Pages

Sunday, January 31, 2010

Bermulanya Semangat Jihad di Palestin...



Pengenalan

Saban hari kita menyaksikan bumi Palestin ditindas oleh rejim zionis Laknatullah tanpa bantuan dari negara-negara Islam yang lain. Dari situ juga lahirnya ramai para syuhada’ yang tampil mempertahankan agama dan negaranya dengan hanya menggunakan tubuh badan sebagai perisai menghadapi tentera kuffar.

Negara Islam yang lain termasuk Malaysia hanya memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap kekejaman yang dilakukan oleh zionis. Hanya dengan mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan yang zalim tersebut sahaja yang mampu dilakukan oleh negara Islam. Tiada tindakan yang lebih agresif daripada negara Islam seperti menghantar bantuan ketenteraan walaupun negara Islam yang berada di sekelilingnya mempunyai rakyat yang ramai dan hasil pendapatan yang tinggi.

Pernahkah kita khususnya pemimpin negara Islam menghayati sepotong hadis nabi yang bermaksud, “Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)”. Tidakkah kita terasa terhadap apa yang dikatakan oleh nabi ini jika kita mengendahkan apa yang terjadi kepada saudara kita di Palestin? Kalau tidak timbul sikap ihsan kepada saudara kira itu eloklah rasanya kita menilai dan bermuhasabah semula iman yang dimiliki.

Sejarah Baitul Muqaddis dan Masjidil Aqsa

Baitul Muqaddis telah menjadi saksi ketekunan dan keteguhan para mursalin dalam mendidik manusia mengenal hakikat Tauhid dan ajaran Islam. Bermula dengan penguasaan zuriat Nabi Ishak yakni Bani Israel, kemudiannya Raja Nebuchadnezzar dari Babylon, disusuli pula oleh pemerintahan Empayar Rom dan Byzantium, bumi anbiya’ ini telah menjadi rebutan pelbagai kuasa besar zaman terdahulu.

Pada tahun 638 Masihi, kekejaman dan ketidakadilan pemerintahan asing di bumi Baitul-Muqaddis ini telah ditamatkan oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Beliau bersama bala tentera kaum mukminin telah disambut oleh penduduk Baitul Muqaddis sebagai pembela keadilan dan tentera pembebasan

Sebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar bersetuju dan memasuki kota suci ini secara berjalan kaki sahaja tanpa ada sebarang pertumpahan darah. Suatu simbol Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Setelah memeterai perjanjian damai dengan penduduk Baitul Muqaddis, Khalifah Umar terus bergerak menuju Masjidil Aqsa, suatu kawasan seluas 35 ekar dan mendapatinya dipenuhi sampah-sarap. Beliau lantas menggunakan jubahnya untuk mengutip sampah-sarap tersebut dan perbuatan Umar ini diikuti oleh semua kaum muslimin sehinggalah seluruh kawasan Masjidil Aqsa dibersihkan selayaknya sebagai tempat suci umat Islam.

Di tengah-tengah kawasan ini, tersergam batu di mana berpijaknya Nabi Junjungan sebelum ke langit dalam perjalanan Isra’ dan Mi’raj baginda. Di sudut paling selatan kawasan Masjidil Aqsa ini, maka dibinalah sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Qubbah as-Sakhrah (Dome of the rock ). Ia juga dikenali sebagai Masjid Umar merupakan sebuah masjid kayu yang mampu memuatkan 3,000 pengunjung.

Namun demikian, suasana kegemilangan Islam di Baitul Muqaddis berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II mengisytiharkan Perang Salib yang pertama. Tindakan ini adalah sebagai reaksi terhadap polisi menghalang penziarah-penziarah Kristian memasuki Baitul Muqaddis oleh pemerintah Islam Seljuk pada masa itu. Gerombolan Kristian Eropah ini bermusafir selama 3 tahun menuju Baitul Muqaddis dan akhirnya mereka tiba di pintu gerbang kota suci ini pada tanggal 7 Jun 1099.

Setelah 5 minggu mengepung Baitul Muqaddis, tentera Salib akhirnya berjaya menawan Baitul Muqaddis. Ibnu Athir meriwayatkan bahawa pasukan inggeris berlegar di Kota Baitul Muqaddis selama seminggu melakukan pembunuhan umat Islam. Lebih 70,000 orang dibunuh di dalam Masjidil Asqa. Sebahagian daripada mereka adalah para ulama’, para imam, pelajar agama dan ahli ibadat.

Seorang penulis barat mencatatkan di dalam bukunya, “Tentera kami melakukan pembunuhan ke atas ribuan umat Islam. Sebahagian daripada mereka dibunuh dengan cara digantung beramai-ramai mengguanakan satu tali dengan tujuan untuk menjimatkan masa. Darah umat Islam membanjiri Kota Baitul Muqaddis. Kuda-kuda kami bagaikan berenang di dalam lautan darah..”

Pada tahun 1187 Masihi (setelah 88 tahun dijajah tentera Salib) Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya menakluk semula kota suci Islam ini dan sekali lagi Islam membuktikan ia bukan agama keganasan. Pembukaan kedua kota Baitul Muqaddis ini tidak dicemari oleh sebarang pembunuhan rakyat biasa dan pilihan diberikan kepada penduduk kota ini, khususnya yang bukan Islam, samada ingin berhijrah ataupun terus menetap di Baitul Muqaddis di bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaan nyawa, harta dan tempat ibadat mereka.

Malangnya, pada tahun 1948 umat Yahudi telah berjaya menubuhkan negara haram Israel dengan bantuan kuasa-kuasa Barat dan sejak itu bumi anbiya’ ini tidak pernah kenal erti keamanan. Sejak dari itu keangkuhan rejim Yahudi semakin menjadi-jadi sehingga sekarang.

Kemuliaan Masjidil Aqsa

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Isra’ ayat pertama yang bermaksud, “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. 

Dalam ayat ini Allah menjelaskan mengenai kepentingan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah Maha Berkuasa untuk mengangkat Nabi Muhammad SAW terus daripada Masjidil Haram di Makkah tanpa melalui Masjidil Aqsa? Akan tetapi Allah sengaja ‘menperjalankan’ baginda SAW ke Masjidil Aqsa terlebih dahulu untuk menunjukkan peri pentingnya bumi al-Quds itu kepada umat Islam.

Kemuliaan Masjidil Aqsa bagi orang Islam dapat dilihat daripada sabdaan nabi di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Janganlah kalian bersusah payah membuat persiapan kecuali jika hendak pergi ke tiga buah masjid: masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram, dan Masjidil Aqsa.” 

Firman Allah dan hadis nabi yang dinyatakan tadi dengan jelas menunjukkan betapa mulia dan sucinya Masjidil Aqsa terhadap Islam. Masjidil Aqsa menjadi rebutan antara Islam dan Yahudi. Yahudi mendakwa bahawa tapak yang Masjidil Aqsa adalah tapak Haikal Sulaiman yang telah diruntuhkan oleh tentera Rom. Jika benar dakwaan Yahudi tersebut mengenai tembat ibadat yang dibina oleh nabi Sulaiman wujud di tapak Masjidil Aqsa, sudah tentu tempat ibadat yang didakwa adalah masjid kerana agama nabi Sulaiman juga mengesakan Allah iaitu Islam bukan agama Yahudi. Sesuatu yang pelik jika kaum Yahudi ingin mengagungkan peninggalan nabi Sulaiman kerana berapa ramai nabi yang telah dibunuh oleh kaum yahudi sendiri.

Malangnya, kini rejim zionis telah telah menggali beratus buah terowong di bawah Masjidil Aqsa dengan alasan ingin mencari kesan runtuhan Haikal Sulaiman. Hakikatnya, niat yang utama adalah ingin meruntuhkan Masjidil Aqsa kerana terowong tersebut akan melemahkan struktur bangunan Masjidil Aqsa. Matlamat inilah yang diimpikan oleh freemason yang ingin membina Haikal Sulaiman di atas runtuhan Masjidil Aqsa.

Masjidil Aqsa yang Sebenar

Ramai yang menyangka bahawa Masjidil Aqsa adalah seperti gambar di bawah:

Hakikatnya Masjidil Aqsa meliputi semua bangunan dan kawasan di dalam pagar tersebut termasuklah Qubbah As-Sakhra, Jami' Qibli, Masjid Buraq, dan Tanah Lapang yang berada di dalam pagar sempadannya. Ianya meliputi keseluruh kawasan yang berwarna hijau seperti ditunjukkan di dalam gambar.



Buktinya ;

1. Nabi diisra' ke Masjidil Aqsa, dan dimi'rajkan dari Masjidil Aqsa juga. Semua bersetuju baginda SAW dinaikkan ke langit daripada lokasi Qubbah As-Sakhra kerana di dalamnya terletak batu yang dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu Mi'raj tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Maka, dakwaan yang mengatakan As-Sakhra bukan Masjidil Aqsa tidak tepat.


2. Bangunan masjid yang dibina oleh Sayidina Umar al-Khattab di selatan sempadan Masjidil Aqsa dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Jami' Qibli atau Jami' Al-Aqsa. Inilah yang didakwa sebagai Masjidil Aqsa oleh umat Islam sedunia. Sedangkan bagaimana nabi diisra’ mi’rajkan di Masjidil Aqsa pada hayatnya padahal masjid tersebut baru dibina pada zaman pemerintahan Sayidina Umar al-Khattab.

3. Setelah turun dari langit, nabi SAW bersama Malaikat Jibril kembali ke Masjid Al-Aqsa. Para nabi yang lain pun hadir di sana. Mereka semuanya mendirikan solat berjamaah dengan diimamkan oleh nabi SAW. Hal ini menunjukkan hanya satu risalah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul iaitu Islam. Mengikut logik aqal bagaimana sebuah bangunan masjid boleh menampung bilangan nabi yang berjumlah 124,000 orang dan 313 orang rasul untuk solat berjamaah. Semestinya ia memerlukan dataran yang luas iaitu yang disebut sebagai Masjidil Aqsa.

Kejahatan Kaum Yahudi
Kita telah sedia maklum bahawa kaum Yahudi banyak melakukan pelbagai kerosakan dan kejahatan di atas muka bumi ini khususnya kepada rakyat Palestin. Bahkan kaum yahudi merupakan kaum yang paling jahat yang telah melakukan jenayah paling besar membunuh ratusan nabi dan rasul.

Mereka mempermainkan nabi Musa yang telah menyelamatkan mereka dari keganasan Firaun. Mereka mengejar dan membunuh Nabi Zakaria dengan menggergaji tubuh baginda. Mereka cuba hendak membunuh Nabi Isa. Mereka menderhaka kepada Nabi Samwil dan raja Talut yang soleh. Bahkan seorang wanita yahudi juga cuba untuk membunuh Rasulullah SAW dengan meletakkan racun pada peha kambing yang dihidangkan kepada baginda. Pembunuhan Syaidina Uthman dan Ali juga telah dirancang oleh yahudi.

Terlalu banyak untuk dinyatakan kejahatan yang dilakukan oleh mereka. Terbaru pada awal tahun 2009 dunia menyaksikan opersai Cast Lead yang dilancarkan oleh rejim zionis yang mengorbankan lebih 1000 nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa. Dunia juga tidak mungkin akan melupakan peristiwa Sabra dan Syatila, pembunuhan di Dir Yasin, serangan di kem pelarian ar-Rais di Khan Tunus, dan banyak lagi peristiwa pembunuhan kejam yang dilakukan oleh bangsa yahudi. Sejak kejatuhan Islam, bumi Palestin menyaksikan jutaan nyawa yang tidak berdosa terkorban akibat keganasan dan dendam puak zionis.

Tokoh ilmuan Islam dan pejuang Islam juga ramai yang telah syahid angkara keganasan zionis seperti as-Syahid Abdul Qader Audah, as-Syahid Izzudin al-Qassam, as-Syahid Hassan al-Banna, Dr. Abdullah Azzam, Syeikh Ahmed Yassin, Dr. Abd Aziz Rantisi, dan ramai lagi yang tidak disertakan di sini.

Peranan Umat Islam Terhadap Bumi Palestin dan Masjidil Aqsa 

Pada tahun 1902, Theodor Herzl iaitu pengasas zionisme bertemu dengan khalifah Islam yang terakhir bagi kerajaan Khilafah Othmaniyyah, Sultan Abdul Hamid ke-2 untuk memujuk beliau supaya membenarkan orang yahudi membeli tanah kosong di Palestin. Gerakan zionis akan menyumbangkan 150 juta wang emas Inggeris kepada baginda, menyalurkan dana kepada kerajaannya, memberikan sokongan politik kepadanya, dan pelbagai lagi jika baginda memberi lampu hijau.

Tetapi sebagai jawapan, baginda berkat, “Saya tidak boleh bertolak ansur walaupun sejengkal daripada bumi Palestin kerana ia bukan milik saya. Tetapi ia adalah milik umat Islam yang telah berperang dan mengorbankan darah untuk mendapatkannya..sekiranya kamu membayar kepada saya dengan seluruh emas yang ada di atas muka bumi sekalipun, saya tidak akan benarkan kamu mengambil bumi Palestin.”

Tanggal 1924 kerajaan Khilafah Othmaniyyah ditumbangkan oleh agen freemason, Mustafa Kamal Attarturk dan semenjak itu lenyaplah sistem pemerintahan Islam di muka bumi yang menjadi benteng kepada tertegaknya ketuanan umat Islam di Palestin. Sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang dapat dilakukan untuk mengembalikan bumi Palestin ke tangan umat Islam semula. Walaupun negara Islam khususnya bangsa arab di 21 negara yang berdekatan dengan Palestin ialah lebih kurang 300 juta orang masih tidak dapat memberikan pertolongan kepada rakyat Palestin. Bahkan ada di antara negara arab yang bersekongkol dengan negara haram Israel dan menyekat segala bantuan yang ingin disalurkan kepada rakyat Palestin. Inilah kesan daripada lenyapnya kekuasaan Khilafah Islam dan lunturnya semangat jihad dalam diri umat Islam.

Memetik semula hadis yang bermaksud, “Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)”. Berdasarkan hadis ini, setiap umat Islam mempunyai peranan dalam membantu membebaskan bumi Palestin dari rejim zionis.

Pertamanya, umat Islam dikurniakan suatu senjata yang begitu ampuh iaitu doa. Semestinya kita di Malaysia ini masih lagi tidak dikurniakan semangat jihat yang kuat seperti para pejuang Briged al-Qassam. Mereka di sana mengejar kematian seperti mana kita di sini mengejar kehidupan.

Serangan secara amaliyyah istisyhadiyyah dengan membawa bahan letupan dan kemudian diletupkan bersama-sama di tengah kumpulan musuh begitu menghantui tentera kuffar zionis. Mungkin cara seperti ini masih lagi tidak mampu dilakukan oleh kita yang tenggelam di dalam kelazatan dunia.

Tetapi sekurang-kurangnya senjata doa yang kita miliki boleh digunakan untuk meminta bantuan daripada Allah SWT agar diberikan kekuatan kepada pejuang Palestin untuk meneruskan perjuangan sehingga dimenangkan Allah suatu hari kelak.

Kedua, sebagai umat Islam yang prihatin terhadap saudara kita di Palestin, perlulah mengambil berat terhadap barangan dibeli. Mungkin sesetengah barangan sukar untuk diboikot kerana merupakan keperluan seperti intel. Tetapi bayangkan barangan seperti McDonald, KFC, Starbuck, Coca Cola dan bermacam lagi seperti yang dinyatakan oleh pelbagai pihak. Adakah kita boleh mati kebuluran sekiranya kita tidak membeli makanan tersebut?

