Pages

Tuesday, January 19, 2010

Tahniah sekarang terbukti keadaan terkawal


KUALA LUMPUR, Jan 16 — Sebuah masjid menjadi sasaran kerja vandalisme sehari selepas gereja di Seremban, yang ke-10, dibaling dengan objek besar semalam, perkembangan yang dikhuatiri boleh memburukkan lagi suasana tegang ekoran isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah”.
Insiden terbaru ini dilaporkan berlaku di Sarawak.Ia merupakan kejadian pertama membabitkan masjid selepas 10 gereja dan sebuah kuil Sikh berhadapan dengan perbuatan serangan dan vandalisme sejak lebih seminggu lalu.Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang dihubungi Reuters berkata, polis mengesan cermin di bahagian luar dinding masjid berkenaan pecah.Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba mencetuskan situasi huru-hara.“Jangan buat spekulasi. Kami sedang menyiasat insiden ini.“Keadaan masih aman dan tiada sesiapa yang harus mengambil kesempatan dengan memburukkan keadaan,” katanya.Beliau percaya tindakan itu perbuatan vandalisme.Dalam pada itu, polis percaya perbuatan seorang lelaki yang melempar objek keras ke tingkap Gereja Grace Global Prayer di Rasah, Seremban malam tadi yang menyebabkan kaca tingkap itu pecah merupakan perbuatan “nakal”.Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata jika lelaki itu berniat mahu melakukan serangan terhadap rumah ibadat itu, sudah pasti kerosakan yang dialami adalah besar.Dalam kejadian 7.30 malam itu, kaca tingkap gereja yang terletak dalam sederet rumah kedai dua tingkat itu, pecah.“Kita yakin akan dapat menangkap suspek kerana kita ada petunjuk selepas berjaya menemui seorang pengawal keselamatan yang terlihat perbuatan lelaki itu dari jauh,” katanya kepada pemberita hari ini.Sementara itu, Setiausaha Gereja Grace Global Prayer David Raju ketika ditemui Bernama memberitahu, beliau hanya menyedari kejadian itu ketika datang ke gereja pada kira-kira 7.30 malam bersama isterinya.“Selepas masuk dan pasang lampu, isteri saya melihat terdapat serpihan kaca dan tingkap gereja sebelah bawah sudah pecah,” katanya.Pada 11 Jan lepas, pintu Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di Seremban 2 dibakar pintunya.

No comments: