Pages

Sunday, July 29, 2012

Beginilah mereka menghancurkan kita, lalu bagaimana sikap kita ...?!


Ibu Guru bertudung rapi tampak bersemangat di depan kelas sedang mendidik murid-muridnya dalam pendidikan Syari'at Islam. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Ibu Guru berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", Jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Ibu Guru mengangkat silih berganti antara tangan kanan dan tangan kirinya, kian lama kian cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka katalah" Pemadam! ", Jika saya angkat pemadam, maka katakanlah" Kapur! ". Dan permainan diulang kembali.

Maka pada mulanya murid-murid itu keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah ummat Islam. Awalnya kalian jelas dapat membezakan yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Namun kemudian, musuh musuh ummat Islam berupaya melalui pelbagai cara, untuk menukarkan yang haq itu menjadi batil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kalian menerima hal tersebut, tetapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan kalian mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup, rasuah menjadi kebanggaan dan lain lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham? " tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu"

"Baik permainan kedua," Ibu Guru melanjutkan. "Bu Guru ada Qur'an, cikgu akan meletakkannya di tengah karpet. Quran itu" dijaga "sekelilingnya oleh ummat yang dimisalkan karpet. Sekarang anak-anak berdiri di luar karpet.

Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah dan ditukar dengan buku lain, tanpa memijak karpet? "Murid-muridnya berfikir. Ada yang cuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain, tetapi tak ada yang berjaya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an ditukarnya dengan buku falsafah materialisme. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tetapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar. Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina pundasi yang kuat. Begitulah ummat Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau asas-asasnya dahulu. Lebih mudah hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dahulu, kerusi dipindahkan dahulu, peti dikeluarkan dahulu satu persatu, baru rumah dihancurkan ... "

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kamu. Mereka tidak akan menghentam terang-terangan, tetapi ia akan perlahan-lahan meletihkan kalian. Mulai dari perangai, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda itu Muslim, tetapi kamu telah meninggalkan Syari 'at Islam sedikit demi sedikit. Dan itulah yang mereka inginkan. "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terangan menginjak-injak Bu Guru?" tanya mereka. Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tetapi sekarang tidak lagi. Begitulah ummat Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tetapi kalau diserang serentak terang-terangan, baru mereka akan sedar, lalu mereka bangkit serentak. Selesailah pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang ... "

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya.

***

Ini semua adalah fenomena ghazwu lFikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh Islam. Allah berfirman dalam surah At Taubah yang bermaksud:

"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tidak mahu selain menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir itu benci akan hal itu." (QS. At-Taubah: 32).

Musuh-musuh Islam berupaya dengan kata-kata yang membius umat Islam untuk merosakkan aqidah umat umumnya, khususnya generasi muda Muslim. Kata-kata membius itu disuntik sedikit demi sedikit melalui mas media, grafika dan elektronik, tulisan-tulisan dan talk show, hingga tak terasa.

Begitulah sikap musuh-musuh Islam. Lalu, bagaimana sikap kita ...?

-Note From Brother Asep Juju-
 

Bawa tembikar guna motosikal sejak 20 tahun

Hock Bee menghantar tembikar yang dipesan pelanggan.BANDAR BAHARU - Seorang pengusaha tembikar lebih senang memindah dan menghantar barangan yang ditempah pelanggannya hanya menggunakan motosikal sejak 20 tahun lalu.

Tan Hock Bee, 55, berkata, motosikal Modenas Kris miliknya yang diubah suai mampu membawa muatan empat tembikar setinggi dua meter.

Menurutnya, kebanyakan tembikar yang ditempah dari China dan Kemboja diperbuat daripada kaca, ia mudah pecah dan tidak sesuai dibawa menggunakan lori.

“Semasa proses pemindahan, tembikar ini harus diletakkan secara berdiri dan dilapik dengan bahan lain supaya mengurangkan hentakkan kerana hanya bahagian bawahnya sahaja yang keras, manakala bahagian lain mudah pecah dan retak.

“Untuk memastikan ia tidak rosak atau retak saya akan membawanya dengan motosikal. Tapak tembikar itu diletakkan di atas dawai.

“Dengan cara ini tembikar yang dibawa tidak mengalami hentakkan dan bergoyang kerana tembikar dibawa diletakkan di bahagian spring motosikal,” katanya.

Hock Bee berkata, cara itu berkesan kerana sehingga kini belum ada tembikar yang dibawanya pecah atau retak.

Menurutnya sekiranya berlaku kerosakan tembikar mereka akan mengalami kerugian kerana ia tidak boleh ditukar, malah kos membelinya juga mahal.

“Tembikar yang besar akan dijual dengan harga ribuan ringgit mengikut keunikan lukisan serta kisah yang dipaparkan pada tembikar itu.

“Bagaimanapun, seni tembikar ini selalunya diminati bangsa Cina yang berusia 40 tahun ke atas. Selain menjadi kemegahan dan perhiasan di dalam rumah, tembikar ini juga tanda kemewahan pemiliknya,” katanya.

Lelaki berkulit paling regang di dunia




28 Julai 2012
Lelaki berkulit paling regang di dunia
Di sebalik keunikan ini, Turnner sebenarnya penghidap EDS iaitu gangguan genetik yang lemahkan sel kulitnya.
LONDON - Kulitnya sangat longgar dan regang sehingga mampu menukar bahagian perutnya menjadi tempat takungan 1.4 liter air.

Gary Tunner, sebenarnya menghidapi sejenis Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) iaitu gangguan genetik luar biasa yang menyebabkan sel-sel pada kulitnya lemah dan dalam erti kata lain, kulitnya tidak menegang seperti manusia normal.

Namun, Tunner, 41, tidak melemahkan dirinya disebabkan sindrom itu sebaliknya dia mengubah penyakitnya menjadi kerjaya yang menarik perhatian orang ramai sekitar London, Britain.

Dalam kebanyakan kes, pesakit akan mengalami gangguan pada otot sendi dan saluran darah.

Sindrom ini hanya berlaku kepada satu dalam 10,000 individu seluruh dunia.

Tunner yang menyedari penyakitnya itu sejak berumur 10 tahun berkata, kulitnya begitu nipis dan dua kali ganda nipis berbanding ketebalan kulit manusia normal.

