Berkata ‘Ubadah ibn al-Samit r.a. berkata ketika menjelang kematiannya, “…Kami berjanji kepada nabi saw untuk mendengar, taat ketika cergas dan susah, sennag dan ketika terpaksa mengalah dan agar tidak menentang pemerintah kecuali apabila berlaku kufur yang jelas di sisi kamu, adanya bukti dari Tuhan.” HR al-Bukhari.
Berkata al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi, (384-456H),
“ Dan wajib sekiranya berlaku kezaliman – walau sedikit- agar dinasihati imam dari kezaliman itu dan dihalang. Sekiranya ia meninggalkan kezaliman, kembali kepada kebenaran, menjalankan hukum qawad (qisas) dalam kes kulit atau anggota badan, menegakkan hadd zina, qazf dan hukum minum arak, maka tidak boleh dipecat.
Sekiranya ia (pemerintah) enggan melaksanakan mana2 kewajipan ini dan enggan bertaubat, wajib memecatnya dan menggantikannya dgn org lain yang menegakkan kebenaran berdasarkan firman Allah SWT, “…dan bertolong-tolonganlah menegakkan kebajikan dan taqwa, dan jangan bertolngan dalam dos adan permusuhan …”. (al-Ma’idah:2).
No comments:
Post a Comment