Bagi perokok pula tidakkah menyedari bahawa syarikat pengeluar tembakau yang terbesar iaitu Philip Morris merupakan antara penyumbang kepada rejim zionis. Bukan sekadar dengan menghisap rokok kita boleh menyebabkan nyawa sendiri tergadai, nyawa orang yang terdekat juga akan terkesan dan paling tidak boleh dimaafkan adalah nyawa rakyat Palestin yang terbunuh. Bayangkan asap rokok yang keluar berkepul-kepul itu adalah merupakan asap yang keluar dari muncung kereta kebal Merkava yang digunakan untuk membantai rakyat Palestin. Dengan penuh nikmat kita merasai makanan McDonald, meminum Coke, menghisap rokok, tetapi pada masa yang sama kita adalah penyumbang terhadap kematian saudara kita di Palestin!

Terdapat beberapa tips yang sesuai dilakukan jika ada sesiapa yang sukar untuk berpisah dengan McDonald, KFC ataupun rokok. Sebelum untuk merasai kenikmatan dunia tersebut, eloklah menatap dahulu gambar-gambar mangsa pembunuhan ganas rejim zionis. Kemudian barulah rasai kenikmatannya dan bayangkan duit yang kita beli itu diwakafkan kepada rejim zionis untuk membeli peluru. Peluru tersebut kemudiannya digunakan untuk membunuh rakyat Palestin dan mangsanya sepertin yang terdapat di dalam gambar yang dilihat.


Ketiga, rakyat Palestin sangat memerlukan sumbangan dan bantuan daripada kita semua. Untuk memberi sumbangan pembaca bolehlah rujuk kepada NGO yang terbukti kesahihannya melakukan misi kemanusiaan seperti Muslim Care Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia.

Kesimpulan
Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad, nabi bersabda yang bermaksud, “Akan sentiasa ada di kalangan umatku yang berterusan memperjuangkan kebenaran, mereka bersikap keras pada musuh dan tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa yang menentang mereka.” Lantas para sahabat bertanya. “Di manakah mereka, wahai utusan Allah?” beliau menjawab, “Di Baitulmuqaddis dan di sekitar Baitulmuqaddis.”

Nabi juga bersabda yang bermaksud, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah sampai masa orang-orang yahudi memerangi umat Islam. Lalu umat Islam memerangi mereka sehingga mereka lari bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok. batu-batu dan pokok-pokok lantas berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada orang yahudi, maka datanglah dan bunuhlah dia.”

Memetik pesanan HAMAS buat umat Islam di Malaysia yang berbunyi, “Kami yakin, saudara-saudara se-Islam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencakupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami diseluruh dunia dapat membantu kami untuk terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim zionis. Persoalannya, di manakah sudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?”

As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin juga sempat memberikan amanat kepada semua umat Islam. Antara petikan amanatnya adalah, “Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.”

“Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti sehingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada’.”


Semoga hadis nabi dan rintihan syuhada’ menjadikan kita manusia yang menitik beratkan permasalahan saudara kita di Palestin dan seterusnya bersatu membebaskan bumi Palestin dari cengkaman zionis Laknatullah.

“Khaibar, khaibar, khaibar ya Yahud, Jaisyhu Muhammad Saufa Yaud”

Rujukan:
Aris Hazlan Ismail, 2009. Gaza Menangis. Jundi Resources, Kuala Lumpur.
Hj. Nik Azran Muhamed, 2009. Gerakan Freemasonry: Musuh Dalam Menghancurkan Islam. Hijjaz Record Publishing, Petaling Jaya.
Mazlee Malik, 2009. Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis. PTS Publications & Distributors, Batu Caves.
Riduan Mohamad Nor, 2010. Cinta di Langit Gaza. Jundi Resources, Kuala Lumpur.

1 comment:

Anonymous said...

kita bukan tidak ade semangat jihad,kita ada tetapi terlalu banyak faktor yg menghalang kita,pertama:sikap kerajaan kita,kedua:jarak kita dgn tanah suci al-quds,ketiga:Yahudi zionis mendapat sokongan daripada kerajaan freemeson terbesar amerika dan sekutu2nya,dan yg terakhir kita terpaksa berdepan dengan pertubuhan boneka keamanan PBB,kita dimalaysia perlu mengatasi masalah ini baru boleh kita bertindak dan berjihad demi umat islam diPalestin...