Lahar api dari 'pintu ke alam neraka'




28 Julai 2012
Lahar api dari 'pintu ke alam neraka'
Dari jauh kelihatan dua lelaki sedang berdiri berhampiran pintu ke alam neraka. Pakar geologi berharap api yang membakar gas berkenaan dapat dipadamkan tetapi gagal.
ASHGABAT - Pada pandangan pertama, ia mungkin salah satu dari babak dramatik filem fiksyen sains, tetapi lubang lahar berapi di tengah Gurun Karakum, Terkmenistan sebenarnya disebabkan kesilapan manusia lebih 40 tahun lalu.

Selamat datang ke Derweze atau lebih dikenali sebagai 'pintu ke alam neraka'.

Pada 1971 lalu, sekumpulan pakar geologi Kesatuan Soviet melakukan kerja menggerudi dan mengorek ke dalam sebuah gua besar yang penuh dengan sumber gas asli, tetapi terpaksa dihentikan kerana lantainya runtuh dan mewujudkan satu lubang besar bersaiz 70 meter.

Kumpulan itu kemudian membakar lubang berkenaan kerana bimbang ia akan mengeluarkan sejenis gas beracun.

Sebaliknya lubang berkenaan terbakar sehingga ke hari ini.

Kebakaran lubang gas itu boleh dilihat dari jarak satu kilometer sekitar Derweze .

Pada April 2010, Presiden Terkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedow mengarahkan pihak berkuasa menutup lubang tersebut.

Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b




28 Julai 2012
Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b
Mark Zuckerberg
NEW YORK - Nilai pegangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dalam syarikatnya merosot AS$7.2 bilion (RM22 bilion) sejak penyenaraian awam awal (IPO) dua bulan lalu, ekoran penurunan harga saham sejak kelmarin.

Usahawan muda itu dilaporkan bernilai AS$19.1 bilion (RM59.2 bilion) berdasarkan pada harga tawaran IPO AS$38 sesaham pada Mei lalu.

Beliau menjual 30 juta saham pada hari penyeneraian untuk menjana tunai dan membayar cukai.

Zuckerberg masih memegang 503 juta saham ketika IPO dirumuskan.

Laporan CNN menyebut bahawa setakat tengah hari semalam, pegangan pengasas Facebook itu bernilai AS$11.98 bilion (RM37.2 bilion).

Pun begitu, meskipun hanya memiliki pegangan bernilai RM37.2 bilion, Zuckerberg masih berada dalam kategori 72 orang paling kaya di dunia, demikian menurut pemantauan Forbes.

Sejak disenaraikan dua bulan lalu, Facebook mengalami kemerosotan nilai saham tetapi ia menjunam semenjak dua hari.

Syarikat itu mengeluarkan laporan pemerolehan pertama sejak IPO, kelmarin.

Bagaimanapun para pelabur dilaporkan kecewa dengan laporan itu, sekali gus harga sahamnya merosot ke paras paling rendah setakat ini.

Pada Mei lalu, sahamnya dipasarkan di paras AS$22.28 sesaham berbanding AS$38 sesaham dua bulan lalu - penurunan sebanyak 41 peratus.

Penyakit Yang Menimpa Perempuan Tidak Berjilbab


Rasulullah bersabda, "Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tiada mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda," Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

Penelitian ilmiah kontemporari telah mencari bahawasanya perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus maka ia akan mengalami berbagai penyakit kanser ganas di sekujur anggota tubuhnya yang terbuka, apa lagi gadis ataupun anak-anak yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Inggeris melansir hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawasanya kanser ganas milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan menyebar sampai di kaki. Dan sebab utama penyakit kanser ganas ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh anak-anak di terik matahari, dalam masa yang panjang setelah bertahun-tahun. Dan kaos kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser ganas. Dan sungguh Majalah perubatan Inggeris tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da'wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman: "Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur'an) adalah benar dari sisimu maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (QS Al-Anfaal: 32)

Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser ganas, di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Dan penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandung ultraviolet dalam waktu yang panjang disekujur pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. Dan penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang berbeza-beza. Yang muncul pertama kali adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Dan kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di daerah kaki atau betis, dan kadang-kadang di kawasan sekitar mata, kemudian menyebar ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di daerah-daerah yang biasa terlihat, pertautan limpa (daerah di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.

Kadang-kadang juga menetap di sekujur tubuh, antaranya: tulang, dan di bahagian dalam dada dan perut kerana adanya dua buah pinggang, sampai menyebabkan air kencing berwarna hitam kerana rosaknya ginjal akibat serangan penyakit kanser ganas ini. Dan kadang-kadang juga menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ganas ini tidak akan hidup lama, sebagaimana ubat luka sebagai kesempatan untuk sembuh untuk semua jenis kanser (selain kanser ganas ini), di mana ubat-ubatan ini belum boleh mengubati kanser ganas ini.

Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syari'at. iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan. Dan sungguh semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena "azab dunia" seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari'at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj???

(Sumber: Al-I'jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Oleh: Muhammad Kamil Abd Al-Shomad)
 —

VATIKAN, BUKAN SEKADAR KOTA SUCI


Oleh : Hj. Irena Handono
Pakar Kristologi, Pendiri Irena Center


Tak banyak yang tahu, terutama dari kalangan Muslim, sebenarnya Vatikan bukanlah sekadar "kota suci agama" seperti halnya kita memandang kota suci umat Islam, Makkah.

Vatikan adalah sebuah negara yang terletak di dalam kota Roma, Italia. Yang mungkin lebih tepat dikatakan sebuah negara dalam negara. Negara Vatikan adalah negara yang terkecil di dunia, dengan luas wilayah kurang dari 1 km, atau hanya 0,44 km2 . Negara yang independen dan berdaulat seperti layaknya negara-negara besar lainnya. Dan tergabung dalam negara-negara PBB. Vatikan dikepalai oleh pemegang kekuasaan negara tertinggi yang disebut paus.

Bukti bahwa Vatikan adalah sebuah negara berdaulat yang sejajar dengan negara-negara lain, di antaranya:

Pemerintahan Teokrasi

Vatikan sebagai negara tak pernah tersentuh pada tuntutan untuk menerapkan demokrasi, seperti halnya negara-negara lain yang 'dipaksa' untuk menerapkan demokrasi. Sistem pemerintahan Vatikan adalah teokrasi, yang kekuasaan tertingginya berada pada paus, bukan pada Kitab suci atau wahyu Tuhan. Paus sendiri merupakan representasi dari Tuhan (Yesus) di bumi yang mempunyai sebutan The Holy Father atau Bapa Suci dan mempunyai status infalibilitas paus yang berarti ia terjaga dari dosa, "Pope do not wrong".

Konklaf

Fungsi kepala negara Vatikan, yaitu sang paus tidak diwariskan tetapi dipilih untuk seumur hidup oleh dewan kardinal. Anggota dewan kardinal yang dapat memilih adalah mereka yang berumur di bawah 80 tahun. Pemilihan kepala negara/paus baru dilakukan jika paus sebelumnya telah meninggal. Sehingga saat itu juga dewan kardinal berkumpul dalam ritual pemilihan paus baru yang disebut konklaf. Sebuah ritual pemilihan paus dengan cara voting yang dilakukan dalam ruang tertutup di Kapel Sistina. Pintu ruang dikunci dari luar dan para kardinal di dalam terputus segala komunikasi dari luar bahkan tanpa listrik sedikitpun.
Gembok pintu akan dibuka setelah ada tanda berupa asap yang keluar jika sudah ada keputusan nama paus terpilih. Penggambaran pemilihan paus ini sangat jelas dalam film yang diangkat dari novel Dan Brown: "Angel and Demon".

Diplomat

Sebagai negara berdaulat, Vatikan juga mempunyai hak untuk mengirim dan menerima diplomat. Kantor kedutaan besar negara-negara untuk Vatikan, berkedudukan atau 'menumpang' di kota Roma Italia karena tidak ada tempat di Vatikan. Dengan demikian ada sebuah situasi paradoksal; Italia mempunyai perwakilan di wilayahnya sendiri. Indonesia juga memiliki perwakilan di Roma untuk Vatikan.

Militer dan Polisi

Untuk militerVatikan memiliki Garda Swiss yang pada 22 Januari 1506 diresmikan oleh Paus Julius 11 sebagai pengawal tetap kepausan. Mereka terdaftar di dalam daftar tahunan kepausan, Annuario Pontifico. Dahulu para paus sebelumnya selalu menyewa tentara bayaran dan yang paling sering disewa adalah tentara dari Swiss.

Pada akhir tahun 2005, Garda Swiss berkekuatan 134 anggota. Penerimaan anggota baru berdasarkan persetujuan khusus antara Vatikan dan Negara Swiss, dan terbatas hanya bagi warga negara Swiss laki-laki yang beragama Katolik. Garda Palatine dan Garda Kemuliaaan dibubarkan oleh Paus Paulus VI di tahun 1970. Garda Palatine didirikan pada mulanya sebagai kekuatan bersenjata untuk membela negara-negara yang tunduk pada paus. Vatikan juga memiliki Corpo delta Gendarmerie berperan sebagai kekuatan kepolisian. Gendarmeria bertanggung jawab atas ketertiban publik, penegakan hukum, pengendalian massa dan lalu-lintas, serta penyelidikan kriminal di Vatikan.

Kementerian, Gubernur

Kardinal diangkat secara langsung oleh paus sebagai pembantu dan sebagai dewan penasihat paus. Ada kardinal yang bertempat tinggal di Negara Vatikan, yang biasanya memimpin suatu konggregasi (kementerian) dan ada pula yang bertempat tinggal di luar Vatikan yang memimpin sebuah keuskupan agung atau setingkat gubernur yang memimpin provinsi dalam struktur pemerintahan. Keuskupan agung membawahi beberapa keuskupan di bawahnya.
Maka selain perangkat yang terdapat di dalam negeri, Vatikan juga mempunyai perangkat pemerintahan yang berada di luar Vatikan dan bahkan tersebar di seluruh dunia. Mereka ini disebut sebagai Uskup yakni pemimpin dari sebuah Gereja Katedral. Menurut data laporan tahunan Vatikan The 2011 Pontifical Yearbook, disebutkan ada 2.956 keuskupan di seluruh dunia.

Yang perlu dicermati, menurut aturan Gereja, kardinal itu bukan jabatan atau pangkat di atas uskup, maka boleh seorang pastor biasa diangkat menjadi kardinal, bahkan seorang awam (dalam arti tidak ditahbiskan sebagai imam atau biarawan) dapat saja diangkat menjadi kardinal, asal Katolik dan laki-laki.

Warga Negara

Seluruh penganut Katolik di dunia adalah warga negara Vatikan yang terikat hukum-hukum Vatikan melalui gereja-gereja Katolik. Bukti dari kewarganegaraan ini adalah Surat baptis yang dimiliki oleh setiap penganut Katolik. Maka sesungguhnya umat katolik memiliki kewarganegaraan ganda. Warga Negara Vatikan dan negara yang sedang didiaminya. Ini yang tidak disadari oleh umum.


NB: dahulu kita(umat islam) juga memiliki seorang KHALIFAH(pemimpin umat dan pemersatu umat) yg memimpin sebuah negara(KHILAFAH).tdk seperti PAUS,KHALIFAH tdk sekedar pemimpin dalam hal RITUAL.ketika itulah ISLAM sebenar2 RAHMATAN LIL ALAMIN tetapi juga PELAYAN UMMAT. tetapi tahun 1924 runtuh oleh pengkhianatan MUSTAFA KEMAL(turki)
maukah kalian memperjuangkan kembali sebagai ikatan ukhuwwah islamiyah utk mencapai izzul islam wal muslimin - RAHMATAN LIL ALAMIN. ^_^


baca juga:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=257257720967430&set=a.256854217674447.84658.134891366537400&type=1&theater


Silakan bagi ikhwah yg memakai PC/laptop langsung share/bagikan dan membantu men tag kan saudara/teman yang online memakai HP.
gabung juga di
www.facebook.com/Indonesia.Menuju.KHILAFAH ^_^
www.facebook.com/Muslim.Defence.League.Indonesian.Version
 

Kaabah

Masjid lama masih 'ummphh'



SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
29 Julai 2012
Masjid Panglima Kinta.
Masjid Panglima Kinta.
Tidak sampai 20 minit tiga kuali besar berisi bubur lambuk telah habis diagih-agihkan kepada orang r
Tidak sampai 20 minit tiga kuali besar berisi bubur lambuk telah habis diagih-agihkan kepada orang ramai.
Orang ramai telah mula beratur di dapur Masjid India Muslim Ipoh seawal 4.30 petang bagi mendapatkan
Orang ramai telah mula beratur di dapur Masjid India Muslim Ipoh seawal 4.30 petang bagi mendapatkan bubur lambuk di masjid berkenaan.
Masjid India Muslim Ipoh.
Masjid India Muslim Ipoh.
IPOH - Masjid serta surau sekitar bandar raya Ipoh pasti sesak dengan kehadiran umat Islam yang mahu mengimarah masjid dengan pelbagai aktiviti seperti solat tarawih, tadarus al-Quran, qiamulail dan sebagainya; tidak termasuk jamuan moreh dan berbuka puasa.

Kewujudan masjid baru di sekitar bandar raya ini turut menyediakan juada bersahur kepada jemaah, namun di sebalik kewujudan masjid baru, umat Islam di sini masih berpusu-pusu mengunjungi tiga masjid lama seperti Masjid Panglima Kinta, Masjid Kampung Paloh dan Masjid India Muslim.

Sungguhpun berusia lebih seratus tahun, masjid-masjid lama ini masih mampu menarik orang ramai untuk melaksana pelbagai aktiviti dan tidak keterlaluan jika dikatakan ketiga-tiga masjid lama ini memiliki kisah menarik serta keunikan tersendiri.


Masjid warisan, transit jemaah
 

MASJID Panglima Kinta yang berusia 114 tahun dan berada bawah kelolaan muzium serta dikategorikan sebagai masjid warisan di negeri ini menjadi contoh keunikan masjid-masjid lama.

Imam masjid berkenaan, Abdul Aziz Mat Ali berkata, masjid berkenaan masih lagi beroperasi seperti biasa seperti menganjurkan majlis-majlis ilmu selain solat lima waktu sebagaimana masjid-masjid lain.

Menurutnya, setiap kali Ramadan, masjid itu akan menganjurkan program berbuka puasa, solat sunat terawih, jamuan moreh, tadarus al-Quran, qiamullail serta majlis ilmu yang disampaikan penceramah undangan khas.

"Masjid ini lebih berfungsi sebagai 'masjid transit' keraja tiada kariah tetap. Kebanyakan pengunjung adalah mereka yang bekerja di kawasan berhampiran atau orang luar yang singgah untuk menunaikan solat," katanya.

Masjid Panglima Kinta merupakan masjid pertama dibina di Ipoh oleh Datuk Panglima Kinta Mohamed Yusof pada 1898 dan antara keunikan masjid ini adalah memiliki seni bina asli serta tanah perkuburan khusus untuk keluarga Datuk Panglima Kinta di bahagian belakang.

Di bahagian hadapan masjid pula dibina Madrasah Kamaliah, iaitu sekolah Arab pertama di Ipoh, dan seorang pengunjung tetap, Hamdan Ibrahim mengakui lebih selesa ke masjid ini biarpun tinggal berjauhan.

"Walaupun lama, ia tetap selesa kerana beberapa penambahbaikkan yang dibuat. Masjid ini turut mengambil giliran solat Jumaat kerana berdekatan sebuah lagi masjid lama, iaitu Masjid Kampung Paloh," katanya.


Tahlil setiap malam

Sinar Harian berkesempatan mengunjungi Masjid Kampung Paloh dan ternyata masjid yang genap usianya 100 tahun pada tahun ini masih diimarahkan jemaah dari kawasan sekitar seperti Kampung Paloh, Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Temiang.

Imam Masjid Kampung Paloh, Sain Abd Samod berkata, masjid berkenaan tidak pernah sunyi daripada kunjungan ramai, khususnya untuk solat lima waktu.

Malah katanya, masjid berkenaan turut menganjurkan majlis-majlis ilmu termasuk majlis-majlis sambutan sempena hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Awal Muhararam, Nisfu Syaaban dan sebagainya.

“Seperti masjid-masjid lain juga, kami juga menganjurkan aktiviti seperti solat tarawih, tadarus al-Quran dan sebagainya. Pada 10 malam terkahir Ramadan setiap tahun, kami akan menganjurkan qiamullail di masjid ini. Juadah sahur turut disediakan,” katanya.

Seorang lagi imam masjid berkenaan, Mustapha Ali, 50 berkata sempena Ramadan, setiap malam masjid berkenaan akan menganjurkan majlis tahlil yang ditaja oleh para waris-waris kepada pengasas masjid berkenaan.

Katanya, waris berkenaan turut menyalurkan sumbangan untuk pihak masjid menguruskan perbelanjaan masjid seperti air, elektrik dan lain-lain.

“Sejak dahulu lagi, waris-waris pengasas masjid akan berebut-rebut menganjurkan majlis tahlil di sini. Selain itu, ada juga pihak-pihak persendirian yang menyalurkan sumbangan bagi membiayai perbelanjaan kami,” katanya.

Seroang jemaah yang singgah untuk menunaikan solat di masjid berkenaan, Rosli Ahmad Tarmizi, 34, berkata, dia sering singgah untuk di masjid berkenaan selain Masjid Panglima Kinta untuk menunaikan solat berikutan tempat kerjanya berhampiran dengan kedua-dua masjid tersebut.

“Kedua-dua masjid ini berdekatan, jadi senanglah untuk saya singgah dan menunaikan solat apabila telah masuk waktu. Saya berpendapat kedua-dua masjid ini sememangnya boleh menjadi antara mercu tanda bandar raya Ipoh,” katanya.


Bubur lambuk 5 periuk licin

SETERUSNYA Sinar Harian sempat ke sebuah lagi masjid tertua di bandar raya Ipoh iaitu Masjid India Muslim yang dilaporkan telah berusia 108 tahun itu.

Apa yang menariknya, masjid ini setiap tahun menyediakan bubur lambuk dan diagih-agihkan secara percuma kepada orang ramai, khususnya umat Islam di sekitar bandar raya.

Setiausaha masjid berkenaan, Yusof Veera berkata, untuk memasak bubur lambuk ini, pihak masjid menggunakan 65 kilogram beras setiap hari dan bubur lambuk berkenaan akan dimasak menggunakan lima periuk besar di dapur masjid berkenaan.

Tambahnya, setiap periuk tersebut akan diisi dengan 13 kilogram beras yang akan dimasak mulai tengahari sebelum diagih-agihkan kepada orang ramai.

“Sejak dahulu lagi sememangnya kita ada sediakan bubur lambuk ini kepada orang ramai. Alhamdulillah, sambutan yang diterima memang menggalakkan.

“Seperti yang dilihat pada hari ini, tidak sampai sejam, kelima-lima periuk besar berisi bubur lambuk ini telah licin.

“Sebenarnya tiada apa-apa resipi istimewa pada bubur lambuk ini. Cuma kita tidak menggunakan daging atau ayam pada masakan ini, cuma sayur-sayuran dan rempah ratus. Mungkin itu agaknya yang memberi kelainan,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang jemaah di masjid berkenaan, Mohd Roslan Ibrahim, 41 berkata, biarpun masjid berkenaan boleh dikategorikan sebagai sebuah masjid lama, namun dirinya tetap kagum dengan kebersihan masjid berkenaan.
Katanya, biarpun pertama kali singgah untuk bersolat dan berehat sebentar di masjid berkenaan, dirinya dapat merasakan suasana ketenangan dan damai di situ.

“Terus terang saya katakana, masjid ini memang mendamaikan, saya kagum dengan kebersihannya,” katanya.

MASJID CORDOBA DI MASA KEJAYAAN DAN KEMUNDURUAN


Dalam sejarah Islam, masjid memegang peranan penting untuk kemajuan peradaban. Kita sering melihat di atas kubah masjid ada lambang bulan sabit dan bintang sebagai lambang kejayaan. Masjid yang pertama kali di bangun Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah Masjid Quba, kemudian masjid Nabawi. Masjid ini selain sebagai tempat ‘beribadah’ (dalam arti ibadah khas seperti shalat, dll), juga tempat menuntut ilmu, bermusyawarah dan mengatur strategi perang.

Seiring dengan berjalannya waktu, fungsi masjid semakin sangat sentral. Di dalam komplek masjid dibangun sekolah, perpustakaan, laboratorium, dan observatorium. Masjid menjadi tempat yang paling banyak dikunjungi orang daripada tempat lainnya. Orang pergi ke masjid tidak hanya berniat ‘beribadah’ (khas) di dalamnya, tetapi juga menuntut ilmu dan berdiskusi.

“Di era kejayaan Islam, masjid tak hanya berfungsi sebagai tempat ‘ibadah’ (khas, red) saja, namun juga sebagai pusat kegiatan intelektualitas,” ungkap J. Pedersen dalam bukunya berjudul Arabic Book.

Sejarawan asal Palestina, AL Tibawi, menyatakan bahwa sepanjang sejarahnya, masjid dan pendidikan Islam adalah dua hal yang tak dapat dipisahkan. Di dunia Islam, sekolah dan masjid menjadi satu kesatuan. “Sejak pertama kali berdiri, masjid telah menjadi pusat kegiatan keislaman, tempat menunaikan shalat, berdakwah, mendiskusikan politik, dan sekolah,” cetus Jacques Wardenburg.

Salah satu masjid yang paling terkenal dalam sejarah Islam adalah Masjid Cordoba di Spanyol. Masjid ini dibangun oleh Khalifah Bani Umayyah yang bernama Abdurrahman III. Masjid ini memiliki seni arsitektur yang tinggi dan indah. Tinggi menaranya 40 hasta di atas batang-batang kayu berukir dan ditopang oleh 1293 tiang yang terbuat dari bermacam marmer bermotif papan catur. Di sisi selatan tampak 19 pintu berlapiskan perunggu dengan kreasi yang sangat menakjubkan. Sementara pintu tengahnya berlapiskan lempeng-lempeng emas. Panjang Masjid Cordoba dari utara ke selatan mencapai 175 meter dan lebarnya dari timur ke barat 134 meter. Sedangkan tingginya mencapai 20 meter.

Setiap gerbang di masjid itu terdapat batu-bata merah dan batu putih. Gabungan unsur batu-batu tersebut mampu mewujudkan konsep jaluran yang menakjubkan. Konsep jaluran merah-putih itu banyak mempengaruhi seni arsitektur bangunan di Spanyol. Hiasan dindingnya disemarakkan unsur flora dan inskripsi dari Al-Qur’an dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozaik emas.

Bangunan masjid ini sangat kokoh dan tahan gempa, bahkan pada gempa keras yang pernah terjadi tahun 1793 (gempa bumi Lisabon) tidak ada sedikit pun keretakan yang terjadi. Sedangkan bangunan Kathedral dalam bagian masjid ini didirikan pada awal abad ke-13 masehi telah mengalami keretakan yang saat ini masih dapat terlihat.

Selain itu, kemegahan dekorasi pada ruang shalat juga sangat menonjolkan ruang mihrab. Lubang-lubang hiasan diletakkan pada ruangan kecil berbentuk segi delapan. Konfigurasi yang menakjubkan pada mihrab tersebut menjadi pusat perhatian. Kemegahan Masjid Cordoba yang bertahan hingga sekarang menjadi saksi masa keemasan Islam di benua Eropa..

Keagungan masjid ini mencerminkan kemakmuran dan kesejahteraan Negara tersebut. Cordoba pada saat itu menjadi pusat perdagangan, ilmu pengetahuan, dan ibu kota kekhalifahan Bani Umayyah. Saat itu, terdapat 170 wanita yang berprofesi sebagai penulis kitab suci Al-Qur’an dengan huruf Kufi yang indah. Anak-anak fakir miskin pun bisa belajar secara gratis di sekolah yang disediakan Khalifah. Aktivitas di masjid begitu semarak. Tak heran, jika pada malam hari, masjid itu diterangi 4.700 buah lampu yang menghabiskan 11 ton minyak pertahun

Setiap tahun perpustakaan Masjid Cordoba dikunjungi oleh lebih dari 400.000 orang. Jumlah ini sangat jauh berbeda dengan kunjungan orang-orang di perpustakaan-perpustakaan Eropa yang hanya mencapai 1000 orang pertahunnya. Perpustakaan Masjid Cordoba tidak hanya dikunjungi oleh Muslim, tetapi juga non-Muslim. Salah satu alumninya adalah pemimpin tertinggi agama Katolik, Paus Sylvester II. Selepas belajar matematika di Spanyol, dia kemudian mendirikan sekolah kathedral dan mengajarkan aritmatika dan geometri kepada para muridnya.

Masjid Cordoba telah menghasilkan ulama dan ilmuwan-ilmuwan besar yang dikenang sepanjang masa. Beberapa di antaranya:

Ibnu Rusyd: ahli fiqih, penulis kitab Bidayatul Mujtahid dan juga filosof dan dokter ternama.
Ibnu Hazm: ahli fiqih, penulis kitab al-Muhalla, sastrawan, dan juga pakar studi perbandingan agama.
Al-Qurthubi: ahli tafsir, penulis kitab Tafsir al-Qurthubi.
Ibnu Bajjah: ahli matematika ternama.
Al-Ghafiqi: ahli botani ternama.
Ibnu Thufayl: ahli kedokteran dan filosof ternama.
Al-Idrisi: seorang kartografer dan geographer ternama.
Ibnu Farnas: peletak dasar penciptaan pesawat terbang.
Al-Zahrawi: ahli bedah yang telah menciptakan alat-alat bedah.
Ibnu Zuhr: dokter ahli jantung ternama.

Namun sayang, sejak ditaklukkan oleh Raja Leon Alfonso VII yang Kristen, masjid ini diubah fungsinya menjadi sebuah gereja. Pada awal abad ke-13, kekhalifahan Bani Umayyah tidak dapat mengatasi serbuan bangsa Eropa yang datang dari Utara, maka Cordoba ditaklukkan, termasuk masjid ini ikut diduduki. Kemudian beberapa tiang dihancurkan dan di dalam bangunan masjid didirikan kathedral yang diberi nama Cathedral Mezquita (Kathedral Masjid). Pada beberapa dinding masjid saat ini terlihat lambang-lambang non-Muslim. Sampai saat ini masih berdentang lonceng gereja tiap beberapa menit sekali.

Mengabaikan janji mereka untuk toleran terhadap keyakinan kaum Muslim, bangsa Spanyol yang Kristen ikut serta dalam gelombang pemaksaan, pengusiran dan pembunuhan. Masjid-masjid dihancurkan, sebaliknya gereja-gereja dibangun.

Kenangan pada “masa berdarah” dan perang yang selama ratusan tahun melanda seluruh Spanyol masih hidup dalam ingatan kebanyakan orang-orang Kristen.

Bahkan hari ini di bukit-bukit sekitar Granada, mereka masih menggunakan doa pembaptisan lama, “Inilah anakmu: kau berikan seorang Moor (Muslim) padaku, Aku kembalikan dia menjadi seorang Kristen.”

Keruntuhan Cordoba itu tidak saja diratapi oleh Umat Islam, tetapi juga seorang penulis Kristen Stanley Lane Poole dalam bukunya “The Mohammadan Dynasties” yang mengakui betapa mundurnya peradaban Spanyol setelah runtuhnya kerajaan Islam Cordoba.
 —

Empat askar Thai kena serang


Doktor di Pattani  melakukan  pembedahan  ke atas  askar yang diserang oleh kumpulan pemisah di Pattani, semalam. - Foto AFPDoktor di Pattani melakukan pembedahan ke atas askar yang diserang oleh kumpulan pemisah di Pattani, semalam. - Foto AFP
Kumpulan ditembak ketika ronda di Patani 

Bangkok: Pemisah menembak mati empat anggota tentera dan mencederakan dua lagi awal semalam di selatan Thailand, kata jurucakap tentera, ketika keganasan yang bermula sejak awal Ramadan berterusan.
Kumpulan enam askar diserang ketika mereka meronda di jalan raya di daerah Mayo di wilayah Pattani. 

Pemisah lepas tembakan 

“Kira-kira 20 pemisah bersenjata dalam tiga trak pikap melepaskan tembakan ke arah sepasukan anggota tentera sebaik mendekati mereka,” kata jurucakap tentera di selatan, Kolonel Pramote Prom-in. 

Pramote berkata, empat anggota tentera maut dalam serangan dan dua lagi cedera ketika mereka berbalas tembakan. Kejadian berlaku selepas letupan bom tepi jalan yang membunuh lima anggota polis di Yala Rabu lalu. 

Gerakan pemisah, tanpa matlamat jelas, menggegarkan tiga wilayah paling selatan di Thailand iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala sejak 2004. 
Serangan bom dan tembakan berlaku setiap hari yang mensasarkan anggota tentera dan penduduk awam Buddha dan Islam, sudah meragut lebih 5,000 nyawa dalam masa lapan tahun. - AFP

Suu Kyi dikritik berdiam diri isu Rohingya

Yangon: Pemimpin pro demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dikritik kumpulan aktivis hak asasi dan penyokong kempen demokrasi selepas dikatakan enggan memberi ulasan mengenai tindakan kejam tentera negara itu ke atas etnik minoriti Rohingya.

Sikap beliau menimbulkan persoalan bahawa Suu Kyi juga mungkin mempunyai sikap prejudis ke atas etnik berkenaan yang berhijrah dari Bengal beberapa kurun lalu dan enggan memberi komitmen terhadap isu ini.
Mereka yang sebelum ini menyokong ikon hak asasi berkenaan, menuduh beliau sengaja mendiamkan diri dalam isu layanan buruk yang diberikan ke atas etnik tanpa negara yang dikenal pasti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai kumpulan minoriti paling tertindas di dunia. 

Suu Kyi berada dalam kedudukan sukar, tetapi masyarakat antarabangsa kecewa kerana beliau tidak bersedia bersikap lebih lantang”. - Anna Roberts, Pengarah Kempen Burma United Kingdom
Pengkritik berkata, Suu Kyi sengaja mengelak membincangkan perkara itu sepanjang tempoh lapan minggu kekacauan di negeri Rakhine di barat Burma, yang mengorbankan beratus-ratus penduduk manakala berpuluh ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Keengganan beliau untuk mengkritik Presiden Thein Sein kerana menguatkuasakan dasar yang seolah-olah menyokong pembersihan etnik, menimbulkan kekeliruan dikalangan penyokong Suu Kyi.

Thein Sein sebelum ini berkata kira-kira 800,000 etnik Rohingya perlu ditempatkan di kem pelarian dan dihantar ke sempadan Bangladesh.

“Beliau berada di dalam kedudukan sukar, tetapi masyarakat antarabangsa kecewa kerana beliau tidak bersedia bersikap lebih lantang,” kata pengarah Kempen Burma United Kingdom, Anna Roberts. 
“Beliau sengaja melepaskan peluang untuk memberi pendapat yang baik mengenai isu ini,” kata Pengarah kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Asia, Brad Adams. - Agensi

Taliban sasar kepentingan Myanmar

Foto
Penduduk memegang sepanduk tanda protes terhadap Myanmar. - Foto EPA

Foto
Gambar penduduk membakar replika bendera Myanmar di Islamabad, kelmarin. - Foto EPA
Tindakan balas kekejaman ke atas Rohingya

Islamabad: Pergerakan Taliban Pakistan mengancam untuk menyerang kepentingan Myanmar di mana-mana saja di negara Asia Tenggara bagi membalas dendam terhadap kekejaman kerajaan itu ke atas penduduk Islam Rohing


yaIa adalah kali pertama Taliban Pakistan mengancam melancarkan serangan di luar kawasan Pakistan-Afghanistan. 


Ia turut memberi amaran kepada Pakistan untuk menggantung semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaan negara itu di Islamabad.

Pelindung wanita dan lelaki Islam

Dalam kenyataan yang memberi perhatian kepada nasib Islam di luar negara, kumpulan induk Tehreek-e-Taliban (TTP) mahu menonjolkan diri sebagai pelindung kepada wanita dan lelaki Islam di Myanmar, berkata mereka akan membalas dendam.
Jurucakap pergerakan itu, Ehsanullah Ehsan, menuntut kerajaan menggantung semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaan negara itu.
“Jika tidak, kami bukan hanya menyerang kepentingan Myanmar di mana-sama saja sebalik juga di Pakistan satu persatu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kedutaan Myanmar bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan. - Agensi

Suu Kyi tidak sokong Rohingya


Seorang wanita Rohingya tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan nasibnya sambil mendukung anaknya. - Agensi
YANGON 27 Julai - Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi dikritik oleh penyokongnya sendiri ekoran keengganan ikon demokrasi itu membuat kenyataan berhubung penindasan yang dilakukan oleh tentera ke atas etnik Rohingya.

Kumpulan aktivis yang menyokong Suu Kyi menuduh ikon hak asasi manusia itu berdiam diri terhadap isu kemanusiaan dan layanan teruk oleh kerajaan kepada etnik Rohingya, yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai etnik paling teruk dianiaya di dunia.

Beliau juga dikritik sengaja mengelak mengulas isu yang telah berlarutan selama lapan minggu di negeri Rakhine, barat Myanmar, di mana beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh dan berpuluh-puluh ribu lagi penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.

Terdapat juga laporan menyatakan pihak tentera memukul, mengugut dan membunuh etnik Rohingya.

Suu Kyi juga enggan mengkritik Presiden Thein Sein, atas tindakan bekas jeneral tentera itu menyokong polisi yang dilihat menggalakkan berlakunya penghapusan etnik.

Thein Sein berkata, kira-kira 800,000 etnik Rohingya perlu ditempatkan di khemah-khemah pelarian dan dihantar ke sempadan Bangladesh.

Pengarah Eksekutif Kempen Myanmar-Britain, Anna Roberts berkata, Suu Kyi berada dalam situasi sukar, namun orang ramai kecewa kerana beliau tidak membuat sebarang pendirian berhubung isu Rohingya.

"Suu Kyi melepaskan peluang untuk membangkitkan isu berhubung hak asasi manusia," kata Brad Adams, Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia.

Apabila ditanya mengenai isu Rohingya, Suu Kyi dalam kenyataan kurang jelas menyatakan tentang keperluan 'menghormati kedaulatan undang-undang' atau keperluan undang-undang imigresen yang lebih jelas.

Pendirian kabur beliau itu, sekali gus menunjukkan Suu Kyi menganggap etnik Islam itu sebagai pendatang haram.

Pada ucapan pertamanya di Parlimen pada minggu ini, Suu Kyi menegaskan tentang kepentingan melindungi hak asasi kumpulan minoriti yang lebih merujuk kepada kumpulan penganut Buddha di Karen dan Shan. - AGENSI

Mufti gusar salah guna media sosial


Shaikh Abdullah pada   satu seminar  di Arab Saudi, baru-baru ini. - Foto AgensiShaikh Abdullah pada satu seminar di Arab Saudi, baru-baru ini. - Foto Agensi
Medium lebih banyak diguna untuk keburukan

Dubai: Mufti Besar Arab Saudi memberi amaran terhadap salah guna media sosial untuk menghasut kekacauan, bantahan dan mengingkari pemimpin.
Dalam kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Al Madina awal minggu ini, Shaikh Abdul Aziz Abdullah al-Sheikh menggambarkan peralatan teknologi terkini dan media sosial sebagai pedang bermata dua dan berkata ia sebenarnya lebih banyak digunakan untuk tujuan keburukan daripada kebaikan. 

Laman media sosial diguna untuk sebar rasuah, putar belit pemikiran, jatuhkan moral”. - Shaikh Abdul Aziz Abdullah al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi
“Laman media sosial digunakan untuk menyebarkan rasuah, memutarbelitkan pemikiran, menjatuhkan moral, mencetuskan kekeliruan, menyebarkan penipuan dan menggesa kekacau-an, bantahan dan mengingkari pemerintah,” katanya.

Shaikh Abdullah menasihatkan setiap umat Islam tidak mendapatkan maklumat daripada laman seperti itu.

Medium popular

Punca yang menyebabkan kenyataan mufti berkenaan dan masa ia dibuat tidak diketahui. 
Kenyataan dibuat selepas media sosial memainkan peranan penting dalam kebangkitan Arab yang melanda rantau itu termasuk di Mesir.

Sejak beberapa bulan lalu, ada lebih satu kempen di media sosial supaya melakukan tindakan tertentu, termasuk menggesa supaya wanita dibenarkan memandu pada tarikh tertentu. Wanita tidak dibenarkan memandu di Arab Saudi.

Penggunaan media sosial di Arab Saudi amat popular, menurut tinjauan dan perangkaan syarikat internet.

Dengan 38 peratus menggunakan perantaraan itu, rakyat negara itu menduduki tempat teratas dalam senarai penduduk menggunakan Twitter di negara Arab, menurut tinjauan yang dilakukan Pusat Penyelidikan Ekonomi Wamdah.

Penonton YouTube tertinggi

Rakyat Mesir berada di tempat kedua dengan 30 peratus diikuti di Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu dengan masing-masing 13 dan tujuh peratus. 

Majoriti pengguna adalah orang media dengan 62 peratus manakala ahli politik di tempat kedua iaitu 16 peratus dan tokoh agama 10 peratus. Arab Saudi juga mendahului senarai paling berpengaruh dalam Twitter. 

Menurut perangkaan yang disiarkan enjin pencarian Google, Arab Saudi mencatatkan bilangan penonton video YouTube tertinggi dengan hampir 90 juta setiap hari. Secara keseluruhan, ada hampir 167 juta penonton video di YouTube sehari di Asia Barat dan Afrika Utara. - Agensi

17 alasan ulama Islam mengkafirkan kaum Syi’ah


SEJUMLAH tujuh belas doktrin Syi'ah yang selalu mereka sembunyikan dari kaum muslimin sebagai sebahagian dari pengamalan doktrin taqiyah (menyembunyikan Syi'ahnya). Ketujuh belas doktrin ini terdapat dalam kitab suci Syiah:

1. Dunia dengan seluruh isi kandungannya adalah milik para imam Syiah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari sesiapa yang dikehendaki (Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).

Jelas Doktrin seperti ini bertentangan dengan firman Allah SWT Surah Al-A'raf 7: 128, "Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikurniakan kepada siapa yang Dia kehendaki". Kepercayaan Syi'ah di atas menunjukkan penyetaraan kuasa para imam Syi'ah dengan Allah dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.

2.Ali bin Abi Talib yang didakwa sebagai imam Syi'ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana termaktub dalam surah Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).

Doktrin seperti ini jelas merupakan kekafiran Syi'ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Talib. Dengan doktrin seperti ini Syi'ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syiah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.

3.Para imam Syi'ah merupakan wajah Allah, mata Allah dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah (Ushulul Kaafi, hal. 83).

4.Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib oleh Syi'ah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan syurga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperolehi oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara terperinci yang pernah terjadi dahulu mahupun yang ghaib (Ushulul kaafi, hal. 84).

5.Keinginan para imam Syiah adalah keinginan Allah juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).

6.Para imam Syi'ah mengetahui bila-bila datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya kerana bila imam tidak mengetahui hal-hal seperti itu maka ia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).

7.Para imam Syi'ah mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).

8.Allah itu bersifat bada 'iaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi'ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi (Ushulul Kaafi, hal. 40).

Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadith Syi'ah), Bahawa Allah tidak mengetahui bahawa Husein bin Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan keadaan yang ada. Akan tetapi imam Syi'ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syi'ah Allah bersifat bada '(Ushulul Kaafi, hal. 232).

9.Para imam Syi'ah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penterjemah ilmu Allah. Para imam Syiah bersifat Ma'sum (Bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat Dosa). Allah menyuruh manusia untuk mentaati imam Syi'ah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (Hujah Kebenaran) Allah atas langit dan bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).

10.Para imam Syi'ah sama dengan Rasulullah saw (Ibid).

11.Yang dimaksud para imam Syiah adalah Ali bin Abi Talib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)

12.Al-Qur'an yang ada sekarang telah berubah, dikurangkan dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur'an yang dikurangkan dari asalnya iaitu ayat Al-Qur'an An-Nisa ': 47, menurut versi Syi'ah berbunyi: "Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie' Aliyyin nuuran mubiinan". (Fashlul Khitab, hal. 180).

13.Menurut Syiah, Al-Qur'an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad ada 17 ribu ayat, namun yang tinggal sekarang hanya 6660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).

14.Menyatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafsah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelek di muka bumi, mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Siapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya dan imam-imam Syi'ah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).

15.Menghalalkan nikah Mut'ah, bahkan menurut doktrin Syi'ah orang yang melakukan kahwin mut'ah 4 kali darjatnya lebih tinggi dari Nabi Muhammad Saw. (Tafsir Minhajush Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).

16.Menghalalkan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja'far berkata kepada temannya: "Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku." (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja'far Muhammad Hasan At-Thusi).

17.Rasulullah dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada berhampiran kubur Rasulullah. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).

Ketujuhbelas doktrin Syi'ah di atas, apakah boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah saw. dan dipegang teguh oleh para Sahabat serta kaum Muslimin yang hidup sejak zaman Tabi'in hingga sekarang? Adakah orang masih percaya bahawa Syi'ah itu sebahagian dari umat Islam? Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, sesiapa yang tidak MENGKAFIRKAN aqidah Syi'ah ini, maka dia termasuk Kafir.

Semua kitab tersebut di atas adalah kitab-kitab induk atau rujukan pokok kaum Syi'ah yang kedudukannya seperti halnya kitab-kitab hadis Imam Bukhari, Muslim, Ahmad bin Hambal, Nasa'i, Tirmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah bagi kaum Muslimin. Oleh kerana itu, usaha-usaha Syi'ah untuk menanamkan kesan bahawa Syiah adalah sebahagian daripada kaum Muslimin, hanya berbeza dalam beberapa hal yang tidak prinsip, adalah dusta dan harus ditolak tegas!!!.

Sumber: Risalah Mujahidin, edisi 9, th 1 Jumadil Ula 1428 / Jun 2007
 —

EMPAT TANDA ORANG YANG TELAH MENCAPAI DERAJAT KHUSUS



(1) “Orang tersebut telah MAMPU untuk MENGGANTI WAKTU ISTIRAHATNYA dengan AMAL-AMAL SALEH;
(2) dia BERANI BERSEDEKAH meskipun dia MEMILIKI HARTA yang hanya SEDIKIT;
(3) dia merasa LAPANG tinggal di RUMAH yang SEMPIT; dan
(4) baginya PUJIAN dan CELAAN adalah SAMA saja.”

(Dzun Nun Al-Mishri)
 

Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung


Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung
Wodjan (kiri) diiringi bapanya tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 25 Julai lalu.
LONDON - Arab Saudi bertindak mengemukakan aduan kepada Jawatan Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berang dengan keputusan saat akhir penganjur yang melarang atlet judo heavyweight, Wodjan Shaherkani memakai tudung semasa bertanding.

Kelmarin, jurucakap IOC memaklumkan mereka kini sedang mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dan Jawatan Kuasa Olimpik Arab Saudi untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan atlet muda berumur 18 tahun itu menyertai acara tersebut.

"Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh IJF, Wodjan tidak boleh memakai tudung semasa bertanding untuk acara seni mempertahankan diri itu atas faktor keselamatan," kata Presiden IJF, Marius Vizer.

Difahamkan, IJF mengenakan peraturan keselamatan ketat termasuk melarang pemakaian tudung kerana ia didakwa akan memberi risiko terhadap kesihatan atlet.

Arab Saudi sebelum ini bersetuju membenarkan atlet wanita bersaing dalam temasya Sukan Olimpik London untuk pertama kali dengan syarat mereka mengenakan kod pakaian yang tidak melanggar hukum agama Islam.

Pembangkang Syria jalani latihan di Jerman

BERLIN - Kira-kira 40 ahli pembangkang berpangkat tinggi di Syria termasuk jeneral yang berpaling tadah daripada rejim Presiden Bashar al-Assad dilaporkan menjalani latihan di Berlin.

Sumber diplomatik di Jerman mengesahkan kumpulan yang mewakili pelbagai puak di negara itu dilatih untuk mewujudkan sistem demokrasi selepas kejatuhan pemerintahan rejim Assad.

Berlin turut menegaskan tidak terlibat secara langsung dengan latihan rahsia tersebut kerana mereka hanya memberi bantuan logistik.

Jurucakap Kementerian Luar Jerman memaklumkan, projek berjudul 'Hari Berikutnya: sokongan bagi peralihan demokratik di Syria' tidak bertujuan untuk mengubah kerajaan Damsyik sebaliknya ia adalah perancangan untuk menghadapi era selepas Assad