Pages

Tuesday, May 14, 2013

Makan serangga boleh bantu atasi obesiti




GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seorang wanita memegang pinggan yang mengandungi serangga yang telah dimasak di sebuah lokasi di Laos.- AP


ROM - Salah seorang saintis dari Universiti Wageningen di Belanda, Arnold van Huis menyatakan memakan serangga yang mempunyai khasiat mungkin membantu memerangi obesiti.
Beliau membuat pendedahan itu dalam satu laporan yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Laporan itu disediakan oleh beberapa saintis berhubung kajian tentang pemakanan serangga.
Ketika ini, lebih 1,900 spesies serangga dimakan di dunia kebanyakannya di Afrika dan di Asia.
Huis berkata, kebanyakan serangga mempunyai sejumlah protein dan mineral sama seperti daging dan mengandungi lebih banyak lemak yang disyorkan para doktor untuk diet seimbang.
"Di Barat, kami mempunyai budaya tanggapan yang serong kerana serangga yang datang dari negara-negara membangun adalah tidak elok (untuk dimakan)," katanya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2TDDajGiS 
Hakcipta terpelihara 

No comments: