yang pernah dikendalikan CIA satu ketika dahulu?
Osama hanya satu lagi watak ilusi yang hanya wujud dalam rakaman kamera video (seperti kita lihat dalam siaran berita di TV) Osama adalah alat untuk menabur fitnah kepada Islam dan menyemai Islamophobia di kalangan masyarakat Eropah dan dunia seluruhnya supaya membenci agama Allah. Dunia nampaknya makin bersatu menentang Islam dan motif  New World Order semakin menunjukkan hasil di dunia Barat.
Peristiwa 9-11 adalah ilusi yang terhebat dalam sejarah dunia yang pernah dilakukan Illuminati ini. Jika benar Osama wujud, di mana dia sekarang dan jika benar dia seorang Muslim yang lantang mengancam Amerika (seperti yang kita tengok dalam TV terutama rakaman Osama memberi amaran kepada USA dan Israel), Jika Osama itu wujud sebagai Muslim yang pendirian tegas seperti itu, sudah tentu dia bersama angkatannya akan membedil Israel semasa peristiwa serangan Gaza pada pertengahan 2009 lalu.
Osama juga mungkin ‘orang mereka’ yang penting dalam perancangan ini, tetapi bermain ‘di sebalik tabir’ dan masih belum ‘diarahkan’ keluar oleh pemimpin Illuminati untuk ‘berlakon dalam filem perang’ di luar. Jadi, siapa pula yang meranapkan WTC sekiranya al-Qaeda dan Osama hanya sebagai watak ilusi? Rancangan meranapkan WTC sudah dibuat pada 10 tahun sebelum kejadian, lihat semula ucapan George H.W Bush (bapak kepada George W.Bush) pada 11 September 1991 ketika berucap dalam persidangan Kongres!!!! Ucapan tersebut adalah isyarat kepada maksud ucapan ‘even the new world order cannot guarantee an era of perpetual peace..’ walaupun kononnya dunia sudah bersatu (tunduk) di bawah kekuasaan Amerika, namun dunia tetap belum menemui keamanaan yang sebenar kerana diancam pula ancaman baru iaitu keganasan (mereka maksudkan Islam)… itulah maksud kepada perancangan untuk memburukkan imej Islam melalui ilusi ‘drama keganasan’ yang sangat hebat dan bertaraf Hollywood.
Mengapa memusuhi Islam, ia kerana mereka masih belum mampu menguasai umat dan negara Islam secara 100 peratus. Agama-agama lain di dunia pula sudah berjaya disesatkan secret society penyembah syaitan sejak zaman tamadun awal lagi. Agama Nasrani bejaya disesatkan konsep ketuhanannya dengan dimasukkan elemen Triniti (Tuhan Bapa-Anak Tuhan-Roh Kudus) dengan perantaraan konco bernama Paulus yang kini dikenali sebagai tokoh penyebar agama itu, agama Yahudi Judaism pula berjaya diselewengkan dengan memecahkan bangsa itu dan memusnahkan teks kitab kalam Allah (Torat, Zaboor) melalui penjajahan dan perhambaan di Babilon, Assyria, Rom dan Greek sehingga bangsa itu hilang identiti Hebrew. Kedatangan Islam untuk menyampaikan Quran bagi menyempurnakan kitab-kitab yang dimusnahkan dicemari penulisannya itu menimbulkan kebimbangan di kalangan golongan ini, kerana Islam akan membawa manusia kembali mengenal Tuhan yang wajib disembah. Agama-agama lain (bukan daripada perintah Allah) terutama polytheistic yang menyembah banyak dewa dan patung pula tidak diganggu oleh Illuminati kerana langsung tidak mengancam perancangan mereka.
Kepercayaan Nasrani adalah bertunjangkan konsep triniti dan salah satu yang menjadi kekeliruan dan masih menjadi bahan perbincangan di kalangan paderi-paderi ialah kesukaran memperjelaskan maksud Roh Kudus (Holy Ghost/Holy Spirit). Ketika di peringkat awal agama ini berkembang, Roh Kudus dimaksudkan sebagai malaikat Jibrail/Gabriel yang menghembuskan roh Allah ke dalam diri Mary/Maryam sehingga menghamilkan Isa/Jesus. Namun, ia belum mampu memperjelaskan Roh Kudus yang sebenarnya. Siapa yang menetapkan konsep Roh Kudus dalam agama ini? Bagi umat Kristian, tiga adalah satu dan satu itu tiga. Tidakkah ia mengelirukan?
Agama Nasrani/Kristian berkembang selepas ketiadaan Jesus dan dikembangkan oleh golongan yang berkomplot menghapuskan Isa. Menurut sejarah agama itu seperti yang terkandung dalam sejarah Paulus, Paulus dikatakan mengejar nabi Isa untuk membunuhnya namun dia telah terjatuh ketika dalam perjalanan. Semasa Paulus terjatuh, dia dikatakan didatangi satu cahaya dan cahaya itu berkata bahawa orang (Isa) yang akan dibunuhnya itu adalah Anak Tuhan. Cahaya itu menyebabkan matanya tidak mampu melihat dan hanya Isa yang boleh menyembuhkannya kembali. Paulus kemudian ‘dalam keadaan insaf’ terus mencari Isa untuk meminta matanya disembuhkan. Apabila dia berhasil bertemu Isa, matanya kemudian disembuhkan. Kemudian Paulus berkata kepada Barnabas (sahabat Isa), bahawa Isa memang benar anak Tuhan dan mahu menyebarkan agama yang dibawa Isa kepada seluruh manusia, sebelum agama ini dikembangkan Isa terjerumus ke kancah fitnah lalu ditangkap dan mahu dihapuskan. Dalam Islam, Isa tidak dibunuh tetapi diangkat ke langit menjadi al-Masih.
Paulus terus menyebarkan fahaman itu sehingga ke Eropah dan gereja pertama didirikan di Antioch sebagai pusat penyebaran pertama Kristian. Paulus juga mengajarkan manusia dengan fahaman yang tidak menurut pesanan Isa bahawa Isa hanyalah seorang nabi yang diutuskan Allah kepada Bani Israel, Isa juga tidak pernah mengaku bahawa dia adalah Anak Tuhan. Bagaimanakah Paulus yang mahu membunuh Isa tiba-tiba dikatakan bertaubat selepas mendapat tahu bahawa Isa itu Anak Tuhan? Kitab-Kitab Gospel terus ditulis oleh tangan-tangan penuyusun kitab Yahudi dengan meletakkan nama-nama sahabat Isa (Markus, Peterus, Matius, dan John atau Nabi Yahya) sebagai penulisnya bagi menjadikan ia autentik, kitab-kitab itu menekankan triniti sebagai akidah yang bertentangan dengan ajaran Isa selepas ketiadaan Isa.
Menurut tokoh pendakwah Islam yang terkenal pada sekitar 1970-an lalu, Sheikh Ahmed Deedat pernah berhujah dalam debatnya dengan ramai paderi Kristian. Ahmed Deedat berkali-kali bertanya kepada setiap paderi Kristian yang didebatnya, pertanyaan itu adalah mengenai di manakah ayat dalam Bible yang mengatakan Isa mengaku bahawa dia adalah Anak Tuhan dan di manakah ayat yang menceritakan bahawa Isa membenarkan triniti? Bahkan, hanya dua ayat yang ditulis dengan tulisan merah dalam Bible disahkan oleh gereja sebagai perkataan yang diucapkan sendiri oleh Isa, mengapa hanya dua sahaja ucapan Isa yang dimuatkan, bagaimana pula dengan ayat-ayat lain dalam keseluruhan Bible? Dua ayat yang disahkan itu pula langsung tidak berkaitan dengan pengakuan Isa bahawa dia adalah Anak Tuhan.
Menurut Gospel Barnabas (gospel ini dikelaskan sebagai gospel yang tidak diiktiraf oleh Vatican), Barnabas memberitahu kepada Paulus bahawa ajaran yang dibawa Isa bukanlah satu agama baru, sebaliknya ajaran Isa hanyalah untuk meluruskan ajaran Taurat yang pernah dibawa Musa kepada Bani Israel kerana ajaran Musa telah banyak diselewengkan. Barnabas juga memberitahu bahawa ajaran Isa hanyalah khas untuk Bani Israel supaya mereka menerima hakikat dan bersedia akan kedatangan seorang nabi terakhir (Muhammad) bagi melengkapkan agama Allah seperti yang terkandung dalam Taurat. Barnabas juga memberitahu Paulus bahawa bangsa Gentiles (bangsa-bangsa bukan Yahudi) tidak boleh diajar dengan ajaran Isa kerana tugas itu akan digalas oleh nabi terakhir yag dimaksudkan bagi melengkapkan mesej Tauhid kepada sekelian manusia.
Menurut Barnabas juga, sahabat-sahabat Isa yang taat dengan ajaran Tauhid terus menjauhkan diri dari Jerusalem kerana bimbang dengan ancaman Rom dan puak Yahudi. Mereka bagaimanapun terus menyebarkan ajaran Isa berlandaskan Tauhid kepada orang-orang Yahudi di kawasa yang tidak jauh dari Jerusalem. Gospel Barnabas juga bukanlah Injeel yang memuatkan perkataan-perkataan Allah, tetapi gospel itu hanya memuatkan ucapan-ucapan Isa sepanjang menyampaikan ajarannya, ia hanyalah himpunan Hadis Isa. Injeel Kalamullah tidak pernah ditulis.
Timbul persoalan di sini, siapa yang menulis Bible dan siapa yang mengasaskan Kristian? Ia adalah kerja-kerja pengikut pertubuhan rahsia yang sentiasa berusaha merosakkan agama-agama yang dibawa nabi terdahulu sebelum Muhammad. Mereka mengubah kepercayaan asal kepada kepercayaan sesat dan mempergunakan agama yang disesatkan itu untuk mereka berlindung sehingga akhir zaman. Dan agama-agama itu pula diselitkan dengan unsur-unsur Tuhan Matahari, The All seeing Eye dan sebagainya tanpa ramai daripada penganut agama-agama itu sedar. Belum percaya? Penulis akan membawa anda bertemu dengan lebih banyak bukti mengenai perkara ini dalam perbincangan akan datang.
Memahami dan Mengenali Pergerakan Rahsia ILLUMINATI
Illuminati berasal daripada perkataan Latin, ‘illuminatus’ yang bermaksud enlightened, diterangi (dengan pengetahuan terahsia). Kewujudannya hari ini adalah kesinambungan daripada Illuminati Bavaria yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776, penubuhannya pada tarikh itu merupakan detik kesepakatan semua pertubuhan rahsia di seluruh dunia dalam menjayakan agenda rahsia secara bersama. Ia lebih tepat jika dikatakan semua pertubuhan rahsia bersatu dalam satu pakatan besar untuk menguasai dunia.
Kesepakatan itu dibuat antara pergerakan rahsia seperti Freemason/Masons (Yahudi Zionis), Skull & Bones (Amerika) dan beberapa pertubuhan rahsia yang lain termasuk pertubuhan-pertubuhan rahsia yang tidak mempunyai nama di Eropah. Walaupun sebelum bersatu, mereka telah lama berkongsi cita-cita yang sama dan berkongsi simbol-simbol pengenalan yang sama, serta mengamalkan ritual yang sama.
Pergerakan Illuminati bersatu yang ditubuhkan pada 1776 merupakan idea Adam Weishaupt iaitu seorang yang berfahaman Jesuit dan merupakan professor di Universiti Ingolstadt. Weishaupt secara rahsia mengumpulkan semua ketua pertubuhan rahsia yang berfahaman bebas atau ‘freethinker’ yang tidak mempercayai ketuhanan, yang telah lama wujud dan merosakkan agama sejak zaman berzaman.
Mereka juga dikenali sebagai Illuminati Order, Perfectibilists dan Bavarian Illuminati.
masonic_demonism
Sesetengah penulis sejarah seperti Augustin Barruel dan John Robinson berpendapat, peristiwa Revolusi Perancis (1789-1799)tercetus disebabkan ‘hasil kerja’ pertubuhan rahsia tidak bernama yang wujud di Perancis ketika itu. Pergerakan itu mengambil kesempatan daripada sentimen kebencian rakyat terhadap golongan istana bagi menjatuhkan King Louis XVI dan mewujudkan pemerintahan baru. Alasan seperti faktor kemiskinan rakyat, penindasan rakyat oleh golongan istana dan ke arah mewujudkan Perancis yang lebik baik, menjadi modal dalam mengaut sokongan rakyat Perancis.
Rancangan mewujudkan pemerintahan baru di Perancis itu adalah strategi  awal dan terpenting untuk menjayakan agenda penubuhan negara politik berpaksikan Zionis iaitu Amerika. Peristiwa pembunuhan keluarga diraja Perancis membawa kepada peralihan pemerintahan baru yang dianggotai ahli-ahli pertubuhan rahsia dalam tampuk pentadbiran negara.
Pra-Revolusi: National Assembly (1789)
Pada 10 Jun 1789, Mesyuarat Ahli Third Estate diubah kepada nama Mesyuarat Rakyat (Common’s Meeting) dengan menjemput dua lagi ‘estate’ dalam menganggotai mesyuarat itu yang akhirnya berjaya dilaksanakan pada dua hari kemudian dan berakhir pada 17 Jun dan selepas itu mesyuarat berkenaan dikenali sebagai National Assembly. Deklarasi daripada mesyuarat itu meluluskan untuk mengambil langkah radikal bagi mengubah masa depan Perancis dan mereka kemudiannya mengajak dua lagi pertubuhan untuk terlibat sama dalam agenda itu. Agenda menggulingkan King Louis XVI dijalankan secara senyap dengan melibatkan ahli-ahli mesyuarat itu dan seterusnya menjadi lebih berani selepas berjaya meraih sokongan rakyat.
