Pages

Sunday, February 7, 2010

Dialog Diantara Iblis Dengan Nabi Isa

Hits : 415
[ 0 Comment ]
Dalam satu riwayat Ibnu Abbas, pada suatu saat syaitan berjumpa Nabi Isa di pintu Baitul Maqdis, lalu Nabi Isa berkata “Hai Iblis laknatullah, beritahu saya apa yang kamu perbuat terhadap umat Nabi Musa?”

“Mereka akan aku sesatkan dari agama Yahudi yang benar,” Jawab Iblis.

“Kemudian apa yang kamu lakukan terhadap umatku?” Tanya Nabi Isa.

“Akan aku perintahkan mereka agar menjadikan kamu sebagai tuhan,”Jawab Iblis.

“Terhadap umat Muhammad, apa yang kamu lakukan?” Tanya Nabi Isa.

Iblis menjawab, kemungkinan sangat sukar bagiku untuk menyesatkan mereka dari akidah yang benar. Tetapi, akan ku buat mereka mencintai harta benda sampai mereka lebih mencintainya dari kalimat “La ilaa ha illallah”.

Berdasarkan petikan diatas, Iblis adalah penipu. Apakah benar dia akan menggoda umat Nabi Muhammad agar mencintai harta benda sahaja? Tentu tidak, ia bermaksud hanya menampakkan satu perangkap dan menyembunyikan hal-hal lain yang membawa manusia masuk ke perangkap itu. Misalnya kerana ingin harta benda atau ingin memperolehi seorang wanita menyebabkan seseorang tidak menghiraukan hukum agama.

Iblis juga membuka satu perangkap kepada kita dan menyembunyikan perangkap- perangkap lain yang tak terkira jumlahnya.

Ada riwayat lain yang menceritakan bahawa Iblis pernah berkata kepada Nabi Isa: “Hai Isa, katakan tak ada tuhan melainkan Allah.” Nabi Isa menjawab: “Itu kaliamat yang benar, tetapi aku tidak mahu mengucapkan kerana perintahmu.”

Ulama mentafsirkan bahawa Iblis mempunyai perangkap-perangkap yang ditutupi dengan kebaikan. Perangkap ini dihiasi dengan sesuatu yang indah untuk menjebak para ulama, para abid, orang-orang fakir serta orang-orang kaya. Ia dilakukan untuk menjerat orang-orang yang membencikan kejahatan dan tidak ingin dirinya jatuh di lembah kemaksiatan secara terbuka.

Oleh itu, Rasulullah S.A.W memberitahu kepada kita beberapa perangkap Iblis yang diajarkan kepada para syaitan yang belajar di institusi pendidikannya. Terdapat 4 cara yang digunakan Iblis untuk menjerumuskan manusia dalam kemaksiatan:

1.Meremehkan dosa.
2.Memperindahkan kejahatan dan memperburukkan kebaikan.
3.Mencampur aduk fikiran baik dan buruk.
4.Melupakan kewajipan-kewajipan dan hak-hak yang besar.

No comments: