Pages

Saturday, March 27, 2010

200,000 tonton program politik




SANTORO (dalam bulatan) melihat monitor yang menyiarkan gambar Berlusconi pada program politik Raiperunanotte di sebuah dewan di Bologna kelmarin.


ROM - Kira-kira 200,000 orang menyaksikan sebuah program televisyen yang disiarkan menerusi rangkaian tempatan dan Internet selepas rancangan politik di televisyen kebangsaan diharamkan menjelang pilihan raya wilayah.
Program televisyen yang berjudul Raiperunanotte itu menjadikan Perdana Menteri, Silvio Berlusconi yang juga bilionair sebagai sasaran kritikan dan ia disiarkan dengan tujuan untuk menyuarakan pandangan, dua hari sebelum pilihan raya di 13 daripada buah wilayah Itali berlangsung.
Menurut media Itali, satu skrin gergasi didirikan di 200 buah pekan dan bandar termasuk di bandar raya Rom dan Naples.
Program itu disiarkan selepas stesen televisyen Rai menggantung program politik menjelang pilihan raya tersebut dengan alasan untuk tidak memihak kepada mana-mana parti yang bertanding.
Pengacara Michele Santoro menjadi hos program berkenaan kelmarin.
Berlusconi yang berumur 73 tahun kini disiasat oleh pihak berkuasa kerana cuba untuk menghalang penyiaran program itu.
Program itu bermula dengan menyiarkan imej bekas pemimpin Itali yang terkenal dengan pemerintahan diktatornya, Benito Mussolini.
Beberapa wartawan politik termasuk penyanyi dan pengarah filem, Roberto Benigni mengambil bahagian dalam program itu. - AFP

No comments: