LONDON - Cara Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menghukum penentang politiknya didedahkan selepas imej-imej yang dirakam secara rahsia di penjara negara berkenaan disiarkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej-imej itu mengejutkan di mana beberapa banduan kurus kering dan terlalu lemah untuk berdiri serta makan dalam jumlah amat kecil kerana bahan makanan dicatu.
Dalam salah satu adegan dokumentari itu berjudul Hell Hole, seorang lelaki tanpa baju berdiri di pekarangan penjara, tetapi tulang pelvis dan tulang rusuk menonjol keluar.
Dalam satu lagi adegan, beberapa banduan yang kekurangan vitamin berada dalam bilik penjara yang dilengkapi selimut dan tilam nipis.
Bilik penjara itu padat dengan banduan.
Penerbit filem itu, Godknos Nare yang menghabiskan masa empat bulan melatih 'orang dalam' merakamkan imej itu menyatakan, menu makanan di penjara itu dikurangkan kepada bubur jagung.
Aktivis-aktivis hak asasi manusia dan bekas tahanan telah mengetengahkan isu penjara di Zimbabwe tetapi setakat ini filem itu terdapat bukti kecil bagi menyokong dakwaan tersebut.
Mugabe menjadi Presiden Zimbabwe sejak 1980 tetapi pada 11 Februari lalu beliau melantik pemimpin pembangkang yang juga seterunya, Morgan Tsvangirai menjadi Perdana Menteri. - Agensi
No comments:
Post a Comment