12 terbunuh di Mogadishu
30/01/2010 3:04am
MOGADISHU 30 Jan. - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh semalam dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dan pasukan pengaman Kesatuan Afrika di ibu negara Somalia sekali gus memaksa kerajaan sekali lagi mendapatkan bantuan tentera asing.
Pemberontak daripada kumpulan Shabaab, yang digelar Washington sebagai sebahagian Al-Qaeda di negara Afrika berkata, mereka telah menyerang pusat kerajaan dan pasukan pengaman Misi Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) pada tengah malam sebelum diserang dengan tembakan meriam.
“Pertempuran ini merupakan yang terburuk dalam bulan ini,” kata seorang penduduk Mogadishu, Ahmed Hashi kepada Reuters.
Keganasan di Somalia telah mengakibatkan seramai 19,000 penduduk awam terbunuh sejak ia berlaku pada tahun 2007 termasuk 1.5 juta penduduk yang lain, salah satu punca utama yang membawa kepada darurat kemanusiaan terburuk di dunia. - Reuters
No comments:
Post a Comment