Pages

Tuesday, February 16, 2010

RENUNGAN

Posted by towardsmardhatillah under Cogitation
Leave a Comment

i) Ma’qil berkata: “Aku ingin ceritakan kepadamu hadis yang aku dengar daripada Rasulullah dan aku dengar beliau bersabda “Seseorang yang telah ditugaskan memerintah rakyat, jika dia tidak memimpin rakyat itu dengan jujur, sudah pasti dia tidak akan memperolehi bau syurga”.

ii) Zaid bin Tsabit r.a memberitahu bahawa Rasulullah menyuruhnya mempelajari tulisan Yahudi. “Akhirnya aku jadi penulis untuk Nabi bagi urusan surat-surat beliau untuk orang-orang Yahudi dan aku membaca surat-surat Yahudi yang mereka kirim kepada Rasulullah”.

iii) Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda “Para malaikat sentiasa mengawasi kamu (manusia) secara bergiliran antara malaikat yang bertugas di waktu malam dan malaikat yang bertugas di waktu siang. Mereka berkumpul ketika sembahyang subuh.”

iv) Daripada Abdullah r.a, Rasulullah bersabda “Sesiapa yang mengambil harta individu muslim yang lain dengan sumpah palsu (sumpah dusta), nescaya dia akan menemui Allah di akhirat kelak dalam keadaan Allah murka terhadapnya”.

v) Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda “Akan tiba satu masa kepada masyarakat manusia di mana orang sudah tidak peduli tentang apa yang diambilnya, sama ada apa yang diambil itu dari yang halal ataupun yang haram”.

No comments: