Pages

Saturday, May 15, 2010

Petua Imam Shafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. * Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Kisah Benar dari Sarawak ( mesti baca )



Postby keyroll80 

oleh tuan_nazir 


 "Assalamualaikum", 

Saya menulis ruangan ini di dalam bahasa Melayu supaya tiada mat-mat Saleh yang kuffar (tidak semua) dapat membacanya kerana ia menyentuh tentang isu agama. Saya harap pemuda-pemudi Malaysia yang beragama Islam dapat mengambil iktibar daripada kisah ini. 

Cerita yang saya nak sampaikan ni kisah benar bukan rekaan. Pada Hari Raya baru ini, kira cerita baru dalam beberapa tahun, semasa di kampung. Bapa saya telah menceritakan... Bulan puasa hari itu, di masjid Taiping (hometown penulis) ada ceramah. Penceramah ni diundang khas dari Terengganu (Pusat Tahfiz). Penceramah ini menceritakan kepada sahabat karib ayah saya personally yang senior kpd penceramah yang menceritakan sendiri kepada penceramah ini tentang pengalaman seorang teman sepengajiannya semasa di Mesir (or somewhere there.... i lupa). 



Teman tu asalnya dari Sarawak...penganut agama Kristian pada asalnya. Orang Sarawak ni dihantar oleh pakciknya sendiri, yang juga seorang paderi besar di Sarawak, untuk mendalami Kristian di Sepanyol. So... dia telah di hantar ke universiti di Sepanyol. Kesemuanye ada 25 students yang menuntut ilmu tersebut. Ini bukan calang-calang punya belajar...sebab mereka ni pergi belajar di Gereja Besar (somewhere in Spanyol dan gurunya ialah POPE). So..setelah lebih 2 tahun pengajian, mereka akan tamat pengajian dan jadi educated paderi. Kesemua 25 students ni datang dari different country all. 

So... bila dah dekat nak graduate, mereka diberi pilihan untuk wish. Satu permintaan akan dimakbulkan. So...semua ni minta hendak masuk sebuah Library besar dalam gereja tu jugak. Dalam library itu ada pelbagai jenis buku. So..dalam masa 2 terakhir ni mereka akan menghabiskan masa mereka membaca buku di Library. Tapi, POPE cakap 
dengan satu syarat... dalam banyak-banyak buku di dalam ada satu buku yang khas diletak di tengah tasik/kolam dalam library tu. Bayangkanlah betapa besarnya library tu!! Buku itu 
lah yang dilarang oleh POPE daripada dibaca. 

But, salah seorang daripada 25 pelajar telah melanggar syarat. Dia ambil buku tersebut tapi tidak faham kandungan bahasa dalam buku tersebut. Ia adalah Bahasa Tabrani..seakan bahasa Sepanyol (lama). Dia pun berkongsi dengan yang lain dan hendak dijadikan cerita. Ada seorang yang faham tentang beberapa bahasa tersebut. Dia pun baca dan menerangkan kepada ke semua 24 yang lain. 

Nak tahu apa dia?? Itu sebenarnya adalah kitab Injil yang asal! Apabila kesemua 25 pelajar itu membaca, mereka mula sedar yang Kristian yang mereka belajar selama ini, adalah salah satu sebab semua yang terkandung di dalam buku itu adalah benar seperti yang terdapat dalam ajaran Islam hari ini. 

Hari terakhir mereka keluar dari situ, POPE datang jumpa mereka dan dia sudah syak mesti ada sesuatu yang berlaku. Setelah semuanya di PROVOKE oleh POPE, mereka akhirnya tewas dan mengaku mereka telah membaca kitab itu. POPE pun berkata, "Sebenarnya kita Kristian ni memang dicipta sebagai agama duniawi sahaja. Agama yang betul adalah Islam. Kalau hendak tahu, setiap paderi yang tertinggi itu, bila ada orang Kristian yang sedang nazak, tugasnya ialah pergi ke telinga orang itu dan berkata Islam adalah sebenarnya. 

Selepas itu, POPE berkata lagi kepada pelajar tersebut, yang mereka semua tidak akan lepas dari tempat itu memandangkan mereka sudah tahu yang sebenarnya. Maka semuanya akan dibunuh. 

Pelajar-pelajar tersebut cuba cari jalan untuk lari. Setelah berfikir panjang, mereka merancang, mereka berjaya merasuah seorang JAGA dalam gereja besar itu. Tetapi JAGA itu meminta US$4 juta. Kesemua pelajar-pelajar tersebut mempunyai sponsor dari Govt! Mereka mengumpul wang scholarship mereka sebanyak US$4 juta itu. JAGA itu berkata dia akan menyembunyikan rahsia pelajar-pelajar tersebut dengan membunuh seorang lagi JAGA lain sebagai alasan kepada POPE, yang JAGA itu pembelot. Pelajar-pelajar tersebut hanya ada satu jalan keluar. Iaitu mereka akan melalui satu terowong bawah tanah beberapa meter untuk sampai ke laut. Mereka terpaksa berenang melalui salur najis (it's the only way that they have to go through that thing!). Bila dah keluar, ada sebuah bot yang akan menunggu mereka. It's all up to them untuk melepaskan diri lepas tu. Bot itu juga yang sediakan oleh JAGA itu. 

Then, si budak Sarawak ni pun call uncle yang send dia ke Sepanyol. Uncle dia cakap jangan balik lagi ke M'sia sebab seluruh negara dah dapat arahan untuk membunuh dia. Maknanya dia telah disenaraikan dalam 'blacklist'. Jadi dia pun lari ke Mesir dan menganut agama Islam menjadi Al-tahfiz. Sampai sekarang dia tak balik. 

Jadi cerita ni kiranya sudah ada orang kedua yang tahu. Katanya lagi, dah banyak pelajar-pelajar yang 25 tu yang mati dibunuh. Mereka pakai spy untuk track gerak geri pelajar-pelajar tersebut! 

Well... dalam pada tu..kalau u nak tahu, dalam pengalaman di atas tadi, dia cakap maksud sebenar orang putih meniup lilin semasa birthday tu ialah... lilin tu ialah simbol sebagai NUR ISLAM..... kek tu diibaratkan sebagai dunia.. Dan apabila lilin tu ditiup, maka padamlah nur islam, dan kek sebagai dunia tu dipotong-potong dan dimakan oleh musuh Islam!! Hmm..hebat tak orang-orang kafir punya style? Yang kita kat sini dok syok ikut style mereka tanpa tahu apa-apa. 

Satu lagi... pasal HOLY-WATER mereka tu. Nak tahu tak mana asalnya? Mmm..di dalam gereja besar itu tadi, once a year ada satu occasion di dalam sebuah special hall yang hanya boleh dimasuki oleh paderi and rahib tertinggi all over the world saje. Di situ mereka boleh berbuat ape saje termasuk berzina. Anak hasil penzinaan mereka itu lah akan dibunuh dan darah bayi tu akan disuling dan hasilnya ialah HOLY-WATER!! Eee... takut kan dengar betapa dahsyatnya mereka punya planning? (Takut termasuk ke dalam perangkap planning mereka). 

Wallahualam... 
sekian... 
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh... 


Cara menguruskan mayat orang Tibet








Sumber :- Email warga omaQ.org

POPE BENEDICT XVI : "TUNGGULAH JANJI ALLAH KE ATAS KAMU!

Di tengah umat Islam bergembira menantikan kedatangan bulan yang penuh berkat, Ramadhan Al-Mubarak, ketua kristian sedunia, Pope Benedict XVI telah menunjukkan sikap biadab beliau terhadap Islam dan kaum Muslimin. Yang lebih menaikkan amarah kita ialah sikap kurang ajar beliau yang mengaitkan nama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam pernyataan yang beliau keluarkan. Kenyataan tersebut dikeluarkan pada Selasa lepas (12/09/06) di Universiti Regensburg, Jerman di hadapan para penganut Kristian Roman Katolik. Benedict dilaporkan telah memetik satu kenyataan daripada sebuah teks Zaman Pertengahan, kurun ke-14 berkaitan dialog di antara Maharaja Kristian Byzantine, Manuel Paleologos II dengan seorang intelektual Parsi berhubung Kristian dan Islam. Pope Benedict memetik kata-kata Maharaja tersebut yang berbunyi, “Jika engkau tunjukkan kepadaku apa yang dibawa oleh Muhammad, di sana kau akan mendapati bahawa ianya bersifat kejahatan dan tidak berperikemanusiaan, seperti seruannya kepada kebenaran dengan menggunakan pedang”. Kenyataan ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di serata dunia. Namun mengikut Benedict, teks yang dipetiknya tidak menggambarkan pandangan beliau sendiri“Saya sangat menyesal kerana reaksi yang timbul di sesetengah negara terhadap beberapa perenggan dalam ucapan saya di Universiti Regensburg yang dianggap menyinggung perasaan umat Islam.” katanya [Utusan Malaysia 18/09/06]. Persoalan yang timbul adalah, mengapa Pope Benedict memetik kenyataan tersebut? Adakah ianya menggambarkan dendam yang ada padanya seperti dendam para Salibiyyin di abad yang lepas kepada Islam? Ini adalah sebagaimana yang digambarkan oleh seorang ilmuan Perancis Count Henry Decastri yang menulis bukunya yang berjudul “Islam” tahun 1896 M:

“I cannot imagine what the Muslims would say if they heard the tales of the medieval ages and understood what the Christianorators used to say in their hymns; all our hymns even those which emerged before the 12th century emanated from one concept which was the cause of the Crusades, these hymns were filled with hatred towards the Muslims due to the total ignorance of theirreligion. As a result of those hymns and songs, hatred against that religion became fixed in the people’s minds and the erroneous ideas deeply rooted, some of which are still carried nowadays. Everyone used to regard the Muslims as polytheists, disbelievers, idol worshippers and apostates.” (“Saya tidak dapat membayangkan apa yang akan dikatakan oleh orang-orang Islam seandainya mereka mendengar kisah-kisah di abad pertengahan dan memahami apa yang terdapat di dalam nyanyian-nyanyian orangorang Kristian? Sesungguhnya seluruh nyanyian kami dari sebelum abad ke-12 M bersumber dari konsep yang satu – Perang Salib. Seluruh nyanyian dipenuhi dengan kebencian terhadap kaum Muslimin disebabkan kebodohan mereka. Kesan dari lagulagu ini, kebencian terhadap Islam telah melekat di fikiran mereka dan salah faham (terhadap Islam) terus mengakar, yang mana sebahagiannya kekal hingga ke hari ini. Setiap orang (Kristian) menganggap orang-orang Islam sebagai musyrik, tidak beriman, penyembah berhala dan murtad.”) [Dipetik dari kitab Daulah Islam, Syeikh Taqiuddin An-Nabhani].

Jika kita kembali ke zaman Rasulullah dan para sahabat serta zaman Pemerintahan Umayyah, kita akan dapati banyak sekali peristiwa di mana orang-orang Kristian hidup aman dan sentosa di bawah Daulah Islam. Mereka memiliki kefahaman yang benar tentang Islam dan menyaksikan bagaimana para Khalifah menjaga darah dan harta mereka. Tidak terhitung jumlah dari mereka yang memeluk Islam kerana terpesona dengan keindahan ajaran Islam dan sifat aqidah Islam itu sendiri yang bertepatan dengan fitrah dan memuaskan aqal. Mereka memeluk Islam tanpa melalui sedikit pun paksaan dari kaum Muslimin, kerana inilah apa yang diajar oleh Allah kepada kaum Muslimin. Walaubagaimanapun, dengan peristiwa Perang Salib dan kejahatan para agamawan Kristian pada ketika itu yang sering memburuk-burukkan Islam, maka kita mendapati kaum Kristian ini telah mula berubah. Pada masa inilah (Perang Salib dan selepasnya) kita mendapati banyak kenyataan yang bersifat menghina dan merendahkan Islam, hasil dari kebencian mereka terhadap Islam.

Jadi tidak hairanlah jika sekarang, Pope Benedict meluahkan kebusukan hatinya terhadap Islam yang hanyalah merupakan manifestasi kejahilannya tentang Islam dan kebencian yang ada pada dirinya. Jika kitab-kitab mereka sanggup mereka ubah, jika agama mereka sendiri sanggup mereka putar belitkan, jika Allah sanggup mereka dustakan (menyatakan bahawa Nabi Isa adalah anak Allah dan malaikat itu anak perempuan Allah), apatah lagi ajaran Islam, yang telah lama menjadi dendam kesumat mereka sejak Perang Salib. Sememangnya Islam telah lama menjadi puncak kebencian mereka dan apa yang berlaku sekarang hanyalah luahan kedengkian dan kebusukan hati yang tidak dapat dibendung lagi oleh pemuka Kristian ini. Apa yang jelas ialah Pope Benedict nampaknya berkongsi konsep dan kebencian yang sama terhadap Islam sebagaimana yang dibawa oleh si kafir Bush dan Blair. Apa pun dalih yang mereka nyatakan (di dalam menyembunyikan kebencian mereka), kita mengenal dan meyakini perangai jahat dan buruk mereka melalui firman Allah,

“Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” 
[TMQ Ali Imran (3):118]. 

Sautun Nahdhah pada kali ini ingin memaparkan Penjelasan (Bayan) Rasmi Dari Hizbut Tahrir Pusat yang diedarkan di seluruh dunia terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Pope ini (Artikel asal adalah di dalam bahasa Arab, dan ini merupakan terjemahan yang telah disunting ke dalam Bahasa Melayu).

MUNGKINKAH POPE BERANI BERSIKAP KURANG AJAR TERHADAP ISLAM YANG AGUNG JIKA NEGARA ISLAM, KHILAFAH RASYIDAH MASIH BERDIRI?

Penjajah Kufur Barat tidak pernah berhenti meniupkan api kebencian terhadap Islam dan kaum Muslimin. Sebelum ini Amerika telah memijak-mijak kitab suci kita, Al-Qura’nul Karim. Kemudian, beberapa surat khabar dari Denmark pula membuat karikatur menghina Nabi junjungan kita Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan sahabat-sahabatnya, dan penghinaan ini diikuti oleh beberapa media massa Eropah yang lain. Kini, Pope telah berbohong menghina Islam, dan menyerang puncak kejayaan Islam (jihad). Sebagaimana Amerika sebelumnya mengatakan bahawa tindakan mereka mengoyak dan memijak Al-Quran dengan kaki-kaki mereka tidak dimaksudkan untuk menghina Al-Quran, sama sebagaimana yang dikatakan oleh Eropah bahawa tindakan mereka menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah sebahagian dari ‘kebebasan bersuara’, demikian pula Pope pada hari ini mendakwa bahawa pernyataan dustanya itu ‘tidak bermaksud apa-apa’. Namun yang sebetulnya menjadi masalah ialah pemahaman kaum Muslimin yang sebenarnya tidak faham dengan apa yang diucapkan oleh beliau!!! Dalam penjelasan ini, kami tidak bertujuan untuk mengutarakan dalil-dalil tentang kebenaran Islam dan pembohongan Pope ini. Ini adalah kerana ucapannya yang menyatakan bahawa ‘Islam adalah satu perkara yang menidakkan peranan akal, dan jihad yang menjadi puncak kepada ajaran Islam adalah kejam, penuh pertumpahan darah dan ganas’ hanyalah sampah semata-mata. Kita semua mengetahui bahawa akidah Islam adalah dibangun berlandaskan aqal yang rasional dan memuaskan. Begitu juga dengan jihad di mana ia adalah seperti nyawa di dalam badan, yang memancarkan kehidupan; jihadlah yang telah menyebarkan keadilan dan cahaya, menerangi segala kegelapan dan kezaliman dunia. Semua ini dapat dirasakan dan dinikmati oleh semua negara yang Islam masuk ke dalamnya di kala futuhat (pembukaan) Islam. Akan tetapi, dalam penjelasan ini kami hanya ingin mengajukan dua persoalan dan mengemukakan dua mesej. Kami akan meletakkan keempat-empatnya di hadapan setiap orang yang memiliki dua mata (penglihatan) agar nampak jelas kepadanya yang mana batil dan yang mana hak serta yang mana tuduhan dusta dan yang mana kejujuran.

Persoalan Pertama: Di dunia Islam yang begini luas saat ini, apakah yang menyebabkan penduduknya memeluk Islam? Sedangkan Al-Qur’anul Hakim telah menyatakan,

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)....” [TMQ al-Baqrah (2):256]. 

Dan Hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pun telah memaklumkan, “Siapa saja yang tetap dalam keyahudiannya dan kenasraniannya maka ia tidak akan dipaksa keluar dari (agama)nya”. Lalu apakah yang menjadikan penduduk negeri-negeri yang telah dibuka Islam itu melepaskan agama mereka dan malah memeluk agama para mujahid yang justru ‘menakluk’ mereka? Malah sebahagian mereka (yang memeluk Islam) bersabar di dalam agama mereka; mereka mengembang dan menyebarluaskan Islam serta membelanya lebih gigih daripada yang diperbuat oleh para mujahid yang ‘menakluk’ mereka? Kita telah melihat dan mendengar bahawa penjajah Barat, sewaktu berjaya menduduki sesuatu wilayah, mereka menggunakan segala kekuatan dan kekuasaan mereka untuk memaksa manusia mengembangkan nilai-nilai dan pemikiran mereka. Namun, bukankah penduduk di wilayah tersebut malah mencaci maki mereka (penjajah) pagi dan petang sehingga negara-negara penjajah itu gagal dan sentiasa gagal untuk mengubah penduduk negeri-negeri yang mereka jajah beragama dengan agama mereka? Bukankah jawabannya, bahawa penduduk negeri-negeri yang berjaya dibuka Islam memeluk dan menjaga Islam, sebagaimana para mujahid yang membukanya kerana Islam sesuai dengan fitrah dan memuaskan akal?

Kami ingin menambahkan suatu perkara yang telah membuat ramai orang merasa ta’jub, iaitu bahawa Wali Maghribi, Muhammad Nashir, pada zaman kekhilafahan Abbasiyyah, pernah menolak kesedian Raja Inggeris, John Lackland pada tahun 1213M untuk masuk Islam kerana kekuasaannya. Hal ini berlaku kerana Wali Maghribi tersebut sedar bahawa kesediaan Raja Inggeris untuk masuk Islam adalah kerana terpesona dengan keagungan Daulah Islam, bukan karena kepuasan intelektualnya terhadap Islam!

Persoalan Kedua: Mungkinkah Pope berani menunjukkan kebiadaban beliau dengan melontarkan tuduhan keji terhadap Islam dan aqidahnya, sekaligus menyerang jihad sebagai puncak kejayaan Islam, jika Daulah Khilafah tegak berdiri? Sungguh kami ingin memperingatkan Pope ini tentang Islam dan kemuliaanya pada masa kekuasaannya dahulu. Kami ingin mengingatkan Pope dengan kisah Khalifah al-Mu’tasim dengan Kota Amuriyah, Khalifah Harun ar- Rasyhid dengan Nakfur Rom, Salahuddin al-Ayubi dengan King Richard, Sulaiman Al-Qanuni dengan King Louis Perancis, dan kisah pembayaran jizyah oleh Amerika kepada Daulah Khilafah (melalui Wali Algeria) pada tahun 1795 M. Tidak lupa juga kisah Sultan Abdul Hamid dengan Theodore Hertzl dan Britain yang berada di belakangnya pada tahun 1901M. Kami juga ingin mengingatkan Pope supaya dia mengetahui bahawa jika dia masih mempunyai maruah dan akal yang sihat, pasti dia tidak akan mengeksploitasi kelemahan kaum Muslimin (sekarang) dengan menyebarluaskan kebohongan serta menyerang Islam, akidah, peradaban dan puncaknya (jihad). Sedangkan mengenai dua mesej yang ingin kami sampaikan,

Mesej Pertama adalah ditujukan untuk kaum Muslimin, terutamanya mereka yang tertipu dengan seruan ‘dialog antara agama’ yang dilaungkan oleh Pope. Maka sesungguhnya telah jelas maksud seruan sebenarnya, iaitu bertujuan untuk menanamkan keraguan terhadap Islam di dalam jantung kaum Muslimin sekaligus menyerang akidah mereka. Dialog tersebut jelas bukannya bertujuan untuk berbincang dan mengenalpasti yang hak untuk kemudian mengikutinya dan mengenalpasti yang batil untuk kemudian mencampakkannya serta menjauhinya. Seruan kepada dialog antara agama adalah jelas seruan untuk melawan Islam dan pemeluknya dengan cara-cara yang keji dan menyesatkan (sila lihat SN bertajuk: Dialog Antara Peradaban – Umat Islam Terperangkap Agenda Kuffar). Meskipun mereka merancang dan mengatur seruan yang menyesatkan ini dan tenghidangkannya dengan segala penat-lelah, namun apa yang mereka usahakan ini dengan izin Allah tidak akan tercapai.

“Sebenarnya kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap, dan kecelakaanlah bagi kamu disebabkan apa yang kamu sifati
(mensifati Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagiNya)”.
 [TMQ Surah al-Anbiya’ (21):18]. 

Sedangkan Mesej Kedua adalah ditujukan kepada Pope dan orang yang mengagungkan seruannya dari tokoh Barat, dan kepada setiap orang yang memburuk-burukkan Islam yang agung, sebagai risalah samawi terakhir yang mana Allah berjanji untuk memeliharanya,

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya....” [TMQ al-Hijr (15):9].

Tuduhan para pendusta, serangan para penjual agama, konspirasi, Dajjal dan penyesatan, serta berbagai jerat yang dirancang untuk melawan Islam sesungguhnya tidak akan pernah mampu meraih tujuannya. Bahkan dengan izin Allah, Islam tetap akan menyinari kegelapan dengan cahayanya yang tidak akan padam selamanya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui telah mengkhabarkan kepada kita akan hal ini,

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahayaNya, walau orang-orang kafir membencinya.....” [TMQ ash-Shaff (61):8].

Kami ingin sudahi Penjelasan (Bayan) ini dengan 2 kalimat: 

Pertama: Bahawasanya Hizbut Tahrir mencabar Pope untuk berhujah melakukan diskusi aqidah (teologi) berasaskan akal yang rasional (hanya akal yang rasional semata-mata) supaya jelas lagi terang bagi setiap orang yang mampu melihat. Sesungguhnya alamat Pejabat Penerangan Hizbut Tahrir di seluruh dunia sudah sedia termaklum, terdapat di mana-mana sahaja pelusuk dunia yang di dalamnya terdapat aktiviti Hizb. Pihak Pope boleh memilih masa dan tempat yang diinginkan, dan kami tidak akan menyalahi janji.

“....maka buatlah suatu waktu untuk pertemuan antara kami dan kamu, kami tidak akan menyalahinya dan tidak (pula) kamu di suatu tempat yang pertengahan (letaknya)”. [TMQ Thaha (20):58].

Kedua: Sesungguhnya kami tidak menghendaki permohonan maaf dari Pope, kerana Pope tidak mengucapkan perkataannya secara keliru tanpa maksud tertentu, atau kerana kebodohannya tanpa perhitungan. Akan tetapi, kata-katanya jelas merupakan satu kesengajaan dan disengaja, terlalu terang dan tidak mengandungi kesamaran sedikit pun. Terhadap semua itu, permohonan maaf tidak ada gunanya. Sesungguhnya adalah menjadi kewajiban bagi kita untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja yang menghina Islam, Kitabnya dan RasulNya atau yang menyerang jihad sebagai kemuncak kejayaan Islam untuk menginjakkan kaki mereka di tanah Islam atau diterima di negeri-negeri Islam sehinggalah Daulah Islam kembali ke pangkuan Islam (berdiri kembali), yakni Daulah Khilafah ar-Rasyidah. Khilafahlah yang akan mengetahui bagaimana cara memperlakukan musuh-musuhnya serta menjaga bumi dan langit Islam; juga bagaimana cara menjaga/melindungi tanahnya sekaligus memuliakan akidah dengan peradabannya serta kemuncak kejayaannya.

“Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” [TMQ Yusuf (12):21].

24 Sya’ban 1427 H
17/09/2006 M
HIZBUT TAHRIR


Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian tentang kemuliaan yang telah kalian kecapi aewaktu Khilafah berdiri, berbeza dengan kedudukan sekarang yang mana agama Islam dengan begitu mudah dipermainmainkan oleh kaum kuffar tanpa sedikit pembelaan pun dari pemimpin kaum Muslimin.Yang ada hanyalah seruanseruan kosong yang sedikit pun tidak menggentarkan jantung-jantung musuh. Walhal dahulu, Islam benarbenar dijaga oleh para khalifah dari dihina oleh manamana pihak, khususnya kaum kuffar. Sedikit sahaja agama Allah dihina, maka berangkatlah satu pasukan jihad untuk mengajar kebiadaban musuh Islam, sedikit sahaja Rasulullah diperburukkan, maka hancurlah pemerintah dan kerajaan yang berbuat demikian. Inilah apa yang telah dilakukan oleh para khalifah demi menjaga kesucian dan kemuliaan Islam dan penganutnya.

Khalifah Harun Al-Rasyid dan Nakfur si anjing Rom:

Satu perjajian telah dibuat di antara Daulah Khilafah dan Rom, namun perjanjian ini telah dicabuli. Khalifah Al- Rasyid terus menyuarakan jawaban kepada Raja Rom di waktu beliau membatalkan perjanjiannya dengan berkata “Daripada Harun Amirul Mukminin kepada Nakfur si anjing Rom, jawapannya adalah apa yang kamu lihat bukan yang kamu dengar”, maka sampailah tentera Islam ke benteng Rom sebelum sampainya surat tersebut kepada Raja mereka.

Khalifah Mu’tasim dan Umuriyyah:

Pada zaman pemerintahan Khalifah Mu’tasim, berlaku satu peristiwa di mana seorang perempuan Islam telah terungkap auratnya dan dilihat oleh pemuda-pemuda Rom. Mereka kemudian mengusik dan mempermain-mainkan perempuan tersebut. Perempuan itu kemudian menyebut “Ya Mu’tasim, Ya Mu’tasim!” Maka diperhatikan peristiwa itu oleh seseorang dan didengari akan kata-kata perempuan itu. Orang itu kemudian terus berangkat menuju Istana Khalifah yang perlu ditempuhi selama 2 bulan perjalanan semata-mata untuk menceritakan kepada Khalifah Mu’tasim tentang kejadian tadi. Sebaik mendengar kisah tersebut, maka Khalifah terus menghantar bala tenteranya ke jantung Rom iaitu Amuriyyah dan berjaya mengalahkannya. Seramai 30,000 tentera Rom terbunuh dan 30,000 lagi ditawan.

Amerika Membayar Jizyah kepada Daulah Khilafah:

Pada zaman Khalifah Salim III, Amerika telah membayar cukai tahunan kepada wali Khilafah di Algeria sebanyak 642,000 dolar emas dengan penambahan 12,000 lira emas Uthmani sebagai ganti pembebasan para tawanan Amerika yang ada di Algeria dan memberi keizinan kepada kapalkapal Amerika untuk belayar dengan aman di Lautan Atlantik dan Laut Mediteranean tanpa menghadapi tentera laut Uthmani di wilayah Algeria. Dan buat pertama kalinya Amerika terpaksa mengadakan perjanjian dalam bahasa selain bahasanya (perjanjian adalah di dalam bahasa Daulah Uthmaniyyah) pada 21 Safar, 1210 Hijrah - bersamaan 5 September 1795 Masehi. Inilah kemuliaan yang dicapai oleh kaum Muslimin dan kehinaan yang menimpa kaum kuffar semasa Daulah Khilafah memerintah dunia dengan hukum-hukum Allah.

Kisah Sultan Abdul Hameed II dan Hertzl: 

Khalifah Abdul Hamid yang tidak dapat diperdayakan oleh jutaan wang emas yang dihamparkan oleh Yahudi kepada perbendaharaan Daulah. Beliau tidak gentar kepada tekanan antarabangsa agar ia mengizinkan mereka (Yahudi) untuk menduduki Palestin. Beliau menjawab dengan perkataannya yang masyhur,

“Sungguh aku tidak akan melepaskan bumi Palestin ini walau sejengkal.....bumi ini bukanlah milikku tetapi milik umat Islam keseluruhannya. Kaumku telah berjihad dalam mempertahankan bumi tersebut dan telah menyiraminya dengan darah-darah mereka. Jika Negara Khilafah satu hari nanti hancur, maka sungguh mereka (Yahudi) akan dapat mengambil Palestin secara percuma. Namun selama aku masih hidup, tertancapnya pisau bedah pada tubuhku adalah lebih ringan bagiku daripada aku menyaksikan Palestin terlepas dari Daulah Khilafah, dan hal itu tidak akan terjadi. Sungguh aku tidak setuju untuk mencabik-cabik tubuh kita sendiri, padahal kita masih hidup”.

Wahai kaum Muslimin! Ini hanyalah secebis dari kisahkisah keagungan Islam dan pemerintahnya. Walaubagaimanapun, kisah ini berakhir dengan begitu pilu apabila Daulah Khilafah telah berjaya ditumbangkan. Kata-kata Sultan Abdul Hamid itu telah menjadi kenyataan saat ini, di mana hasil dari hancurnya Daulah Khilafah, maka kaum Yahudi la’natullah telah berjaya menduduki Palestin. Setelah jatuhnya Daulah juga, maka kehinaan terus-menerus menimpa kaum Muslimin. Kaum Muslimin telah kehilangan perisai (Khalifah) yang selama ini telah menjaga darah dan harta mereka. Perisai inilah dahulunya yang telah menjaga kemuliaan Islam dan umatnya. Perisai inilah yang dahulunya ‘mengajar’ segala kebiadaban yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Allah ke atas umat Islam. Kaum kuffar menyedari bahawa perisai ini masih belum dijumpai oleh kaum Muslimin, justeru mereka mengambil kesempatan untuk menyerang Islam dan kaum Muslimin habis-habisan. Mereka sedar dan amat-amat sedar bahawa apabila perisai ini kembali ke tangan kaum Muslimin, maka itulah saat mereka akan dihancurkan, sebagaimana Allah telah menghancurkan nenek moyang ereka dahulu kerana kejahatan dan kezaliman mereka.

Ya Allah! kembalikanlah Daulah Khilafah kepada kami yang mana dengannya Engkau akan menghancurkan musuh-musuhMu melalui tangan-tangan kami, yang mana dengannya Engkau akan mengembalikan kemuliaan kepada kaum Muslimin dan mencampakkan kehinaan kepada kaum kafirin. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Manhaj Dakwah Dan Tarbiah (Bhg. 3)

 by imran


MANHAJ TARBIAH

Tarbiah atau pendidikan bertolak daripada titik pemikiran dan peradaban sesuatu bangsa, berkisar pada bagaimana manusia melihat dan menilai kehidupan ini. Lalu ianya dicurahkan secara berperingkat-peringkat agar ia dapat diterima oleh individu atau perkumpulan yang lain sama ada dalam masyarakat itu sendiri atau kelompok yang luar.

Bagi dunia barat, 'pendidikan boleh diandaikan sebagai proses penyebaran nilai-nilai dan himpunan ilmu pengetahuan dalam sesuatu masyarakat'.. pendidikan telah memandu pemikiran manusia untuk mengenali budaya, membentuk tingkah laku mereka untuk menuju usia matang dan mengarahkan mereka menuju kepada peranan yang akan dimainkannya dalam masyarakat.

Secara ringkasnya, mana-mana masyarakat sekali pun memerlukan pendidikan sebagai satu proses pembinaan serta penerapan nilai-nilai untuk menjamin survival ideologi yang diterima pakai dalam masyarakat tersebut. Bagi masyarakat yang menganut fahaman komunisme atau sekularisme sebagai contoh, yang mana mereka percaya dan mendokong ideologi-ideologi itu pasti akan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam pendidikan terhadap generasi mudanya. Begitulah juga bagi ideologi-ideologi lain yang berkembang dalam masyarakat dunia semenjak dahulu sehingga kini, sekiranya kita melihat sejarah perkembangan tamadun manusia.

Bagi manusia yang terpengaruh dengan keduniaan dan materialisme, pendidikan bagi mereka hanyalah terhad untuk memenuhi keperluan dan tuntutan tersebut. Akan tetapi bagi Islam matlamat pendidikan atau tarbiah jauh lebih luas untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Demikianlah halnya dengan masyarakat Islam, apabila peradaban yang meliputi kehidupan dan mempengaruhi pemikiran mereka berpaksikan keimanan kepada ALLAH  dan peranan dirinya sebagai hamba kepada Penciptanya serta hubungkaitnya dengan kejadian alam ini, maka masyarakat Islam tersebut pasti akan memastikan iman itu terus subur dalam masyarakatnya generasi demi generasi melalui lapangan pendidikan atau tarbiah. Namun begitu, tarbiah juga menjadi suatu keperluan yang mendesak terutamanya apabila berlaku kerosakan serta terhapusnya nilai-nilai keagamaan dan moral dalam masyarakat.

Dalam pembentangan kertas kerja ini, kita akan membincangkan secara ringkas berkenaan tarbiah dari perspektif Islam atau Tarbiah Islamiah; iaitu pendidikan mengikut nilai-nilai Islam. Oleh kerana skop perbincangan ini terlalu luas, kita hanya akan menumpukan kepada pengenalan tarbiah bagi melahirkan golongan solihin sebagai kesinambungan dari tajuk yang lalu iaitu manhaj dakwah yang berperanan mewujudkan golongan mukminin. Kita telah pun menyebutkan tentang ikatan iman dan amal menjadi syarat mendapat kemenangan di dunia dan akhirat berdasarkan ayat-ayat al-Quran al-Karim.

Ta’arif Tarbiah

Perkataan tarbiah dalam bahasa Melayu bermakna: pendidikan, pengasuhan . 'Tarbiah' diambil daripada bahasa Arab (تربية) berasal daripada kalimah (رَبَّى):

رَبَّى يُرَبِّي تَرْبِيَةً مُرَبٍّ (المُرَبِّي) مُرَبًّي
رَبَّى الأب ابنه : هذّبه ونمى قوّاه الجسمية والعقلية والخلقية
Seorang ayah mentarbiah anak lelakinya (bermaksud): mendidik dan menambahkan kekuatannya jasmani, akal dan akhlak.

Sesungguhnya mafhum tarbiah (dalam bahasa Arab) berasal daripada fi'il mu'tad (فعل معتد), bermakna ia memerlukan fa'il (فاعل) dan maf'ul (مفعول). Kedua-duanya berada dalam hubungan yang tertentu iaitu pertambahan (التنمية) dan pengasuhan (التنشئة). Seorang pendidik itu (المُرَبِّي) dan orang yang dididik (المربَّى) kedua-dua sama-sama berkongsi suka duka dan perkara-perkara tertentu.

Di antara kefahaman tarbiah dari segi istilah ialah:

1. Sesungguhnya tarbiah itu adalah bersifat praktikal yang berkembang di mana insan membesar melaluinya semenjak kanak-kanak sehingga ia matang dalam keadaan dia terbentuk bersama matlamat persekitaran dan masyarakat.

2. Bahawa tarbiah itu adalah bersifat praktikal yang mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamatnya, ia mengutamakan akal insan, kewujudannya, rohaninya, jasmaninya, nilainya, halatujunya dan segala kemahiran serta pemikiran yang terdapat pada dirinya.

3. Bahawa tarbiah itu memerlukan perancangan yang berperingkat yang mana berjalan di dalamnya kerja-io0lkerja pendidikan dan pengajaran menurut tertib yang tersusun serta secara langsung, ia berubah dari masa ke semasa dan peringkat demi peringkat bersama perkembangan seorang remaja.

Walau bagaimanapun, dalam sirah nabawiyyah kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW menjalankan madrasah tarbiah baginda di kalangan para sahabat r.a.hum dan proses tarbiah ini berjalan tanpa mengira usia mereka. Dalam tarbiah Islamiah, seseorang individu itu akan terus merasai pendidikan sehingga ke akhir hayat.


Asas-asas Tarbiah Islamiah

Apabila seseorang insan itu telah menerima Islam dan beriman kepada ALLAH, maka dia perlu menyedari tugasnya sebagai hamba ALLAH dan tujuan dia diciptakan. Firman ALLAH SWT:
(Maksudnya) "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku." (az-Zariyat: 56)

Maka asas dalam tarbiah Islamiah adalah ketundukan dan kepatuhan seseorang hamba kepada Tuhannya yang dengan itu dia akan berusaha mendapatkan keredaan ALLAH dengan mengerjakan ibadat kepadaNya dan menjaga hubungan sesama makhluk-makhluk ALLAH.

Manhaj Tarbiah Mengikut Al-Quran

Apabila kita menyedari bahawa kerosakan yang berlaku dalam masyarakat Islam pada hari ini menyerupai ciri-ciri jahiliah yang terdahulu pada sebahagian bentuk-bentuknya, maka kaedah dan jalan untuk memperbaiki atau melakukan islah dalam masyarakat tersebut hendaklah melalui cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS telah berdoa kepada ALLAH SWT agar diutuskan kepada seorang Rasul kepada umat ini. Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) "Wahai! TUHAN kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Baqarah: 129)

Melalui ayat di atas, Nabi Ibrahim AS berdoa kepada ALLAH agar Rasul yang akan diutuskan itu akan:
1. Membacakan kepada kaumnya ayat-ayat ALLAH.
2. Mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah).
3. Mensucikan mereka.

Bagaimanapun ALLAH SWT memberikan jawapan kepada doa tersebut dengan firmanNya: (Maksudnya) "Samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan memsucikan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui." (al-Baqarah: 151)

(Maksudnya) "Dia-lah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul dari kalangan mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (As Sunnah). Dan Sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata" (al-Jum'ah: 2)

Melalui ayat-ayat di atas, ALLAH menyatakan susunan yang perlu diikuti oleh Rasul yang diutuskan:
1. Membacakan kepada kaumnya ayat-ayat ALLAH.
2. Mensucikan mereka.
3. Mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah).

Sebagai mengikut susunan tersebut, keutamaan perlu diberikan kepada peringkat yang pertama di atas iaitu membacakan kepada ayat-ayat ALLAH; menjelaskan kepada mereka tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan ALLAH sehingga mereka beriman. Ini merupakan peringkat pertama yang perlu dilalui dalam proses tarbiah dan ianya telah pun kita sentuh dalam bahagian pertama iaitu dalam manhaj dakwah.

Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) "Sesungguhnya ALLAH telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat ALLAH (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan ALLAH dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab ALLAH (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." (Ali 'Imran: 164)

Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) "Dan tiadalah Kami mengutus engkau, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (AL-Anbiya': 107)

ALLAH mengutuskan Rasul-Nya daripada kalangan kaum itu sendiri dengan itu ia mengetahui suasana dan keperluan untuk menjalankan seruan risalah dan melakukan tarbiah kepada kaumnya. Bagi menghadapi keperluan kaum dan bangsa yang berlainan, asas bagi melakukan islah dan mentarbiah umat ini perlulah mengikut garis panduan yang ditetapkan di dalam ayat-ayat al-Quran di atas. Rasulullah SAW diutuskan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam dan sebagai rasul yang terakhir bagi umat manusia. Maka manhaj yang digunakan oleh Rasulullah SAW adalah contoh tunggal untuk diikuti oleh seluruh umat yang mengikut seruan baginda dalam melakukan islah setelah umat tersebut berada dalam kesesatan dan kerosakan. ALLAH SWT menyatakan peringkat-peringkat tersebut secara tersusun.

Setelah kita meyakinkan manusia untuk beriman kepada ALLAH maka peringkat seterusnya ialah mendahulukan (تزكية) penyucian sebelum mengajarkan al-Kitab (al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) kerana kedua-dua sumber tersebut adalah suci dan tidak dapat diterima oleh seseorang hamba itu melainkan apabila hati dan iktikadnya suci.

Bersambung....

Note: Disediakan oleh:
Lajnah Tarbiah dan Akademik,
& Unit Penyelidikan dan Penterjemahan (UPP),
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA).

Dibawah Lindungan Kaabah(Bhg.1)


 by ||dragon-ba||


Ditaip Semula Oleh: ||dragon-ba||

SURAT DARI MESIR
Sahabat!
Sudah saya terima surat sahabat yang terkirim dalam bulan yang lalu. Mula-mula saya sangat bersedih hati sebab semenjak kite bercerai di Jeddah, tak pernah saya menerima surat lagi daripada engkau. Tetapi setelah surat itu saya terima saya baca, hilanglah sedih dan duka saya, nyata bahawa engkau tidak melupakan saya.

Maksudnya engkau terangkan itu, sangat saya setujui, itulah suatu maksud yang baik, sebab itu adalah suatu hikayat dan kejadian yang mendukakan hati dan merawankan fikiran, yang kerapkali benar terjadi di dalam lingkungan belia-belia kita.

Saya setuju maksud sahabat itu, pertama adalah karangan yang engkau maksudkan itu, akan ganti bingkisan (persembahan) kita kepada orang-orang yang menjadi korban itu, hantaran kepada arwah mereka yang suci; kedua ialah untuk menjadi cermin perbandingan orang-orang yang hidup kemudian daripada mereka.

Bukan sedikit belia-belia yang telah menanggung sebagai orang yang telah ditanggung oleh kedua orang itu, tetapi sukar orang yang selamat sampai ke akhirnya. Padahal "rindu dendam" atau "cinta berahi" itu laksana Lautan Jawa, orang yang tidak berhati-hati mengayuh perahu memegang kemudi dan menjaga layar, karamlah ia diguling oleh ombak dan gelombang, hilang ditengah samudera yang luas itu, tidak akan tercapai selama-lamanya tanah tepi.

Tidak ada bantuan yang dapat saya berikan kepada engkau di dalam pekerjaan itu, hanya bersama ini saya kirimkan surat-surat yang semasa kita masih di Makkah tak sempat saya berikannya kepada engkau.

Demi apabila buku ini telah selesai, kirimkanlah kiranya kepadaku barang senaskah, guna menghidupkan kenang-kenanganku pada masa yang telah lampau, semasa itu kita masih dibawah Lindungan Kaabah.

Sahabatmu.

MEKKAH PADA TAHUN 1927
Harga getah di Jambi, di seluruh tanahair sedang naik, negeri Mekah baharu sahaja pindah dari tangan Shariff Hussin ke tangan Ibn Sa'ud, Raja Hijaz dan Najad dan daerah takluknya yang kemudian ditukarkan namanya menjadi kerajaan "Arabiah Sa'udiah". Setahun sebelum itu telah naik haji dua orang yang kenamaan dari negeri kita. Keamanan negeri Hijaz, telah tersiar. Kerana itu banyak orang yang berniat menyempurnakan Islam yang kelima itu. Tiap-tiap kapal haji yang berangkat menuju Jeddah penuh sesak memebawa jemaah haji.

Konon khabarnya, belumlah pernah orang naik haji seramai tahun 1927 itu, baik sebelum atau pun sesudahnya.

Ketika itulah saya naik haji. Dari pelabuhan Belawan saya telah belayar menuju ke Jeddah menumpang kapal "Karimata". Empat belas hari lamanya saya terkatung-katung di dalam lautan besar. Pada hari kelima belas sampailah saya dipelabuhan Jeddah, pantai Laut Merah itu. Dua hari kemudian saya pun sampai ke Mekah tanah suci kaum Muslimin sedunia.

Betapa besar hati saya ketika melihat ka'bah tidaklah dapat saya perikan, kerana dari kecilku sebagai kebiasaan tiap-tiap orang Islam, Ka'bah dan menara Masjidil Haram yang tujuh itu menjadi kenang-kenanganku.

Saya injak tanah suci itu dengan persangkaan yang baik, saya hadapi tiap-tiap orang yang mengerjakan ibadat dengan penuh kepercayaan, bahwa mereka pun berasa gembira iaitu sebagaimana yang saya rasai itu saya tidak akan bertemu dengan kejadian-kejadian yang ganjil atau hikayat yang sedih daripada penghidupan manusia. Sebab sangka saya tentu sahaja selain daripada diri saya sendiri, oran-orang yang datang kesana itu adalah orang-orang yang gembira dan yang mampu banyak tertawanya daripada tangisannya. Tetapi rupanya, di mana-mana jua di atas dunia ini; asalkan sahaja ditempati manusia, kita akan bertemu dengan yang tinggi dan yang rendah, kesukaan dan kedukaan, tertawa dan ratapan tangis.

Saya telah mendengar di antara azan (bang) yang sayup-sayup sampai di puncak menara yang tujuh, di antara gemuruh doa manusia sedang berkeliling (tawaf) di sekeliling Ka'bah, di antara takbir umat yang sedang pergi balik di antara Safa dan Marwah, saya telah mendengar ratap dan rintih seorang makhluk tuhan, sayu-sayup sampai antara ada dengan tiada hilang-hilang timbul di dalam gemuruh yang hebat itu.

Sebagai kebiasaan jemaah yang datang dari Tanah Jawa, saya menumpang di rumah seorang syeikh yang pekerjaan dan pencariannya semata-mata daripada memberi tumpangan bagi orang-orang haji, di hadapan bilik yang telah ditentukan oleh seorang syeikh untuk saya, ada pula sebuah bilik kecil yang muat dua orang. Disana tinggal seorang belia yang yang baharu berusia 32 tahun, badannya kurus lampai, rambutnya hitam berminyak, sifatnya pendiam, suka bermenung seorang diri di dalam biliknya itu. Biasanya sebelum kedengaran azan subuh ia lebih dahulu bangun pergi ke masjid seorang diri. Menurut keterangan syeikh kami belia itu berasal dari Sumatera, datang pada tahun yang lalu, jadi ia adalah seorang yang telah bermukim di Mekah.

Melihat kebiasaannya demikian dan sifatnya yang soleh itu, saya menaruh hormat yang besar atas dirinya dan saya ingin hendak berkenalan. Maka dalam dua hari sahaja berhasillah maksud saya itu; saya telah beroleh seorang sahabat yang mulia patut dicontohi. Hidupnya sangat sederhana, tiada lalai daripada beribadat, tiada suka membuang-buang waktu kepada yang tidak berfaedah, lagi pula sangat suka memerhatikan buku-buku agama, terutama kitab-kitab yang menerangkan kehidupan orang-orang yang suci, ahli-ahli tasauf yang tinggi.

Bila saya terlanjur mempercakapkan dunia dan hal ehwalnya, dengan sangat halus dan tiada terasa percakapan itu dibelokkannya kepada ke halusan budi-pekerti dan ketinggian kesopanan agama, sehingga akhirnya saya terpaksa tunduk dan memandangnya lebih mulia daripada biasa.

Baru dua bulan sahaja semenjak dari awal Ramadhan sampai Syawal, pergaulan saya dengannya, saya telah banyak tertarik olehnya di dalam menuju kesucian, terutama di dalam negeri yang semata-mata untuk beribadat itu. Tetapi pergaulan yang baik itu tiba-tiba telah terusik sebab dengan kapal yang paling akhir telah tiba seorang teman baru dari Padang. Entah kerana kebetulan sahaja atau atau disengaja lebih dahulu, ia telah menjadi jemaah sheikh kami pula. Sahabat saya yang baru tiba ini sangat terkejut melihat bahawa sahabat saya ada di Mekah. Rupanya tidak disangka-sangkanya mereka akan berjumpa disana dan sahabat saya pun rupanya tidak menyangka akan berjumpa dengan sahabat baru itu.

Nama sahabat saya ialah hamid dan nama saudara baru itu Salleh.
Salleh menurut keterangannya, hanya dua atau tiga hari sahaja sebelum naik haji akan tinggal di Mekah, ia akan pergi ke Madinah lebih dahulu; dua tiga hari pula sebelum jemaah haji ke Arafah ia akan balik ke Mekah. Setelah selesai mengerjakan haji, ia akan meneruskan perjalanannya ke Mesir, menyambung pelajarannya.

Setelah musta'id maka Salleh pun berangkat ke Madinah.Ketibaan sahabat baru itu mengubah keadaan-keadaan dan sifat-sifat Hamid, entah khabar apakah yang agaknya yang baru di bawa darinya dari kampung yang mengganggu kesejahteraan fikiran Hamid. Ia bertambah tekun membaca kita-kitab terutamanya tasauf karangan Imam Al-Ghazali. Terkadang-kadang kelihatan ia termenung seorang diri di atas satah (atap rumah yang mendatar sepeti rumah-rumah di negeri Arab) rumah tempatnya tinggal melihat tenang-tenang kepada qal'ah (bintang-bintang) tua di atas puncak Jabal Hindi. Saya seakan-akan tidak pedulikannya lagi. Sedang saya mengerjakan tawaf keliling ka'bah maka terlihat oleh saya ia bergantung kepada kaswah (kain tabir yang melingkungi Ka'bah) menengadahkan mukanya kelangit, airmatanya menitik dengan derasnya membasahi serban yang membalut dadanya, kedengaran pula ia berdoa: Ya Allah! Kuatkanlah hati hambamu ini!"

Sebenarnya saya ini pun seorang yang lemah hati, kesedihan itu telah pindah kedada saya, meski pun saya tak tahu apa yang disedihkannya.

Khabar apakah yang agaknya yang telah dibawa oleh Salleh dari kampung? Apakah sebab Hamid bersedih hati demikian rupa? Dunia yang manakah yang telah memutuskan harapannya? Tipudaya siapakah yang telah melukai hatinya, hingga ia menjadi demikian rupa itu? Itu sentiasa menjadi soal kepada saya.

Bersambung....

* Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk : Dipetik dari buku Dibawah Lindungan Kaabah.
* Cetakan : Pustaka Antara

Note: Terlalu menarik. Mesti baca!

Pengertian Dua Kalimah Syahadah (Bhg. 1)

 by imran


Susunan: Imran al-Malizi

MUKADIMAH

Firman ALLAH S.W.T:
Maksudnya: "Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" Katakanlah: "ALLAH menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan al-Quran itu. Adakah kamu sesungguhnya mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama ALLAH?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya DIA-lah sahaja TUHAN Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu persekutukan (dengan ALLAH)" Surah al-An'am: 19

Takrif dan Makna Syahadah

1. Syahadah (شَهَادَةٌ) dalam bahasa Arab bermakna perkhabaran tentang apa yang telah dilihat dan pengakuan tentang perkara yang telah diketahui.
2. Dari segi penggunaannya dalam bahasa Arab, perkataan syahadah juga boleh digunakan untuk sijil atau apa-apa sahaja surat yang mengandungi keterangan-keterangan dan akuan. Seperti surat pengakuan belajar dari mana-mana institusi pengajian disebut
(شَهَادَة قيْد) syahadah qaid atau surat pengesahan pemegang akaun bank disebut (شَهَادَة بنكية) syahadah bankiyyah dan banyak lagi contoh-contoh lain.

Akan tetapi makna syahadah merujuk kepada takrif yang pertama di atas bermaksud penyaksian iaitu pengetahuan tentang sesuatu perkara lalu menyampaikan, memberitahu dan menyatakannya. Seseorang yang bersyahadah bermakna dia menyatakan sesuatu yang diketahui serta diyakini olehnya dan menjadi saksi bagi perkara yang diucapkannya.

Perkataan 'Syahadah' juga mengandungi maksud: ikrar dan pengakuan serta keyakinan. Sesungguhnya seorang yang bersyahadah meyakini kebenaran perkara yang menjadi pengakuannya itu dan menyatakannya. Sesiapa yang membuat suatu pengakuan dan bersyahadah tetapi tidak mempercayai perkara yang disebutkannya, maka penyaksiannya adalah dusta dan bohong. Kerana perkara yang dinyatakan itu adalah tidak selari dengan keyakinannya sendiri dan itu adalah di antara sifat orang-orang munafik.

Firman ALLAH S.W.T:
Maksudnya:"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau-sebenar-benarnya Rasulullah". Dan ALLAH sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-NYA, serta ALLAH menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta." –Surah al-Munafiqun: 1

Mereka adalah golongan yang berdusta kerana tidak mengakui dan mempercayai dengan sebenar-benarnya perkara yang disebutkan oleh lidah mereka sendiri.

'Syahadah' dizahirkan melalui ucapan dan perbuatan

Kita telah mengetahui bahawa seseorang itu boleh memberikan penyaksian atau syahadah melalui ucapan dan kata-kata. Selain daripada itu syahadah juga dapat dizahirkan melalui perbuatan sebagaimana ALLAH S.W.T mensifatkan orang-orang yang musyrik di dalam al-Quran:
Maksudnya: "Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan masjid-masjid ALLAH, sedang mereka menjadi saksi akan kekufuran diri mereka sendiri.." –Surah al-Taubah: 17

Syahadah di sini bermaksud penyaksian daripada mereka terhadap (kekufuran) diri mereka sendiri dengan apa yang mereka lakukan. Iaitu perbuatan-perbuatan mereka itu menjelaskan dan menzahirkan bahawa mereka itu kufur. Al-Hafiz Ibnu Katsir menyebut: "..mereka (kaum musyrikin) adalah orang-orang yang menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri dengan kekufuran. Iaitu dengan hal keadaan mereka dan kata-kata mereka".
Dari sini dapatlah kita memahami bahawa 'syahadah' adalah penyaksian atau pengakuan tentang sesuatu perkara yang menjadi keyakinan di dalam hati seseorang lalu dizahirkan melalui kata-kata atau perbuatan.

DUA KALIMAH SYAHADAH 

Syahadah yang akan kita bincangkan di sini adalah penyaksian, pengakuan dan keyakinan pada Dua Kalimah Syahadah yang menjadi syarat untuk seseorang itu memeluk agama Islam. Ini dinyatakan secara jelas dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam hadis yang masyhur bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang Islam:

Mafhumnya: "Wahai! Muhammad, khabarkanlah kepadaku tentang Islam. Maka Rasulullah telah menjawab: Islam (adalah) engkau mengakui bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan bahawa Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH..”
(Hadis riwayat Imam Muslim, kitab al-Iman, hadis no. 9)

Berdasarkan hadis ini, lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah: 
أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”

Sesiapa yang ingin memeluk agama Islam, terlebih dahulu dia perlu melafazkan Dua Kalimah Syahadah ini. Sekiranya tidak, maka pengakuannya sebagai seorang muslim adalah tidak sah menurut pendapat para ulama. Bagi orang yang tidak mampu untuk melafazkannya kerana bisu dan sebagainya, maka memadai dengan tulisan (kitabah) atau dengan cara isyarat yang menunjukkan dia menerima serta mengakui kebenaran Dua Kalimah Syahadah ini. Sebagaimana yang telah disebutkan, dari segi bahasa, 'syahadah' dapat dizahirkan melalui kata-kata atau perbuatan.

Ianya disebut sebagai 'Dua Kalimah Syahadah' kerana pada lafaznya terdapat dua pengakuan atau dua penyaksian. Iaitu penyaksian pertama: 
أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH

dan penyaksian kedua:
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ
"..dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”

Kedua-dua pengakuan dan penyaksian ini saling terikat di antara satu sama lain. Tidak sah syahadah seseorang muslim sekiranya dia hanya menerima penyaksian yang pertama (pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH) lalu ia menafikan penyaksian yang kedua iaitu pengakuan bahawa Muhammad adalah Pesuruh ALLAH. Kerana Nabi Muhammad adalah rasul terakhir yang telah diutuskan ALLAH Azza wa Jalla untuk menyampaikan risalah tauhid supaya umat manusia seluruhnya menerima lalu menyatakan bahawa TUHAN yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya hanyalah ALLAH S.W.T. Firman ALLAH:
Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh ALLAH kepada kamu semuanya, (diutus oleh ALLAH) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, Nabi yang Ummi (buta huruf) yang beriman kepada ALLAH dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk". (Surah al-A'raf: 158)

Begitulah sebaliknya, tidak sah syahadah seseorang itu sekiranya dia hanya menerima penyaksian yang kedua tetapi tidak mengakui penyaksian yang pertama. Menafikan salah satu daripada keduanya bererti menolak kedua-duanya sekali.

Sekiranya kita menolak pengakuan yang pertama, bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH lalu kita menyerupai penganut agama Kristian yang mengatakan tuhan itu tiga (trinity) atau penganut agama-agama lain yang mempercayai tuhan yang berbilang-bilang (polytheisme) atau golongan yang menolak kewujudan tuhan sama sekali (atheisme) . Manakala sekiranya kita hanya menerima ketuhanan ALLAH akan tetapi menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, maka seakan-akan kita menjadi seperti golongan Yahudi yang beriman kepada Tuhan Yang Satu –iaitu TUHAN kepada Nabi Musa a.s (yang disebut sebagai Eloah atau Elohim) akan tetapi yang mereka menolak kenabian Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w sekali gus. Firman ALLAH S.W.T:
Maksudnya: "Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari TUHAN-nya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada ALLAH, dan Malaikat-malaikat-NYA, dan Kitab-kitab-NYA, dan Rasul-rasul-NYA. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari kalangan Rasul-rasul-NYA". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat, (kami pohonkan) keampunan-MU wahai TUHAN kami, dan kepada-MU jualah tempat kembali". (Surah al-Baqarah: 285)

Kerana itu Dua Kalimah Syahadah adalah bergandingan dari segi makna dan tuntutannya. Kita akan menjelaskan makna dan pengertian kedua-dua lafaz kalimah syahadah ini satu persatu dalam terbitan AL-QALAM yang seterusnya. Insya-ALLAH.

Ini kerana ramai orang yang mengaku diri mereka sebagai muslim, akan tetapi mereka tidak memahami dengan sebenar-benarnya maksud dan tuntutan daripada pengakuan Dua Kalimah Syahadah ini. Mereka bukan sahaja tidak menunaikan kewajipan dan kefarduan dalam Islam, malah lebih malang lagi mereka mungkin melakukan suatu perbuatan atau mengucapkan suatu perkataan yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah itu lalu menjadi kafir. Maka itu, mereka hanyalah muslim pada nama sahaja akan tetapi dari segi hakikatnya mereka tidak jauh berbeza dengan orang yang tidak menerima pengakuan Dua Kalimah Syahadah ini.

-bersambung..

Melayu Hancur Kerana Dadah, Cina Kerana Seks

 by Ayub


Oleh: Lanh

Perbualan saya dengan seorang pembantu perubatan sebuah klinik komuniti yang kerap bertugas di pusat serenti mendedahkan satu hakikat menakutkan.

Katanya, pada tahun 1990 dulu dia bertugas di Pusat Serenti Tampin. Pusat itu menampung 3,000 penghuni, 90 peratus daripadanya Melayu, 75 peratus daripada mereka HIV positif!

Itu dulu, keadaan sekarang tentulah lebih teruk, kata pembantu perubatan berbangsa Cina itu.

Beliau mendakwa gejala dadah sekarang terlalu serius. Dakwaan menyatakan ada sejuta penagih ada kebenarannya dan paling malang sekali kebanyakannya orang Melayu.

Apabila berjinak-jinak dengan dadah dan berkongsi jarum, penagih terdedah kepada HIV dan Aids. Mereka ini adalah bangkai hidup - menunggu masa saja untuk mati, katanya yang kerap mengendalikan kes korban HIV ini.

Berlainan dengan pemuda Cina, katanya, jumlah yang mati kerana dadah tidaklah 'sehebat' orang Melayu. Malangnya, ramai pemuda Cina mati akibat Aids dan HIV yang didapati melalui seks rambang.

Pemuda Cina, katanya, sama ada yang berjaya atau gagal dalam bisnes, ramai yang jadi kaki mabuk dan perempuan. Untuk meraikan sesuatu kejayaan, mereka adakan pesta di mana perempuan dan arak menjadi mainan.

Bagi yang gagal katanya, mereka juga menjadi kaki botol dan akhirnya terdampar di katil bersama-sama perempuan murahan. Mereka terdedah kepada jangkitan HIV dan Aids.

Sama ada pemuda Melayu yang kaki dadah atau lelaki Cina yang kaki perempuan, ramai daripada mereka HIV positif dan menunggu masa saja untuk mati, dakwanya.

"Saya salah seorang daripada kakitangan kementerian yang terpaksa menguruskan mereka. Hari ini kita bercakap dengan mereka (mangsa HIV), tahu-tahu esok lusa mereka sudah tiada," katanya.

Ketika masalah penyalahgunaan dadah semakin buruk di kalangan rakyat Malaysia, Majlis Peguam Malaysia pula mengesyorkan agar hukuman mati dihapuskan. Pihak ini berpendapat pelaksanaan hukuman itu tidak memberi kesan kepada kadar jenayah berat Malaysia. Majlis Peguam berhujah kerajaan perlu menghargai nyawa rakyat.

Resolusi Majlis Peguam dalam mesyuaratnya yang ke-60 baru-baru ini menyebut bahawa hukuman gantung perlu dimansuhkan dan semua hukuman baru dibekukan sehingga satu keputusan dicapai untuk memansuhkannya.

Perangkaan menunjukkan sejak 1970, seramai 359 penjenayah di Malaysia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan 159 lagi menunggu pada pelbagai peringkat rayuan dan pelaksanaan sebelum menjalani hukuman sama.

Di seluruh dunia 76 negara masih mengamalkan hukuman mati. Malaysia salah satu daripadanya.

Sejumlah 122 negara sudah memansuhkannya. Alasan pembatalan hukuman mati sangat menarik untuk dibincangkan. Sebahagiannya berkaitan tuntutan pergerakan hak asasi manusia manakala yang lain melihatnya tidakan zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Resolusi Majlis Peguam sebahagiannya dilihat sebagai memenuhi kehendak antarabangsa yang melihat dunia kini tanpa sempadan (globalisasi) termasuk dari segi hukuman ke atas pesalah.

Hakikatnya di Malaysia, hukuman mati hanya membabitkan beberapa kesalahan jenayah, antaranya bunuh, pemilikan dan penggunaan senjata api, selain bagi kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Satu lagi kesalahan membabitkan hukuman gantung ialah mengedar dadah. Membatalkan hukuman mati ke atas kesalahan membabitkan dadah memerlukan kajian menyeluruh dan penelitian sangat mendalam. Majlis Peguam sudah menyatakan pendirian, tetapi bagaimana pula pandangan ulama, cendekiawan, tokoh masyarakat dan pemimpin?

Dalam keadaan negara mengenakan hukuman mati ke atas kesalahan mengedar dadah, penyakit masyarakat membabitkan bahan ini, terutama di kalangan muda-mudi amat kronik, tidak dapat dibayangkan apa akan terjadi jika hukuman ini dimansuhkan.

Dengan tiadanya hukuman keras, pelaku kesalahan tidak akan takut kerana mereka tahu tidak akan dikenakan hukuman mati. Sehubungan itu, menjadi kebimbangan jika pengedar semakin berani, sekali gus menyebabkan wabak penagihan dadah semakin tidak terkawal dan merosakkan masyarakat dan negara.

Berdasarkan perkembangan terbaru ini, termasuk desakan antarabangsa, hampir pasti kepimpinan kerajaan Malaysia tidak dapat duduk diam berhubung isu ini. Dikhuatiri lambat-laun mereka akan terpaksa tunduk kepada desakan dan agenda antarabangsa ini.

Di sinilah pentingnya, masyarakat dan kepimpinan Islam seluruh dunia kembali kepada Islam bagi mencari jalan penyelesaian. Islam sudah menggariskan jalan penyelesaian dengan hukum-hakamnya, malangnya ia tidak terpakai di hampir semua negara umat Islam.

Namun, alangkah indahnya jika umat dan negara Islam seluruh dunia dapat bersatu padu dalam melaksanakan hukum Allah, sekali gus berganding bahu menolak sama sekali agenda pergerakan hak kemanusiaan Barat yang mencanangkan kononnya cara mereka adalah yang terbaik dan perlu diguna pakai oleh semua orang, masyarakat dan negara seluruh dunia!

Ideologi: Analisa Perbandingan (Kajian dan sumber-sumber)


 by redzuan


Oleh:kritikalthink@yahoo.com

{وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ}(الأنعام/153).

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain) itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”(Surah al-An’am 6:153)

Dalam penulisan ini hanya akan menyentuh konsep-konsep dan gagasan asas dalam memahami ideologi dan perbandingannya, terutamanya melalui kaca mata dan sudut pandang Islam. Konsep pertama untuk memahami perbandingan ideologi ialah perbezaan yang signifikan di antara aqidah Islamiah dengan ideologi. Ideologi secara ringkas adalah berasal daripada bahasa Greek cantuman dari kata ‘ideo’ dan ‘logos’. Ideo membawa pengertian pemikiran, manakala logos bererti ilmu. Dari segi istilah, ideologi dapat disimpulkan sebagai....

‘Satu keyakinan atau fahaman hasil dari pemikiran atau idea manusia sama ada dalam bentuk teori, falsafah, andaian dan sebagainya’.
(Pemikiran Islam dan Dunia Hari Ini:Senario Dunia Islam dan Strategi Menghadapi Cabaran Ummah-Mohd Nor Mamat)

Penyebaran ideologi dari barat secara ringkasnya, boleh dilihat melalui beberapa era tertentu seperti berikut;

a. Era Perang salib
b. Era penjajahan ke atas Negara-negara Islam (Kolonialisme)
c. Neo-kolonialisme (Penjajahan pemikiran)
d. Era-Misionari Kristian
e. Neo-modernisme
f. Era-Globalisasi (PascaModenisme)

Tujuan Penyebaran Ideologi pula ialah untuk
a. Memburukkan-burukkan Islam, agama dan umatnya
b. Menimbulkan keraguan terhadap kedudukan ummah pada masa kini dan masa hadapan
c. Merosakkan akhlak dan sahsiah ummah
d. Memasukkan budaya-budaya seperti materialisme, hedosnisme dan konsumerisme melampau dan lain-lain
e. Menonjolkan unsur-unsur pengetahuan dan ilmu moden yang merosakkan pemikiran dan akidah umat Islam.

Kajian terhadap perbandingan Ideologi adalah berkaitan dengan persoalan pemikiran dan falsafah (philososphical program). Ideologi-ideologi dari barat ini pada permulaannya berasal dari falsafah-falsafah yang telah dirangka dan dicipta oleh ahli falsafah dan pemikir barat yang kemudian telah dijadikan nilai (pegangan dan anutan dalam kehidupan) yang digelar sebagi isme-isme.. Sebagai contohnya, agama Hindhu dan Buddha bukanlah diiktiraf sebagai agama pada asal kelahirannya, tetapi apabila ia menjadi nilai dan anutan dalam keseluruhan kehidupan para pengikutnya, maka ia telah menjadi Hindhuisme dan Buddhisme iaitu sebagai anutan yang boleh diiktiraf sebagai agama kerana menyentuh perkara yang mendasar dalam hubungan manusia dengan tuhan (metafizik) dan alam. Begitu juga dengan falsafah-falsafah dari barat yang pada mulanya hanya falsafah yang berkaitan dengan moral, politik dan ekonomi yang kemudiannya diluaskan menjadi pegangan hidup seperti liberalisme, kapistalisme, komunisme, sosialisme dan lain-lain lagi.

Memahami ideologi dari konteks sejarah juga merupakan satu ciri yang amat penting untuk mengenali secara kritis dan analisis terhadap setiap aliran pemikiran (ideologi) yang berada di sekeliling kita. Bagi mengenali setiap ideologi-idelogi yang timbul dari barat kita perlu melihat dari sudut sosio-historis iaitu mengenali punca kelahiran aliran falsafah tersebut dan tokoh-tokoh pengasas bagi setiap aliran. Ini juga bersesuaian dengan saranan oleh Syed Hossien Nasr untuk mengenali dan memahami falsafah dan aliran-aliran pemikiran barat moden agar kita dapat memahami peradaban moden masa kini yang sedang mengawal percaturan dunia. Kita juga perlu mengenali sebilangan tokoh-tokoh intelektual dan pemikir barat agar kita mengenali gagasan-gagasan yang cuba diketengahkan oleh mereka supaya kita dapat mempertahankan aqidah umat Islam. Beberapa tokoh yang perlu dikenali seperti Francis Bacon (1561-1626), Rene Descartes (1596-1650), Thomas Hobbes (1588-1679), Benedict Spinoza (1632-1677), John Locke 1632-1704), Gottfried Wilhelm Leibnitz (1646-1716), George Berkeley (1685-17532), Francois Marie Voltaire (1694-1778), Jean Jacques Rousseau (1712-1778), David Hume (1711-1776), Immanuel Kant (1724-1804), Georg Frederick Hegel (1770-1831), Karl marx (1818-1883), Friedrich Nietzsche (1844-1900), Sigmund Freud (1856-1939), Betrand Russell 1872-1970), John Stuart Mill, Jean-Paul sartre (1905-1980) dan ramai lagi. Pemikir-pemikir inilah yang telah melahirkan berbagai-bagai gagasan dan falsafah yang kemudiannya menjadi ideologi yang mencabar dan menggugat akidah ummah. Oleh itu tujuan kita untuk mengenali mereka adalah bertujuan untuk melakukan segala persiapan bagi menangkis dakyah palsu ideologi yang mengelirukan pemikiran setiap generasi Islam masa kini.

World View (Pandangan Dunia) 
Kemudian untuk memahami persoalan ini kita perlu mengetahui maudhuk (skop) welstanchauung, world-view atau pandangan dunia yang boleh difahami secara ringkasnya seperti di bawah,

‘Kerangka atau sistem pemikiran yang menjelaskan dan mengatur makna asas terutamanya tentang Tuhan, alam dan manusia dan juga tentang hakikat hubungan manusia dengan alam, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan. Kerangka pemikiran atau sistem kepercayan itu, di fahami dalam konteks bidang falsafah sebagai weltanschauung, ia menentukan asas-asas penting dalam sesuatu peradaban itu. Kerangka tersebut mengariskan asas dari nilai dan aesestika individu hinggalah kepada asas masyarakat dan kemajuan sosial’.

Dalam sebuah buku yang telah ditulis oleh Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud menerangkan tentang Pandangan dunia Islam dengan lebih jelas lagi seperti berikut,

Pandangan dunia Islam dapat didefinisikan ke dalam dua peringkat. Peringkat pertama adalah seluruh penafsiran manusia terhadap dunia dan, kedua adalah tentang kehidupan kita di dunia, iaitu seluruh nilai yang dengannya seseorang hidup, dan ini membentuk satu masalah nilai. Pandangan dunia seseorang meliputi hal-hal seperti; sikap pendidikan, politik, falsafah dan nilainya (akhlak, moral, etika). Oleh itu satu pendefinisian pandangan dunia yang benar secara sistematik dan utuh adalah penting.......Pendefinisian pandangan dunia Islam perlu didasarkan pada al-Quran dan Sunnah serta sikap Nabi Muhammad s.a.w yang autentik (asli), juga merupakan suatu kriteria yang bernilai untuk mengevaluasi perjalanan sejarah Islam.”
(Konsep Ilmu dalam Islam-Wan Mohd Nor wan Daud)

Untuk kita memahami lebih mendalam lagi mengenai kajian terhadap ideologi, kita akan terlibat ke dalam perbahasan disiplin-disiplin ilmu seperti sosiologi, antropologi, sosio-politik dan sejarah. Oleh itu kita akan bertembung dengan persoalan pandangan dunia ini kerana ia merupakan persoalan asas dalam merangka pemikiran sesuatu bangsa atau agama yang kemudiannya akan terzahir sebagai nilai yang di anuti dalam kehidupan. Secara ringkasnya sesuatu pandangan dunia itu ialah ia dapat menjelaskan kerangka pemikiran sesuatu bangsa atau agama dan ia dapat dilihat melalui perkara yang terzahir seperti nilai-nilai yang di anuti dalam kehidupan secara individu atau masyarakat seperti akhlak, moral, etika, budaya yang dipraktikkan di dalam kehidupan sehari-harian.

Terdapat perbezaan yang jelas di antara pandangan dunia Islam dan barat. Pandangan dunia Islam atau world view Islam adalah berlandaskan al-Quran dan Sunnah iaitu terjelma melalui Hablum minallah (hubungan manusia dengan Tuhan yang Maha Esa) dan Hablum minannas (hubungan sesama manusia dan alam) iaitu manusia telah dijadikan sebagai hamba Allah dan dipertanggungjawabkan sebagai khalifah atau pentadbir di atas muka bumi ini dengan berpandukan kepada ikatan akidah Tauhid. Manakala pandangan dunia barat adalah terbentuk dan bertunjangkan kepada fahaman humanisme, materislistik dan rasionalisme iaitu memahami bahawa kehidupan ini berbentuk faham sekularisme iaitu tidak ada hubungannya dengan metafizik iaitu agama. Ilmu (sciene) sebagai rujukan asas dalam kehidupan telah dipisahkan dari sumber wahyu yang akhirnya akan menyebabkan manusia tidak mengenali jalan menuju Tuhannya.

Maka untuk mengenali dan menganalisa perbandingan ideologi kita perlu mengenali bangsa Eropah atau barat kerana dengan itu sahaja kita dapat mengenali dan mengetahui cara mereka berfikir atau bentuk dan kerangka pandangan dunia mereka. Sebagaimana segolongan ahli akademik yang mengkaji bangsa-bangsa timur terutamanya yang mengkaji agama Islam yang digelar sebagai orientalisme, yang mengeluarkan pandangan hasil dari kajian masing-masing sama ada bersifat akademis ataupun untuk menyerang Islam kembali, begitu juga kita sebagai umat Islam perlu menjalankan kajian dan analisa terhadap bangsa Eropah. Ini terbukti dengan saranan dari pemikir Mesir iaitu Hassan Hanafi melalui projek besar wawasannya yang dituntaskan dalam bukunya Oksidentalisme: Sikap kita Terhadap Tradisi Barat (2000), karya terjemahan buku berbahasa Arab Muqaddimah fi ‘Ilm al-Istighrab. Beliau memperkenalkan pendekatan baru dalam menghadapi perspektif ilmiah Orientalisme dan barat yang disebut sebagai Oksidentalisme. Oksidentalisme sebenarnya merupakan pendekatan yang berguna untuk membuka selubung ketidakjujuran oleh barat selama ini terhadap umat Islam. Ia adalah alternatif buat umat Islam moden dalam memandang barat dengan perspektif baru.


Faham Sekularisme
Kemudian kita perlu memahami makna yang terbaik bagi sekularisme. Sebelum ini kita hanya memahami makna sekularisme hanyalah sebagai memisahkan agama dari kehidupan harian tanpa mengenali akar dan asal-usulnya kewujudan fahaman ini. Faham sekularisme ini telah dihurai secara mendalam oleh Prof. Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas seperti berikut,

‘Sekular, dari bahasa Latin saeculum, bererti masa-kini, dan erti ini membayangkan pula maksud rujukannya kepada dunia yang sentiasa berubah-binasa ini, dan tiada kepada lain; dan juga kepada kehidupan duniawi. Kehidupan duniawi terbayang sebagai senantiasa menempuh perubahan, dan insan pun-menurut faham yang sekular-harus menyelaraskan diri berubah mengikut perubahan yang ditempuhnya. Masyarakat dan negara merupakan punca segala hasrat insan dan faham sekularisme berdasar-punca kepada dunia dan masyarakat dan negara jua. Menuju ke arah kehidupan sekular bererti ‘pembebasan’ insan dari asuhan agama dan faham-faham yang menetap mengenai Hakikat Semesta;dia juga bererti ‘penolehan’ pandangan insan berkisar dari alam-alam lain nescaya menetap kepada alam yang nyata ini belaka, yakni kepada dunia belaka. Pengertian yang terkandung dalam istilah sekular dan segala bentuk penggunaannya termasuk faham yang digelar sekularisme itu mengutamakan dunia belaka sebagai segala rujukan peranan insan; dan kepada kebebasan insan untuk merubah segala dasar kepercayaannya nescaya disesuaikan hanya untuk zamannya bagi muslihat dirinya masing-masing mengikut zamannya. Maka faham sekular merujuk kepada faham masa dan peredarannya yang diiringi oleh perubahan nilai dan sikap dan cara hidup. Faham sekular ini seakan-akan sama maksudnya dengan faham al-hayat al-dunya sebagaimana yang terbayang dalam pengertian dalam bahasa Arab dan agama Islam. Dunia (dari akar kata DNW) bererti sesuatu (kehidupan) yang telah didekatkan yang menyatakan sifatnya dalam ruang dan masa. Maka insan yang singkat pandangannya akan melihat kepada yang dekat tanpa melihat atau menghiraukan yang lain, yakni yang jauh,yang terakhir-iaitu Akhirat. Faham sekular menentang faham agama dan akidah-akidah menetap, kerana dia mengisbatkan hanya dunia dan menganjurkan kebebasan insan mengubah akidah dan nasibnya sendiri dan menentang sebarang penetapan dalam kepercayaan dan cara hidup beragama. Dari itu maka dia bertentang dengan Islam, bagaimanapun ditilik pengertiannya.’
(Islam: Faham Agama dan Asas akhlak-Syed Muhammad Naquib al-Attas)

Mengapa kita perlu memahami dengan mendalam tentang faham sekularisme ini adalah kerana kesemua aliran pemikiran barat adalah bertunjangkan kepada falsafah humanisme (menjadikan manusia sebagai fokus utama dalam kajian ilmu) yang kemudiannya melahirkan zaman pencerahan (Enlighment- iaitu satu zaman semasa berlakunya gerakan Renaissecan dan Reformation pada abad ke-11 hingga ke 17) atau bertunjangkan kepada faham rasionalisme (logik akal semata-mata). Iklim (ilmu)atau suasana Eropah ketika itu dipengaruhi oleh faham saintifik dan empiricisme iaitu satu budaya fikir yang menekankan epistemologi (falsafah ilmu) berdasarkan bukti yang nyata dan zahir sahaja semata-mata dan mengenepikan asas selain itu, terutamanya metafizik (teks agama). Ini bermaksud teks-teks agama seperti kitab al-Quran dan al-Sunnah tidak diiktiraf sebagai sumber yang sahih atau yang boleh dipercayai dalam kaedah memahami segala bidang ilmu. Peristiwa seperti ini adalah berlaku kerana tindak balas para ilmuan barat yang terpengaruh dengan falsafah logik Aristotalisme terhadap pihak gereja yang terlalu mengongkong suasana keilmuan pada ketika itu (yang penuh kepercayaan terhadap dogma-dogma ajaran kristian yang menyeleweng) . Maka pertembungan kedua-dua golongan inilah yang menyebabkan para ilmuan barat menyatakan bahawa pentadbiran dunia ini tidak memerlukan lagi campuran tangan pihak gereja (agama).
Memahami asal-usul, ciri-ciri, sifat-sifat pergerakan sekularisme dan ancamannya iaitu pergerakan sekularisasi merupakan salah satu tugas penting bagi kita untuk mempertahankan akidah ummah. Secara ringkasnya, kefahaman dan pendirian kita terhadap sekularisme dan sekularisasi dapat dijelaskan sama seperti pendirian al-attas dan al-Qardhawi seperti berikut

Sekularisasi secara menyeluruh (as a whole) bukan sahaja satu ungkapan yang jelas-jelas tidak mensifatkan pandangan dunia Islam, tetapi juga telah dirancang untuk menentang Islam. Oleh itu Islam menolak secara total manifestasi yang jelas dan juga yang samar serta matlamat akhir proses sekularisasi itu. Kerana itu orang-orang Islam mesti menolaknya dengan sekuat tenaga dimana sahaja mereka menemuinya sama ada di kalangan mereka sendiri ataupun dalam minda mereka kerana hal itu laksana racun yang mematikan iman.
(Risalah untuk Kaum Muslimin-Al-attas)

Oleh kerana itu, Islam dan sekularisme selalu bertarung lebih dari satu aspek, Islam mesti bertarung dalam setiap sisi dari tempat sisi ajarannya yang pokok, yakni akidah, ibadah, akhlak dan undang-undang.
(Sekular Ekstrem-Yusuf al-Qardhawi)


Cabaran Dunia Islam Masakini
Fenomena Penjajahan Pemikiran telah banyak diperbincangkan oleh pejuang-pejuang gerakan Islam, intelektual, cendiakawan dan pemikir Islam sebelum kita, di antaranya ialah oleh Taha Jabir al-‘alwani dalam bukunya Krisis Pemikiran Moden. Beliau menegaskan terdapatnya permasalahan asas terhadap pemikiran umat Islam kini iaitu qadhiyyah al-ghazwu al-fikri (masalah serangan pemikiran). Menurut beliau serangan pemikiran ini memiliki pasukan, persenjataan, korban, medan pertempuran, pahlawan dan kerjasama. Kelompok ini menegaskan tentang kekaburan pemikiran, kebudayaan dan tamadun dan kemungkinan terpisah dan terkurung di dalam tempat dan satu masa. Sebagai contohnya ideologi Komunisme yang dipegang dan di sokong oleh Kesatuan Soviet (telahpun runtuh) dan ideologi Kapitalisme yang dipegang oleh Amerika syarikat mempunyai ciri-ciri seperti yang telah diterangkan di atas.

Beberapa persoalan yang kini timbul seperti Islam Liberal, Islam Moderat, sosialisme
Islam, Islam adalah sama dengan Demokrasi, ekonomi Islam ialah tolak riba’ tambah zakat dan tidak ada bezanya dengan ekonomi kapitalisme dan sosialisme. Hak asasi manusia dan Islam, hak-hak wanita dalam Islam, hak-hak buruh dalam Islam dan berbagai-bagai lagi persoalan yang palsu cuba dibangkitkan oleh musuh-musuh Islam bagi mengelirukan umat Islam, seakan-akan persoalan ini tidak pernah wujud dalam Islam dan tidak pernah diberikan perhatian yang sepatutnya oleh Islam. Musuh Islam ingin mengekalkan kekuasaan mereka ke atas setiap individu muslim supaya terperangkap dalam keraguan-raguan (skeptikal) terhadap ‘Kalimatul Haq’ (kalimah yang benar) iaitu pengabdian kepada Allah s.w.t dengan berpegang kepada syariah-Nya, iaitu dengan melambakkan pelbagai ideologi seperti yang kita temuinya dalam dunia moden kini seperti liberalisme, kapiltalisme, sosialisme, komunisme, positivisme, utilitianisme, nominalisme, humanisme, rasionalisme, sekularisme, pragmatisme, materialisme, zionisme, nasionalisme, modenisme, postmodenisme dan berbagai-bagai lagi fahaman ideologi yang sesat dan awal-awal lagi telah pun gagal semasa di praktikal di barat lagi. Inilah yang dikatakan serangan pemikiran yang melanda dunia umat Islam sehingga umat terbelenggu dengan masalah Inferiority complex iaitu sifat merendah diri yang keterlaluan dan tidak berasas, kemudian datang pula kuasa imperialisme barat dengan slogan karut ‘White Men Burden’ (Beban Orang Putih) untuk mentamadunkan umat Islam bagi melindungi niat mereka dalam melebarkan hegemoni kuasa barat.

Masalah peperangan antara ideologi dengan pegangan akidah tauhid umat Islam yang suci ini kini semakin hebat tanpa kita sedari dalam perjalanan alaf baru ini. Peristiwa yang berlaku di sekeliling kita kini adalah berpunca kepada pertembungan antara agama dan ideologi iaitu dengan lebih jelas lagi antara Islam dan sekular. Sebagai contoh di dalam bidang pendidikan, kita telah pun terlibat di dalam permasalahan ini, di mana berlakunya proses sekularisasi, seperti dualisme pendidikan iaitu berlaku pemisahan di antara pendidikan aliran agama dengan pendidikan pemerolehan (sciene) yang tidak mengambil teks agama sebagai rujukan utama.
Melalui kehidupan sosial pula, sekularisasi menyerang melalui cara dan gaya hidup modeniti hasil dari faham modenisme iaitu dengan menolak amalan-amalan beragama, memperjuangkan kebebasan tanpa batas dan norma-norma agama, kehidupan yang bertunjangkan hedonisme, materialistik, feminisme dan konsumerisme melampau. Dalam bidang politik pula kita melihat berlakunya dilema, iaitu menyatakan politik adalah sesuatu yang kotor. Kata-kata seperti ini jelas menolak akan kesyumulan Islam, kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli politik sekular ini ialah berdasarkan kaedah “The End Justifies the Means” atau “Matlamat Menghalalkan Cara”. Seperti mana yang dinyatakan oleh Prof. Muhammad Abu Bakar dari pendekatan ini melahirkan ungkapan dan deskripsi seperti “Pendekatan Machiavelli” (Machiavellian Approach), “Taktik Machiavelli” (Machiavellian Tactics) dan “Politik Machiavelli” (Machiavellian Politics) yang bertujuan menerangkan pelbagai adegan dan aliran termasuk taktik kotor, yang dipergunakan oleh manusia dalam politik. Malah pemikiran dan perlakuan ini menjadi sebahagian daripada politik itu sendiri, seolah-olahnya tanpa pendekatan, taktik dan pembabitan politik kotor ini, politik sebagai satu bidang kehidupan yang tidak wujud. Sehingga kini, persoalan inilah yang menguasai percaturan politik dunia.

Melalui dua penulisan yang mendahului dalam menjangka perkara yang berlaku menjelang alaf baru atau abad ke 21 ini ialah The Clash Of Civilisation and The Remarking of World Order oleh Samuel P. Huntington (1997) dan ‘The End History an The Last Men’ oleh seorang futuris A.S iaitu Francis Fukumaya (1992). Setelah mengkaji kekuatan dan kelemahan tamadun barat, kedua-dua penulis ini telah memberi amaran kepada tamadun barat bahawa pada abad ke-21 ini, mereka akan berdepan dengan kebangkitan Islam dan berdasarkan sejarah apabila berlaku pertembungan dua tamadun iaitu antara tamadun barat dan Islam akan berlaku pergolakan budaya yang kemudiannya memperlihatkan keunggulan tamadun Islam (seperti dalam peristiwa peperangan Monggol ke atas kota Baghdad). Oleh itu sebelum fenomena ini benar-benar berlaku, mereka perlu menyusun strategi untuk menyerang Islam dan menghancurkannya sehingga ke akar umbi, melalui fenomena yang dinamakan dengan globalisasi iaitu sebagai sebuah wasilah halus era-Kolonialisasi baru melalui kekacauan revolusi informasi atau ledakan maklumat (information technology)).

Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita sebenarnya telah lama dirancang oleh puak kuffar. Mereka merancang, merencana dengan berbagai cara untuk melakukan tipu daya terhadap agama Islam, dan tugas kita untuk mempertahankan akidah umat Islam ialah dengan sedaya upaya untuk menangkis serangan demi serangan kerana tidak dapat tidak kita telah pun menyertai peperangan ini.

Epilog
Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Fathi Yakan iaitu Konsep Penguasaan Dalam Kehidupam Dakwah dan Pendakwah dalam perkara yang berhubung dengan penguasaan haraki iaitu menguasai tabiat kawan dan lawan dengan sempurna di samping menguasai tuntutan-tuntutannya seperti berikut

‘Di antara kesalahan yang paling buruk dan merbahaya besar kepada dakwah dan pendakwah ialah kejahilan dan tidak mengetahui tabiat kawan dan lawan, tidak tahu membezakan yang mana musuh yang mana kawan, tidak tahu matlamat, wasilah, prinsip, peralatan, perencanaan, pergerakan, siasah, tokoh, pimpinan dan individu pihak musuh. Gerakan yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya, tidak bijak mengklasifikasikan orang-orang di sekelilingnya adalah gerakan yang gagal, pasti akan gugur, terdedah kepada penumpasan dan penghapusan oleh pihak musuhnya. Gerakan Islam kini hidup dalam satu zaman di mana musuhnya kian banyak, begitu juga cara tipu helah yang berbagai bentuk dan jenis. Sekiranya gerakan Islam tidak jelas manakah jalan yang akan dilaluinya, tidak menentu tempat-tempat ia akan berpijak, tidak berhati-hati dan berwaspada ditambah pula dengan semangat ingin ke depan dan berani (yang melulu), ia akan terdedah kepada kejatuhan di pertengahan jalan dengan tidak dapat memelihara kekuatannya atau tidak dapat mencapai sebarang sasaran”
(Fathi yakan)

Oleh itu tugas kita sebagai umat Islam ialah dengan mengenal pasti setiap sudut keperluan umat Islam dan merangka suatu kaedah alternatif bagi umat Islam agar tidak terus terbelenggu kepada tipu daya-tipu daya ideologi.

“Satu-satunya wasilah atau jalan untuk memantapkan kebenaran yang kita serukan ialah menampilkan pilihan Islam bagi segala yang telah dikemukakan oleh Barat. Mencuba merangka dan menjayakannya. Di dunia barat berkembang pemikiran politik, ekonomi, sosial, hukum, pendidikan, kemanusiaan, falsafah, metodologi, dan kebudayaan barat. Di atas semua dasar pemikiran tersebut, tamadun barat hari ini dengan seluruh bidangnya, ditegakkan. Kenyataannya beberapa bidang berjaya ditegakkan secara meyakinkan, tetapi bidang-bidang lainnya mengalami kemunduran bahkan kegagalan parah. Cabaran Islam tidak akan dijangka kecuali dengan memberikan berbagai pilihan cemerlang dan unggul dalam seluruh bidangnya: pemikiran, kebudayaan, pengetahuan, dan tamadun, selain harus mengukuhkan kejayaan dan keunggulan ini di dalam tamadun yang tegak di atas pemikiran, kebudayaan dan pengetahuan Islam. Dari celah-celah badan-badan, sistem, dan wasilah ini kemudian pemikiran Islam wujud secara nyata yang di atasnya tamadun Islam tertegak. Hanya dengan ini kita dapat berkata, “Inilah kami datang lagi.” Dengan demikian, kebangkitan kita menjadi kebangkitan yang sebenarnya, bukan sekadar impian.”
(Krisis Pemikiran Moden-Taha Jabir al-Alwani)

Sebagai kesimpulannya, tugas kita sebagai pendokong Islam bukan hanya tertumpu pada satu-satu aspek sahaja tanpa melihat kepada permasalahan dalam bidang-bidang lain yang penting dalam segenap kehidupan. Peranan bagi setiap umat Islam ialah menguasai dan melengkapkan diri dengan sebaik mungkin kefahaman terhadap konsep ad-din, ibadah, ilmu, syariah, akhlak, sirah, dakwah, pendidikan, siasah, ekonomi, kebudayaan dan kesenian Islam untuk memenuhi tuntutan Daulah Islamiyah demi mengelakkan kekeliruan yang cuba dipergunakan oleh musuh-musuh Islam. Kita perlu benar-benar mengenal pasti Turath (warisan) Islam dengan Turath yang batil yang ditawarkan oleh ideologi-ideologi sesat terhadap para pemuda dan pemudi Islam dengan menetapkan iman dan keyakinan mereka yang teguh serta optimis terhadap Islam. Kita amat memerlukan pengkaji-pengkaji sosial, agar segala tindakan kita terpandu dan tidak mudah terpedaya dengan slogan palsu dari falsafah dan ideologi barat.

____________________

Rujukan :
Islam dan Sekularisme & Islam:Faham Agama dan Asas Akhlak- Syed Muhammad Naquib al-attas
Kejatuhan Ideologi Materialisme dan Agenda Pengisian Islam-Anwar Al-Jundi
Krisis Pemikiran Moden-Taha Jabir al-‘alwani (IIIT)
Sistem-sistem Islam: Satu Analisa Perbandingan-Abu Urwah
Strategi Musuh Menentang Islam-Dr Sa’adduddin al-Sayyid Salih
Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya “Al-Hulul al-Mustawradah wa Kayfa Jaat “alaa Ummatina” (Bagaimana penyelesaian yang Diimport Menjejaskan Ummah Dengan Teruk)
Gerakan Keagamaan dan Pemikiran (Akar Ideologis dan Penyebarannya), WAMY
Dakwah Islam dan Ideologi Barat;Ancaman Postmodenism terhadap umat Islam-Ghazali Darusalam
Tamadun Islam Alternatif Masa Depan-Dr Yusuf al-Qardhawi
Orientalisme: Kesan Pemikirannya terhadap Tamadun Islam-Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq
Krisis Pemikiran Islam-Dr’Abdul Hamid Abu Sulayman (IIIT)
Penghayatan Sebuah Ideal; suatu tafsiran Tentang Islam Semasa Muhammad Abu Bakar
Tugas Cendiakawan Muslim-Dr Ali Shariati
Menjelajah Dunia Modern: Bimbingan untuk kaum Muda Muslim-Seyyed Hossein Nasr
Konsep Ilmu dalam Islam-Wan Mohd Nor wan Daud
Pemikiran Islam dan Dunia Hari Ini:Senario Dunia Islam dan Strategi Menghadapi cabaran Ummah-Mohd Nor Mamat
Ahzab Moden & masa Depan Islam-Mustafa Kamil Ayub, Riduan Mohd Nor
Penguasa:Surat Seorang Negarawan Kepada Pemimpin Republik-Niccolo machiavelli (Diterjemahkan oleh Muhammad Abu bakar)
Jurnal Iqtisaduna:Wacana Ekonomi Islam-Forum Liwa’ Ul-haq
Kepincangan Umat Kini: masalah dan Penyelesaian-Dr Yusuf Al-Qardhawi
Terorisme Global dan Pengganas Agama: Cabaran Hidup Beragama Pada Alaf Baru-Shahrom TM Sulaiman
Apa itu Islam dan Tanggungjawab Kita terhadapnya-Dr Yusuf Al-Qardhawi
Strategi Dunia Isloam Abad ke-21-Ziaudin Sardar
Perubahan paradigma Nilai:Ke Arah Tranformasi Sosial dan Pembentukan Malaysia Baru-Abd Rahim Abd Rashid
Konsep Penguasaan dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah-Fathi yakan
Penghayatan Sebuah Ideal:Suatu Tafsiran Tentang Islam Semasa-Muhammad Abu Bakar
Oksidentalisme VS Orientalisme: Mencari Alternatif wadah Sastera-Shaharom TM Sulaiman
Orientalisme-Edward Said
Skop Sejarah dan aliran Pemikiran Islam (Jurnal Usuluddin APIUM) -Mohd kamil Hj Ab Majid
Pemikiran Islam Tentang Konsep Perubahan sosial (Jurnal Usuluddin APIUM)-Mohd kamil Hj Ab Majid
Peranan Akidah dalam Perancangan Pembangunan Ummah:Satu Analisis dalam Konteks Masyarakat Kini (Jurnal Usuluddin APIUM)-Mohd Fauzi Hamat
Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: KeArah Pembinaan Sebuah Tamadun Alaf Ketiga-Dr Hashim Bin haji Musa
Protokol-protokol Mesyuarat Para Pemimpin Ilmuan Zionis Dengan Prakat dan Nota-nota Penjelasan- Diterjamah dari teks bahasa Rusia ke bhasa Inggeris oleh Victor E. Marsden
Wanita Menurut Syariat Islam Dan Peradaban Moden-Dr Mustasa Sibai
Ke Arah Antropologi Islam (Definisi, dogma dan Tujuan)-dr Akbar S. Ahmad
Islam Dalam Perhubungan Antarabangsa- Ali Ali Mansur-Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid
Pemikiran Islam Di Malaysia:Sejarah dan Aliran-Abdul Rahman Haji Abdullah
Ke Arah Revolusi Islam-Kalim Siddiqui