Pages

Wednesday, May 15, 2013

Gempa 7 skala Richter di Kepulauan Mariana Utara



SYDNEY 14 Mei - Satu gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter melanda kawasan berhampiran Kepulauan Mariana Utara di barat Lautan Pasifik, hari ini, tanpa menimbulkan ancaman tsunami.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa pada kedalaman 603 kilometer iaitu 42 kilometer barat Agrihan dan 395 kilometer utara Kepulauan Saipan disifatkan ahli seismologi terlalu dalam untuk mengakibatkan sebarang impak.
"Orang ramai boleh merasai gegaran kecil akibat gempa itu namun kawasan berkenaan agak kurang penduduk," kata ahli seismologi Geosains Australia, David Jepson. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130514/lu_06/Gempa-7-skala-Richter-di-Kepulauan-Mariana-Utara#ixzz2TJtGhujZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gunung berapi meletus di Mexico



SANTIAGO XALITZINTLA: Gunung berapi Popocatepetl meletus selama beberapa hari menyebabkan pihak berkuasa membuat persiapan untuk memindahkan penduduk ke tempat lebih selamat.

Bagaimanapun, penduduk di situ sudah biasa dengan keadaan terbabit dan masih meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa.
Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan berkata, Popocatepetl bermaksud "gunung berasap" dalam dialek Aztecs melepaskan banyak asap, gas dan debu yang dapat dilihat sejauh tiga kilometer. - AFP

Ular sawa 50kg baham lembu, ayam ditangkap




DUA belas anggota JPAM memegang ular sawa sepanjang 6.7 meter yang ditangkap di Manjung, Perak semalam.


MANJUNG - Misteri Kehilangan beberapa ekor lembu dan ayam milik penduduk Kampung Batu Hampar Dalam, Taiping akhirnya terjawab dengan tertangkapnya seekor ular sawa sepanjang 6.7 meter semalam.
Ular sawa yang sedang membelit seekor anak lembu itu ditangkap oleh anggota Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) bersama penduduk kampung.
Menurut jurucakap JPAM Manjung, Koperal Ahmad Zamberi Bahari, pihaknya bergegas ke kampung berkenaan selepas mendapat panggilan daripada penduduk.
Ujarnya, mereka mengambil masa setengah jam untuk menangkap ular sawa tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2TJ89saJC 
Hakcipta terpelihara 

Kereta sport Maserati dimusnahkan




BEBERAPA lelaki memusnahkan sebuah kereta Maserati di depan kawasan Pameran Kereta Antarabangsa di Qingdao, China semalam.- REUTERS


QINGDAO, China - Sebuah kereta sport Maserati dimusnahkan oleh beberapa orang lelaki selepas diarahkan oleh pemiliknya di depan kawasan Pameran Kereta Antarabangsa di sini semalam.
Kereta yang berharga AS$423,280 (RM1.26 juta) itu dimusnahkan selepas pemiliknya kecewa dengan perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan di sebuah pusat penjualan kenderaan tersebut.
Menurut agensi berita Xinhua, pihak pengurusan pusat penjualan kenderaan itu sebelum ini membaiki kereta tersebut dengan menggantikan alat ganti yang lama.
Bagaimanapun, alat ganti lama itu dijual pada harga yang sama dengan alat ganti baharu.
Ekoran itu, pemilik kereta Maserati buatan Itali tersebut meminta beberapa lelaki memusnahkan kereta berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2TJ6uYCrR 
Hakcipta terpelihara 

Sekolah ditutup kerana menuai tumbuhan 'viagra' di Nepal




GAMBAR fail menunjukkan beberapa penduduk mengutip tumbuhan Yarshagumba di daerah Dolpa, Kathmandu.- AFP


KATHMANDU - Sejumlah sekolah di pedalaman Nepal lengang dan sesi persekolahan terpaksa dihentikan selepas para penduduk keluar menuai tumbuhan yang didakwa boleh menguatkan tenaga batin di kawasan berbukit, kata beberapa pegawai semalam.
Ibu bapa, pelajar-pelajar serta para guru meninggalkan rumah masing-masing untuk menuai tumbuhan itu yang dikenali sebagai Yarshagumba yang mampu menguatkan tenaga seks.
Tumbuhan itu diberi nama jolokan sebagai viagra Himalaya
"Di daerah Jajakot sahaja, sekitar 8,000 pelajar tidak hadir ke sekolah," kata seorang pegawai di sebuah pejabat pelajaran daerah itu, Prakash Subedi.
Menurutnya, sekolah-sekolah terpaksa ditutup kerana tiada pelajar yang datang.
Beliau berkata, para guru turut mencari tumbuhan berkenaan.
Sebahagian penduduk kampung di Nepal berkumpul di kawasan padang rumput yang tinggi pada setiap musim bunga untuk mengutip tanaman bernilai itu.
Tanaman tersebut mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia lain dan harganya boleh mencecah AS$11,500 (RM34,356) setiap 450 gram.
Pada tahun 2011, mahkamah Nepal menjatuhkan hukuman penjara ke atas 19 lelaki yang didapati bersalah membunuh sekumpulan pekebun ketika tercetus pergaduhan merebut hak mengutip tumbuhan itu empat tahun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2TJ56411z 
Hakcipta terpelihara 

China berusaha selamatkan oasis berusia 2,000 tahun




GAMBAR yang dirakamkan pada 12 Mei lalu menunjukkan Tasik Bulan Sabit di Dunhuang. - AFP


BEIJING - Pemerintah China berusaha untuk menyelamatkan sebuah oasis yang berusia 2,000 tahun yang terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China.
Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir.
Kawasan oasis itu dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit.
Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2TJ4Bd9qP 
Hakcipta terpelihara 

Angkasawan selebriti mendarat




MARSHBURN (kanan), Romanenko (tengah) dan Hadfield duduk semasa sesi bergambar selepas mereka selamat mendarat.- AP


MOSCOW - Seorang angkasawan Kanada, Chris Hadfield yang membuat rakaman muzik video di dalam Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISSA) telah kembali ke bumi bersama dua angkasawan lain semalam.
Sebelum ini Hadfield menjadi selebriti dunia menerusi laman Twitter miliknya selepas dia merakamkan gambar dan aksinya di dalam ISS.
Hadfield selamat mendarat di kawasan padang rumput di Kazakhstan bersama seorang angkasawan Amerika Syarikat, Tom Marshburn dan seorang lagi dari Rusia, Roman Romanenko.
Mereka menaiki kapsul Rusia, Soyuz-TMA yang berlepas dari ISS pada awal pagi semalam.
Stesen televisyen Rusia turut menyiarkan pendaratan kapsul Soyuz itu.
Ketiga-tiga angkasawan itu kemudiannya dikeluarkan dari kapsul oleh anggota-anggota pasukan penyelamat.
Ketika berada di ISS, Hadfield membuat rakaman muzik video yang menunjukkan dia bermain gitar dengan menyanyi lagu David Bowie yang berjudul Space Oddity.
Rakaman itu juga disiarkan di laman YouTube. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2TJ3vWJ90 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, May 14, 2013

Wanita berusia 34 tahun yang berasal dari London ini memilih menjadi mualaf dan berhasil mengislamkan keluarga dan 30 teman rapat nya.

Wanita berusia 34 tahun yang berasal dari London ini memilih menjadi mualaf dan berhasil mengislamkan keluarga dan 30 teman rapat nya. 

Kini hidup tenteram dan bahagia setelah memeluk Islam. Di apartmennya yang terletak di Cowcaddens, Glasgow, dia melewati hari-hari dengan amalan rutin seperti orang Islam lain nya. Saat ini kesibukannya adalah menjadi ustazah yang rajin menyebarkan dakwah agama Islam ke berbagai tempat. Berkat dakwahnya, Aisyah Bhutta dapat mengislamkan orangtua nya, keluarga dan 30 temannya.

Dahulu Debbie adalah seorang gadis Kristian yang taat. Dia memutuskan masuk Islam lalu di pertemukan jodoh kemudian berkahwin dengan lelaki muslim. Pada awal mula dia mengenali Islam adalah dari seorang lelaki keturunan Pakistan, Muhammad Bhutta namanya. Lelaki ini lah yang mengenalkan Islam padanya dan dikemudian hari menjadi suaminya. Tapi jangan fikir dia masuk Islam gara-gara jatuh cinta dengan Muhammad.Tidak sama sekali.Mari kita ikuti kisah Debbie Rogers.

“Waktu itu saya masih kecil. Baru berumur 10 tahun. Kebetulan keluarga kami mempunyai kedai dan Muhammad adalah salah satu pelanggan tetap kami. Saya sering mengintip Muhammad saat dia solat di belakang kedai kami.”

“Dari wajahnya saya melihat pancaran kedamaian. Tampaknya dia sangat ikhlas dan menikmati solatnya. Bila saya tanya, dia kata dia orang Islam. Apa itu Islam?” tanya si kecil Debbie yang baru berusia 10 tahun kehairanan.

Selang beberapa lama, dengan bantuan Muhammad, Debbie mulai mendalami Islam lebih jauh. Sekitar lima tahun dia pelajari kitab suci tersebut dan menariknya dia telah mampu membaca seluruh isi Al-Quran dengan bahasa Arab.

”Semua saya baca. Sungguh sangat menarik sekali. Terasa meresap di hati,” kenangnya.
Pada usianya yang ke-16 Debbie Rogers pun mengucap dua kalimah syahadat.

”Ketika saya mengucapkan kalimah itu, terasa seperti baru melepaskan beban berat yang lepas dari bahu saya. Luar biasa. Saya merasa seperti seorang bayi yang baru dilahirkan,” ujarnya. Dia lantas mengganti namanya, Debbie Rogers menjadi Aisyah Buttha.

-DeckIslam-

Tsunami ais melanda Kanada




14 Mei 2013
Tsunami ais
Tsunami ais menyebabkan rumah musnah di pinggir Tasik Dauphin, Kanada.
OTTAWA - Kira-kira 15 buah kediaman di pinggir Tasik Dauphin, Kanada, musnah sekali gus memaksa penghuni berpindah akibat dilanda timbunan ais, kelmarin.

Jurucakap pegawai tempatan memberitahu, kejadian disifatkan sebagai tsunami ais ini pernah berlaku tahun lalu namun tidak membabitkan kuantiti yang begitu banyak.

"Kejadian ini berpunca daripada tekanan angin kuat berkelajuan 88.51 kilometer sejam," katanya.

Menurutnya, tujuh rumah musnah selepas ais setebal satu meter memenuhi kediaman tersebut dalam tempoh seminit.

Sementara itu, sebanyak 27 kediaman di kawasan penempatan sepanjang Pantai Ochre juga dilaporkan rosak teruk.

Fenomena sama turut berlaku di kawasan peranginan Tasik Minnesota di Amerika Syarikat namun sehingga kini beluam ada  kematian atau kecederaan dilaporkan, laporan dipetik daripada MailOnline.

Tunduk! pesawat nak mendarat

Foto
PELANCONG mengambil gambar ketika kapal terbang penumpang bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana.
Foto
PAPAN amaran mengingatkan bahaya yang mungkin dialami pelancong akibat ledakan enjin pesawat.


Philipsburg (St Maarten): Berjemur di bawah cahaya matahari bukan satu-satunya alasan pelancong bertumpu ke Pantai Maho di St Maarten - sebuah wilayah autonomi di bawah kerajaan Belanda.

Bagi kebanyakan orang, Pantai Maho adalah tempat cukup unik untuk melihat kapal terbang dari jarak dekat tanpa perlu membahayakan diri. Seperti yang dapat disaksikan pada gambar ini, Pantai Maho terletak di hujung landasan kecil Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana.


Ketenangan yang sepatutnya dialami di kawasan pantai sering terganggu oleh deruan enjin pesawat Boeing 747 yang membawa ramai pelancong dari seluruh dunia ke pulau seluas 34 kilometer persegi itu.

Pada masa tertentu, sesetengah pengunjung dapat dilihat cuba menyentuh badan kapal terbang bersedia untuk mendarat di permulaan landasan berhampiran, manakala sebahagian yang lain jelas tidak terganggu dengan bunyi bingit pesawat berkenaan. Walaupun gambaran yang dipaparkan seolah-olah bencana boleh berlaku pada bila-bila masa, rekod keselamatan pihak berkuasa menunjukkan sebaliknya. Untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini, pentadbir St Maarten meletakkan papan tanda di kawasan itu untuk mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati.


Menurut papan tanda itu, sesiapa yang berani berdiri di hujung landasan lapangan terbang mungkin boleh terhumban jatuh akibat ledakan enjin pesawat.


Selain boleh menyebabkan kecederaan, ia juga mungkin boleh meragut nyawa. Seorang jurugambar Amerika Syarikat, Paul Souders, dapat merakamkan beberapa imej pengunjung pantai yang menikmati keunikan St Maarten itu.


Menurut Souders, Pantai Maho memang unik berbanding kawasan percutian lain. - Mirror

Kafe ais pertama di Dubai

SATU pasangan Britain meminum minuman coklat
 di dalam kafe ais di Dubai kelmarin.
DUBAI, Emiriah Arab Bersatu - Sebuah kafe ais menjadi daya tarikan para pelancong asing di sini yang menyediakan pelbagai minuman panas.
Suhu di dalam kafe itu ditetapkan pada tahap - 6 darjah Celsius.
Ia merupakan kafe ais yang pertama di Asia Barat.
Para pengunjung akan duduk di atas kerusi ais yang dilapik
dengan bulu haiwan.
Pelbagai ukiran ais dipamerkan di dalam kafe tersebut termasuk bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.
Kafe yang dikenali sebagai Chillout itu dikendalikan oleh syarikat dari negara ini, Kumpulan Sharaf. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2TDGgNKHK 

Hakcipta terpelihara 

Makan serangga boleh bantu atasi obesiti




GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seorang wanita memegang pinggan yang mengandungi serangga yang telah dimasak di sebuah lokasi di Laos.- AP


ROM - Salah seorang saintis dari Universiti Wageningen di Belanda, Arnold van Huis menyatakan memakan serangga yang mempunyai khasiat mungkin membantu memerangi obesiti.
Beliau membuat pendedahan itu dalam satu laporan yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Laporan itu disediakan oleh beberapa saintis berhubung kajian tentang pemakanan serangga.
Ketika ini, lebih 1,900 spesies serangga dimakan di dunia kebanyakannya di Afrika dan di Asia.
Huis berkata, kebanyakan serangga mempunyai sejumlah protein dan mineral sama seperti daging dan mengandungi lebih banyak lemak yang disyorkan para doktor untuk diet seimbang.
"Di Barat, kami mempunyai budaya tanggapan yang serong kerana serangga yang datang dari negara-negara membangun adalah tidak elok (untuk dimakan)," katanya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2TDDajGiS 
Hakcipta terpelihara 

Monday, May 13, 2013

Kisah taubat seorang artis dan juga penari terkenal Mesir

Seorang artis terkenal juga penari, HAALAH ASH-SHAAFY menceritakan kisah kenapa ia meninggalkan kerjayanya di dunia seni dan memilih untuk bertaubat dan bagaimana ketenangan jiwa yang ia rasakan.... Dengan gaya bahasa yang menyentuh, ia menceritakannya dalam sebuah wawancara di sebuah majalah:

“SUATU HARI, SEPERTI BIASA AKU MELAKUKAN ADEGAN MENARI di salah satu hotel terkenal di Cairo, Mesir... Saat menari, aku merasakan diriku seperti mayat dan boneka yang bergerak tanpa makna.... DAN UNTUK PERTAMA KALINYA AKU MERASA MALU apabila menyedari dalam POSE SETENGAH TELANJANG, MENARI DI HADAPAN MATA KAUM LELAKI dan di tengah-tengah gelas-gelas arak yang terhampar... Lalu aku tinggalkan arena itu dan cepat-cepat pergi, sambil menangis, menuju bilik tukar pakaian dan lantas memakai pakaianku kembali.... SELAMA HIDUPKU, BARU KALI INI AKU DILIPUTI SUATU PERASAAN YANG BELUM PERNAH AKU RASAKAN SEMENJAK BERMULA MENARI DARI USIA 15 TAHUN LALU....

MAKA, AKU PUN SEGERA BERWUDUK DAN MELAKUKAN SOLAT.... Ketika itu, untuk pertama kalinya aku merasakan kebahagiaan dan kedamaian... Dan sejak hari itu, AKU MEMAKAI HIJAB sekalipun masih banyak tawaran-tawaran menggiurkan yang dihulurkan kepadaku ataupun pelbagai ejekan dari sebahagian orang.... AKU PUN MELAKSANAKAN HAJI SAMBIL BERDIRI DAN MENANGIS DI HADAPAN KAABAH, memohon kepada Allah kiranya mengampuni dosa-dosa yang telah aku lakukan pada hari-hari hitamku .. ”....

Di akhir ceritanya, Halah berkata, ”HAALAH ASH-SHAAFY TELAH MATI dan telah menanam bersama masa lalunya... Adapun saya sekarang adalah bernama SUHAIR ‘ABIDIN, UMMU KARIM, suri rumah, HIDUP BERSAMA ANAK DAN SUAMI... Titisan air mata penyesalan sentiasa mendampingiku atas hari-hari yang dulu pernah aku lakukan seusiaku, jauh dari Khaliq-ku yang telah memberikan segala MACAM NIKMAT padaku.... Sesungguhnya, AKU KINI ADALAH BAYI BARU DILAHIRKAN, aku merasakan ketenangan dan kedamaian, setelah sebelumnya hanya perasaan cemas dan sedih yang menjadi temanku, sekalipun kekayaan berlimpah, selalu terlewat malam dan bersenang-senang …. Aku telah melakukan masa-masa yang lalu SEBAGAI TEMAN SYAITAN, yang aku kenal hanya bersenang-senang dan menari....

Aku telah hidup dalam KEHIDUPAN YANG AMAT DIBENCI DAN TERHINA... Sarafku selalu tegang, tetapi sekarang aku merasa baru menjadi bayi semula.... AKU MERASA BERADA DI TANGAN YANG BEGITU AMANAH, yang MEMBELAI KASIH SAYANG dan mengucapkan selamat padaku … Yah, Tangan Allah Taala.."....

kereta polis di Dubai

Siswa bawa periuk disoal siasat FBI



Lansing (Michigan): Seorang mahasiswa dari Arab Saudi disoal siasat ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas ada orang awam melihat lelaki terbabit membawa periuk tekanan tinggi.

Bimbang Talal al-Rouki seorang pengganas, jiran kemudian menghubungi pihak berkuasa.


Menurut laporan media semalam, penduduk setempat tidak mengetahui Talal sebenarnya membawa periuk berisi nasi tradisi Arab digelar kabsah yang dimasak di rumahnya.

Talal kemudian membawa periuk itu ke rumah rakannya untuk menikmati hidangan berkenaan bersama-sama. FBI mengambil sikap sangat berhati-hati ekoran serangan bom di Boston baru-baru ini.


Akhbar Arab Saudi, Okaz melaporkan, ejen FBI menyerbu blok apartmen yang menempatkan rumah Talal.


Dengan rumah itu dikepung, Talal didakwa kelihatan “gementar” dan meminta kebenaran untuk disoal siasat.

Talal berkata, ejen FBI bertanya mengenai kursus yang diikutinya, tarikh tiba di Amerika Syarikat dan apa aktiviti dilakukan ketika masa lapang. Sumber polis berkata, dua hari sebelum itu ada orang melihat Talal meninggalkan rumahnya membawa periuk tekanan tinggi. Akhirnya kekeliruan itu diatasi selepas Talal menunjukkan periuk yang digunakannya untuk memasak kabsah. - Daily Mail

Pengadil tinju beri kemenangan kepada aktres cantik




SI-YOUNG (kanan) menumbuk Da-som pada perlawanan tinju yang diadakan di Chungju, timur laut Seoul pada April lalu.


SEOUL - Seorang pelakon wanita televisyen Korea Selatan, Lee Si-young mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk di negara ini kerana pengadil memberikan kemenangan kepadanya pada satu perlawanan tinju hanya disebabkan kecantikannya.
Pada bulan lalu, Si-young, 31, menewaskan Kim Da-som, 19, dengan kelebihan dua mata pada perlawanan tinju kategori 48 kilogram.
Aktres itu terjun ke dalam dunia tinju sebagai usaha untuk dipilih bagi mewakili Korea Selatan pada Sukan Olimpik yang akan datang.
Dia sebelum ini pernah berlakon dalam siri drama Wild Romance dan Boys Before Flowers.
Aktres itu mula menceburi dunia tinju sejak tahun 2010.
Kemenangan itu menyebabkan Persekutuan Tinju Amatur Korea Selatan (KABF) dituduh memberikan layanan tidak adil kerana membenarkannya menggunakan status selebriti untuk merangsang sokongan kepadanya.
Seorang pengulas politik dan peminat tinju, Byun Hee-jae berkata, perlawanan tinju itu berat sebelah kepada aktres tersebut.
"Negara ini menjadi gila kerana mereka yang cantik diberikan lebih banyak mata dalam perlawanan tinju," katanya di laman Twitter.
Bagaimanapun, seorang pengurus kanan KABF, Choi Hee-kuk berkata, rakaman video menunjukkan Da-som memperoleh mata yang kurang kerana bilangan tumbukannya tidak banyak berbanding aktres tersebut.
"Muka Si-young kelihatan bersih, tidak mempunyai banyak luka atau bengkak," katanya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2T7MylEJy 
Hakcipta terpelihara 

Lantai mozek berusia 1,500 tahun ditemui




DUA ahli arkeologi membersihkan lantai mozek berusia 1,500 tahun yang ditemui dekat Kibbutz Beit Kama di Negev, Israel semalam.


TEL AVIV - Sebuah lantai mozek berusia 1,500 tahun ditemui dekat Kibbutz Beit Kama di Negev, Israel, menurut Pihak Berkuasa Antikuiti Israel semalam.
Lantai itu dibina di antara abad keempat hingga keenam Sebelum Masihi pada era pemerintahan empayar Byzantine.
Sekumpulan ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel turut menemui beberapa struktur binaan lama di bawah sebuah padang di Kibbutz Beit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2T7ME5D7U 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, May 12, 2013

Tiada maknanya...

selepas dibedah.

Foto
KEADAAN fizikal sebelum dibedah.
London: Seorang lelaki yang diiktiraf orang paling gemuk di dunia menunjukkan kepada umum mengapa kejayaannya menurunkan berat badan tidak begitu bermakna untuk dirinya.
Pernah memiliki tubuh seberat 444.5 kilogram (kg), Paul Mason berjaya mengurangkan 292.1 kilogram daripada berat badannya itu dalam tempoh tiga tahun.
Bagaimanapun, perubahan itu menyebabkan kulit badannya menggeleber teruk dan Mason, 52, memilih satu cara untuk membuktikannya - dengan berbogel tanpa perlu bimbang alat sulitnya dilihat sesiapa.

Mason, menghilangkan dua pertiga daripada berat badannya melalui pembedahan pintasan gastrik dan mengubah perutnya menjadi sebesar telur.


Kata Mason dia berbogel dengan harapan foto itu cukup untuk mengejutkan pakar perubatan dan mendorong mereka mencari jalan membantunya membuang lebihan kulit berkenaan.

“Saya mahu pakar kesihatan melihat apa yang saya alami dan mudah-mudahan mereka terfikir untuk membantu lelaki ini,” katanya.

Kos pembedahan membuang kulit berkenaan dianggarkan lebih RM275,000.

Sebelum mengalami perubahan itu, Mason pernah mengambil makanan dengan jumlah 20,000 kalori sehari - 10 kali melebihi tahap sihat.

Perubahan akhirnya berlaku apabila dia menjalani pembedahan pada 2010.

Sejak itu, dia hanya memakan empat hidangan fish and chips, dua kebab dan roti bakar untuk sajian tengah hari.

Kini berat badannya 152 kilogram dan dia ingin lebih kurus.

Mason berkata, kira-kira 50 kilogram boleh dikurangkan jika pakar bedah membuang kulit kendur itu yang mengehadkan pergerakannya dan menyebabkan kesakitan.

“Doktor peribadi saya akan menunjukkan foto bogel ini kepada pakar bedah sebagai bukti saya memerlukan pembedahan,” katanya.

Namun, impian Mason mungkin tinggal harapan.

Kata Mason, baru-baru ini dia bertemu seorang wanita yang sudah menunggu 13 tahun untuk membuang 12 kilogram kulit kendurnya. - The Sun

Semut boleh kesan gempa




12 Mei 2013
Semut boleh kesan gempa
Kumpulan semut akan meleraikan habitatnya ketika gempa akan berlaku
MANUSIA hanya boleh mengetahui kehadiran gempa bumi apabila dapat merasai gegarannya.

Dipetik OurAmazing Planet, penelitian dilakukan sekumpulan penyelidik Jerman mendapati, gempa boleh dirasai lebih awal oleh semut merah hutan.

Penelitian dilakukan Gabriele Berberich dari University Duisburg-Essen di Jerman mendakwa, perilaku semut akan berubah ketika gempa akan berlaku di mana kumpulan semut akan menunjukkan reaksi ‘kegelisahan’ apabila pola kehidupannya terancam.

Beliau mendapati, perubahan akan berlaku pada perilaku semut hasil rangsangan  reseptor yang milikinya.

“Ketika gempa akan berlaku, perubahan ketara akan terjadi pada magnet bumi. Semut memiliki reseptor sangat sensitif iaitu reseptor chemoreceptor untuk mengesan karbon dioksida dan reseptor magnetoreceptor sebagai memantau elektromagnet bumi,” katanya.

Menurutnya, dari dua ujian dalam tiga fasa getaran, kesemua semut dari 15 ribu sarang akan bertindak meleraikan sarangnya dengan berpindah ke kawasan lebih selamat.

Kereta pertama John Lennon dilelong




FERRARI 33 GT coupe tahun 1965 ini dibeli oleh John Lennon pada harga AS$9,984 selepas lulus ujian memandu pada usia 24 tahun.


LONDON - Kereta pertama penyanyi kumpulan legenda The Beatles, John Lennon (gambar) iaitu sebuah Ferrari 330 GT coupe tahun 1965 akan dilelong pada acara Goodwood Festival of Speed di Chichester, England Julai depan.
Nilai lelongan kereta itu dijangka mencecah AS$337,950 (RM1 juta), kata rumah lelongan Bonhams.
Bintang pop itu membeli Ferrari berwarna biru tersebut selepas lulus ujian memandu pada awal tahun 1965 ketika kumpulan muzik popular Britain tersebut merakamkan lagu hit Ticket to Ride.
Lennon yang pada ketika itu berusia 24 tahun membeli Ferrari tersebut pada harga AS$9,984 (RM29,817). Kereta itu digunakan selama tiga tahun sebelum ia dijual.
Cat biru asal Ferrari itu dikekalkan bersama plat pendaftaran asal. Ia turut dijual bersama dokumen yang membuktikan sejarahnya dengan Lennon.
Jelas Bonhams lagi, Lennon memilih Ferrari berbanding Maserati, Aston Martin dan Jaguar E-types selepas pengedar kereta-kereta mewah tersebut pergi ke rumahnya di selatan England setelah mengetahui penyanyi itu lulus ujian memandu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2T1a4cxdW 
Hakcipta terpelihara