Pada 4 Ogos 1789, National Assembly secara rahsia telah bersetuju menamatkan sistem feudal dan secara terang meluluskan Deklarasi Hak Rakyat (deklarasi ini sama seperti yang diamalkan Amerika hari ini) dengan mengetengahkan prinsip-prinsip hak asasi rakyat yang mempunyai autoriti sama taraf dengan undang-undang (undang-undang yang tidak boleh dipertikaikan termasuk campur tangan raja) dan secara tidak langsung mereka menjadi badan sah yang membuat draf undang-undang. Dalam diam juga, mereka mencatu makanan secara terancang supaya rakyat kebuluran. King Louis XVI yang sedar dengan perkembangan itu kemudian mengambil langkah mengharamkan National Assembly melalui tindakan tegas.
Mereka menyebar berita bahawa King Loius XVI adalah syaitan untuk membakar kebencian rakyat, padahal merekalah penyembah syaitan yang merancang segala peristiwa.
Atas dasar hak asasi manusia, golongan ini secara rahsia menyebarkan propaganda mengenai keperluan mewujudkan negara Perancis yang baru dan telah berjaya menghasut para wanita terutama kaum ibu dan surirumah di Perancis supaya memberontak. Kemudian pada 5 Oktober 1789, kumpulan wanita yang menjadi mangsa kebuluran ini berkumpul di sekitar Paris dengan melaungkan pembaharuan segera dan meminta istana mengembalikan kuasa National Assembly yang lebih sensitif terhadap keperluan rakyat.
Kumpulan protes yang dianggotai kaum wanita itu kemudian meningkat kepada lebih 8,000 orang dalam masa singkat dan bergerak ke Versailles (bandar diraja Perancis ketika itu) dengan lebih radikal, membawa meriam, senjata api dan senjata tajam. Akibat tekanan itu, keluarga diraja berpindah ke Paris.
Kesan bunga-bunga revolusi turut memberi tekanan terhadap kuasa gereja dan golongan pemimpin revolusi (ahli pertubuhan rahsia) ini bertindak mencampuri urusan gereja katolik kerana pihak gereja merupakan institusi yang memiliki tanah dengan keluasan terbesar di negara itu. Pada 1790, undang-undang baru diluluskan supaya gereja tidak lagi mempunyai hak ke atas hasil pertanian dan rakyat diberi hak untuk mengusahakan sendiri tanah-tanah pertanian. Sokongan rakyat terhadap mereka menjadi semakin kuat.
Strategi demi strategi tersebut dijayakan dengan sempurna sehingga berlaku rusuhan hampir setiap hari dan berterusan sehingga revolusi mencapai ‘objektif pertama’ (ia bukan objektif utama) iaitu menjatuhkan hukuman mati terhadap keluarga diraja Perancis pada 21 Januari 1799 di satu lokasi (salah satu lokasi ritual satanism) di Place de La Concorde.
Keamanan tidak terus wujud dan masih berlaku rusuhan di kalangan rakyat yang mahu melihat pembaharuan dilakukan segera oleh pemerintahan baru walaupun selepas meraikan kejayaan menamatkan sistem beraja. Mereka terus merancang dan merancang untuk menyempurnakan agenda memiliki Perancis secara total.
Pada 9 November 1799, Napoleon Bonaparte dilantik sebagai ketua negara dan digelar Maharaja yang akhirnya menyempurnakan Revolusi. Pemerintahan Bonaparte menjadi titik mula kepada pemerintahan Perancis yang lebih radikal dan memperluas rancangan untuk mencetus ilusi peperangan yang lebih besar dan seterusnya menubuhkan Amerika. (Perancis menghadiahkan Statue of Liberty kepada Amerika sebagai tanda persahabatan dan tanda memori indah kepada pemimpin-pemimpin Amerika terhadap ‘petualangan’ Illuminati Perancis dalam merancang penubuhan Amerika, rahsia ada di sebalik peristiwa Revolusi Perancis).
SIMBOL-SIMBOL ILLUMINATI
Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah lebih baik jika kita mengenali simbol-simbol yang digunakan oleh Illuminati bagi memudahkan anda mengikuti perbincangan ini.
2009_nwo_obv_detail_400
The All Seeing Eye, Satu Mata bercahaya seperti matahari yang terapung di atas Unfinished Pyramid.
Tambahan: perhatikan perkataan One Troy Ounce 99.9% fine silver di sebelah kanan gambar, 99.9 atau 999 akan menjadi 666 iaitu nombor kod penyembahan syaitan jika diterbalikkan.

l_7bf4af6ccbf9fbcc6ed83f17ff1987ad
versions-of-horned-salute
Isyarat tangan: Devil’s Horn
occult-washingtondc_03
Pentagram di tengah bandar Washington, ia boleh dilihat dengan memerhati struktur jalan di Washington, bucu paling bawah ialah terletaknya White House
masonic_structure
Structure of Power
occult-washingtondc_04
Star of David, ia boleh dilihat dengan memerhati struktur jalan di Washington, bucu paling bawah dalam segi enam ialah terletaknya White House

No comments: