Pages

Friday, April 23, 2010

Komposer Rock Amerika Mendedahkan Pengaruh Yahudi di Hollywood




oleh Ibnuyaacob
Penre ketika menjadi komposer pada 1985
Kali ini penyampaian penulis agaknya akan tertumpu kepada bidang hiburan untuk seketika. Tiada tujuan lain hanyalah untuk menyedarkan artis-artis dan peminat fanatik dunia hiburan mahupun muda atau tua. Di sini penulis ingin menghuraikan berkenaan komposer terkenal iaitu Wes Penre dalam membongkar agenda gerakan sulit Yahudi iaitu ILLUMINATI dalam dunia hiburan di Amerika, Hollywood. Wes Penre pernah diberi liputan dalam beberapa akhbar utama tempatan dahulu kala tetapi tidak meluas, dan mungkin ada dikalangan anda yang sudah mengetahui hal ini.
Siapakah Wes Penre? Peminat-peminat muzik mungkin tidak mengenalinya tetapi dialah salah seorang individu penting dalam membangkitkan zaman Rock dan Heavy Metal tahun 1980-an dan 1990-an dahulu di Amerika Syarikat. Beliau adalah komposer terkenal, pengubah lagu, pencipta lagu bagi kumpulan-kumpulan rock zamannya sepertiRolling Stone, Led Zepallin, Black Sabbath, Metallica, Aerosmith, Slaughter, Megadeath, Dio, Sepultura dan lain-lain lagi.
Apakah yang Wes Penre ingin bongkarkan? Menurut Penre, semasa beliau menjadi komposer muzik dan pencipta lagu, dia amat hairan bagaimana lagu-lagu ciptaannya yang berunsur-unsurkan pemujian kepada tuhan, kedamaian, intergrasi antara kaum, cintakan keluarga dan kehidupan manusia tidak diterima oleh syarikat-syarikat rakaman gergasi seperti BMG dan Sony Music dan beberapa syarikat rakaman gergasi lain lagi.
Lagu-lagu ciptaannya yang bertemakan seks, pemujaan syaitan, penghinaan kepada semua agama, peperangan dan sewaktu dengannya pula diluluskan untuk diterbitkan dalam album-album kumpulan rock. Beliau kurang mengambil berat masalah ini ketika itu kerana masih banyak lagu-lagu ciptaannya diterbitkan. Lama-kelamaan sifat ingin tahu mula timbul dalam diri. Sifat ini berkobar-kobar sehingga mendesak dirinya untuk melakukan kajian dan siasatan sendiri.
Selepas berkahwin pada 1988, Wes Penre mula mendapatkan sebuah komputer dengan kelengkapan internet. Pada ketika itu, komputer agak mahal kemampuan pencapaian internet tidak sebaik zaman sekarang.
Hasil ketekunannya membuat kajian mendapati bahawa industri muzik di Amerika Syarikat di kawal sepenuhnya oleh suatu kelompok Yahudi ekstremis. Kelompok ini ialah gerakan sulit Illuminati yang sudah bertapak di bumi sejak 1770-an lagi. Kajiannya juga dibantu oleh beberapa artis-artis lain yang mengetahui rahsia disebalik industri hiburan Amerika, banyak maklumat yang diperolehinya. Pada awal tahun 2000, Penre tekad meninggalkan bidang hiburan dan sekarang ini beliau menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang penulisan dan kerja-kerja dakwah agama Kristian. Namun itu bukanlah bermakna dia tidak mengambil tahu langsung perkembangan muzik-muzik masa kini, katanya….
“I am one of those who at that time didn’t understand why my revealing lyrics and melodic songs were not appreciated by the big Record Companies. Now I know better. And no matter what some people might think, I am NOT a bitter, failed musician, who wants to “get even” with the Industry. I live a life I am very happy with, and even if I had the chance again, I would not sign up to be a professional musician. In a better world I would, but I will NOT sacrifice my body and soul to make big bucks for the Illuminati.”
Katanya lagi,
“……so when I write this, I am one of the few who exposes this without having a religious or personal agenda. Whatever you may think of the following, it will definitely open your eyes, and next time you see an interview with one of those artists, listen to a concert, or listen to a CD, you will recognize some of what is written here. Again, my intention is not to have you stop listening to music. I still find much of the rock music being great, and I listen to it daily - but with a new insight …”
Lihatlah, bekas komposer rock terkenal pun sudah insaf, tambahan Penre bukanlah beragama Islam. Jadi dimanakah hala tuju anak-anak muda Islam di Malaysia, mahupun yang belajar di universiti, adakah mereka sedar bahawa mereka cumalah hamba-hamba orang Yahudi sahaja sekarang ini.
Pembongkaran Gerakan Illuminati Dalam Bidang Muzik
Berikut adalah perkara-perkara yang Wes Penre ketahui selepas membuat kajian tentang industri muzik yang menjadi darah dagingnya itu;
  • Penre menyedari terdapat suatu gerakan sulit orang-orang Yahudi di peringkat antarabangsa di belakang syarikat-syarikat rakaman dan industri bisnes di Amerika Syarikat. Gerakan sulit ini dikuasai oleh golongan billionaire yang menggelarkan diri mereka Illuminati atau Moriah Conquering Wind, iaitu orang-orang yang bertanggungjawab menggunakan industri hiburan untuk memutar belit minda masyarakat untuk mencapai matlamat pergerakan sulit mereka iaitu One World Government.
  • Kesemua pengarah-pengarah eksekutif tertinggi Syarikat-syarikat rakaman terdiri dari individu yang sama, mereka adalah ahli pergerakan rahsia Yahudi iaitu Freemason dan Illuminati.
  • Untuk menjadi ahli-ahli muzik di bawah syarikat-syarikat rakaman gergasi, anda mesti bekerja sebagai pembawa agenda Illuminati, yang mana bermatlamat mengawal pemikiran seluruh populasi dunia, atau dalam erti kata lain, anda mesti bersedia untuk digunakan sebagai hamba mereka sebelum memulakan kerjaya. Namun demikian, ini tidak bermakna semua artis diserap masuk sebagai pembawa agenda mereka, tetapi mereka terikat dengan peraturan-peraturan dalaman industri tersebut. Dalam dunia sebenar, anda bebas melakukan apa saja sebagai seorang artis, sama ada untuk meluahkan perasaan anda melalui muzik anda. Tetapi jika anda mahu membuat perkara tersebut dalam industri muzik barat, anda mesti menyesuaikan diri dengan kehendak kelompok-kelompok Yahudi ini. Sehinggalah sekarang, industri hiburan dan Holywood adalh dua contoh industri yang dikawal sepenuhnya oleh Illuminati.
  • Artis-artis terkenal, yang mendapat publisiti meluas, mereka sendiri sebenarnya adalah mangsa aturan kelompok Yahudi (Illuminati) ini, artis-artis ini diberi personaliti yang berbeza-beza dan semuanya dikawal oleh seorang Programmer yang bertindak sebagai pengurus mereka. Semuanya ini dilakukan untuk memastikan artis-artis tersebut sentiasa berada di atas landasan matlamat Illuminati, oleh sebab itu artis-artis tersebut terpaksa mengikut sahaja apa yang direncanakan ke atas mereka. Jika mereka cuba lari dari landasan Illuminati atau tidak mengikut perancangan yang ditetapkan, mereka akan dibelot, dihalang dari membuat rakaman album, atau dibuang dari industri atau mungkin dibunuh. Sebab itulah artis-artis terkenal di Amerika mempunuyai statistik kes-kes bunuh diri yang tinggi, yang sebenarnya bukanlah bunuh diri tetapi dibunuh menggunakan helah tertentu. Contoh terdekat seperti yang berlaku kepada bekas gitaris kumpulan rock terkenal, Metallica tahun 1980-an dahulu yang dijumpai mati di sebuah bilik hotel.
  • Kebanyakan artis-artis Amerika terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia seperti Church of Satan. Artis-artis ini mengamalkan upacara-upacara penyembahan berhala dan ilmu hitam di Church of Satan sebagai syarat untuk kekal popular (seperti Marilyn Monroe, Ozzy Osborne, Led Zepellin, Michael Jackson, The Eagles dan banyak lagi). Wes Penre juga berjaya mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku disebalik sifat glamour yang dimiliki artis.

Gambar terkini Penre dengan mini studio di rumahnya
Kesimpulannya
Keadaan yang dinyatakan di atas bukanlah teori, ianya realiti yang berlaku sekarang ini. Apa yang penulis paparkan bukanlah pendedahan pertama tetapi ianya sudah pun dipaparkan oleh beberapa orang pensyarah-pensyarah Malaysia yang berkhidmat di Amerika Syarikat dan Britain. Pendedahan yang dilakukan adalah berdasarkan fakta-fakta sahih yang dikaji oleh orang-orang Amerika sendiri yang hairan dan gusar dengan keadaan sosial yang melanda masyarakat mereka.
Kita sebagai rakyat Malaysia nampaknya masih terhegeh-hegeh mendewakan selebriti-selebriti Hollywood melalui pelbagai rancangan-rancangan hiburan. Kebodohan artis-artis Malaysia lebih menonjol apabila pemenang-pemenang Anugerah Skrin dipilih untuk melawat dunia Hollywood tidak lama dulu pada 19-26 Mac 2007. Inilah bukti orang-orang Islam yang menghambakan diri mereka kepada nafsu hiburan semata-mata.
Mujurlah ketika itu wartawan bernama HARTATI HASSAN BASRI dari Harian Metro bersikap agak rasional dan tidak terikut-ikut dengan sanjungan ke atas Hollywood. Hartati mengambil jalan yang betul dalam artikelnya yang bertajuk “Pembohongan Hollywood” yang mana beliau menjelaskan pengambaran hanya di lakukan dalam Universal Studios, Fox, CBS Paramount dan Warner Bros Studio VIP Tour.
Cuma ada sedikit komen dari penulis…
Iyelah mereka mempunyai modal yang besar dan canggih. Maksud canggih bukannya cari kampung orang, pinjam rumah dan buka kamera. MAksud canggih di sini ialah semua kerja-kerja yang dilakukan adalah dalam suatu kawasan di mana selebriti-selebriti boleh dipantau kehadiran dan disiplinnya.
Hartati mungkin tidak sedar apatah lagi Raja Hiburan Malaysia Datuk Farid Ridzuan bahawa mereka sedang berurusan dengan kelompok-kelompok Yahudi yang terkenal. Ini tak termasuk lagi Brtiney Spears, Harrison Ford dan Richard Gere yang memang anti-Islam cuma orang Islam sahaja yang kurang mengetahui.

Cara Dajjal Menubuhkan Negara Yahudi Israel




oleh Ibnuyaacob
Menyedari bahawa suatu platform antarabangsa dan komuniti diperlukan untuk perlaksanaan matlamat One World Government. Dajjal telah melakukan suatu perancangan rapi untuk menubuhkan negara Yahudi Israel melalui kaedah-kaedah perundangan antarabangsa dan sekiranya tidak berjaya kaedah paksaan akan digunakan.
Melalui pergerakan Illuminati yang majoriti ahli-ahlinya berkelulusan Undang-Undang,Dajjal dari pejabatnya di Segitiga Bermuda(menurut Muhammad Isa Dawud) telah merancang bahawa negara Yahudi perlu ditubuhkan melalui suatu gerakan NGO yang kuat yang dapat mempengaruhi ahli-ahli politik dunia. Maka keputusan yang dibuat ialah menubuhkan pertubuhan Zionis. Pertubuhan ini akan berfungsi sebagai agen penggerak utama dalam menubuhkan negara Israel dan akhirnya bertindak sebagai pemerintah negara tersebut. Oleh itu seseorang perlu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja ini.
Sejarah Pertubuhan Zionist Antarabangsa
Pertubuhan Zionist diasaskan oleh seorang bekas peguam yang berbangsa Yahudi iaituTheodor Herzl (Gambar). Herzl dilahirkan di Budapest, Hungary. Dia menerima ijazah dalam perundangan tetapi memilih untuk menceburi bidang penulisan.
Bagaimana timbul idea menubuhkan Zionist ?
Menurut suatu sumber, pada 1891 semasa Herzl berumur 31 tahun, dia telah berhijrah ke Paris sebagai tetamu undangan bagi persidangan akhbar Vienna Neue Presse. Dia menganggap peningkatan sikap anti-sematik (anti yahudi) timbul kerana fahaman dan sikap orang yahudi sendiri yang tidak mahu berubah. (Sumber ini mungkin rekaan sahaja untuk menutup cerita bahawa Herzl sebenarnya sedang diarah “seseorang” bukannya suka-suka pergi Paris)
Semasa di Paris, dia menyaksikan sikap anti-sematik yang menebal di Francis semasa cuba membela Dreyfus yang cuba menyatakan kesaksian bagi kes penindasan Yahudi. Bila Herzl meninjau kelibat Alfred Dreyfus, dia terdengar suara sumbang dari para hadirin mengatakan “Death to the Jews!, death to the Jews!“. Dreyfus ialah seorang Yahudi sejati serta berpangkat besar dalam ketenteraan negara Perancis.
(Gambar) Alfred Dreyfus
Namun begitu, orang Perancis sangat maju, berbudaya di dunia. Sifat anti-sematik mereka susah untuk dihakis. Herzl berasa kurang senang dan menyimpulkan bahawa penyelesaian terhadap sifat anti-sematik ialah menempatkan semula mereka (minoriti Yahudi) di tanah bumi asal mereka iaitu Palestin.
Anti-Sematik akan pudar, dia percaya, hanya bila Yahudi mempunyai negara mereka sendiri. Daripada itu, Herzl menubuhkan gerakan politik Zionist.
Selepas berjumpa Dreyfus, Herzl telah menggunakan sepenuh masa hidupnya untuk mencapai matlamatnya iaitu membina sebuah Negara Yahudi merdeka. Dia mula membuat risalah (brochure) dan mengedarkan risalah-risalah berikut dikalangan Yahudi Eropah. Risalahnya itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Yahudi Eropah dari pelbagai negara.
Dalam tahun 1897, kongres pertama Dunia Zionist telah diadakan di Bassel, Switzerland. Ia merupakan kali pertama orang-orang Yahudi seluruh dunia berjumpa untuk membincangkan agenda politik. Bahasa perantaraan yang digunakan dalam kongress tersebut ialah bahasa Jerman. Mereka sedar bahawa organisasi politik perlu dibentuk untuk mencari negara baru. Kongress sebulat suara mengundi Herzl sebagai Presiden organisasi. Mereka mula menetapkan tarikh akhir, menetapkan corak bendera, dan bersetuju membuat perjumpaan setahun sekali. Pada pejumpaan pertama tersebut, Herzl telah berucap dengan mengatakan “Jika kamu semua berkendak, maka ia bukan lagi fantasi.”

(Gambar atas) Herzl berucap dalam Kongres ke-2 Zionis di Bassel.
Tidak dinafikan bahawa hasrat Herzl menubuhkan negara Yahudi iaitu Israel didorong oleh arahan dari pemimpinnya dalam pergerakan Illuminati. Cara Herzl bekerja adalah luar biasa. Dia tidak lagi menghiraukan akan kerjayanya dan keluarganya, malah yang lebih aneh ialah ia tidak perlu mencarisumber kewangan untuk bergerak ke serata dunia. Dari mana dia mendapatkan semua kos pengangkutannya ke sana ke mari itu?
Tidak lain adalah dari jutawan-jutawan yang juga ahli Illuminati. Jutawan-jutawan ini telah diarahkan untuk membantu Herzl dari sumber kewangan sebagai jalan memudahkan kerja-kerja Herzl. Jutawan-jutawan ini juga berbangsa Yahudi atau dikenali sebagaifinanciers.
Herzl Diherdik Khalifah
Persetujuan yang diperoleh tentang kawasan negara Israel ialah bumi Palestin. Pemilihan ini dibuat berasaskan disitulah tempat lahirnyaNabi Yaakub a.s. yang juga digelar bapa Bani Israel (Nama Israel adalah gelaran kepada Nabi Yaakub). Namun begitu, hasrat ini terhalang kerana ketika itu Palestin di bawah kekuasaan Kerajaan Islam Turki Uthmaniah. Khalifah Islam ketika itu ialah Sultan Abdul Hamed II (1876-1909) iaitu khalifah yang sangat tegas dan patuh kepada ajaran Islam.
(Kiri) Sultan Abdul Hamed ketika berumur 30-an. (Kiri) ketika lewat 60-an.
Herzl berangkat ke Turki pada Mei 1901 untuk berjumpa Khalifah. Misi Herzl ke sana ialah memujuk Khalifah menyerahkan bumi Palestin kepada orang-orang Yahudi. Malangnya, Khalifah enggan menyerahkannya kepada orang-orang Yahudi, malah permintaan Herzl itu dibalas dengan kata-kata berikut;
“Beta lebih rela ditikam dengan besi daripada melihat Palestin hilang.“
Herzl terkejut dengan pendirian Sultan Abdul Hamed, perasaan dendamnya pada khalifah tidak dapat dibendung lagi. Tetapi dendamnya perlu disimpan dahulu, jalan lain harus difikirkan sebagai menunaikan hasrat menubuhkan negara Israel.
Selepas itu, Herzl berhijrah ke seluruh dunia untuk mencari tempat yang sesuai bagi menubuhkan negara Israel. Herzl tahu itulah tugas yang diberi oleh pemimpinnya (Dajjal) sepanjang hidupnya, jika gagal mungkin ia akan ditimpa masalah.
Pada 1903 Joseph Chamberlain dari British Royal Commission telah menawarkan khidmat berunding dengan kerajaan Mesir bagi mendapatkan tempat di Selatan Palestin iaitu Semenanjung Sinai. Malangnya, rundingan gagal. Kerajaan British selepas itu menawarkan kawasan di Utara Afrika iaituUganda dan Cyprus. Herzl membawa cadangan ini kepada Kongres Zionis di Bussel.
Keputusan yang dibuat pada kongres ke-6 itu ialah persidangan sebulat suara tidak bersetuju dan bumi Palestin adalah kawasan terbaik untuk penempatan negara Israel memandangkan ia adalah bumi sejarah Yahudi dan makam Nabi Yaakub.
Herzl gagal dalam melaksanakan misi Illuminati, Zionis dan pemimpinnya Dajjal. Pada 1904, Herzl telah mati akibat serangan sakit jantung. Mayat beliau ditanam diEdlach, Selatan Austria. Herzl mati ketika berumur 44 tahun.
Taktik Akhir Dajjal Mendapatkan Palestin
Satu arahan diturunkan oleh Dajjal kepada pemimpin Zionis (pengganti Theodor Herzl) dalam melaksanakan misi mendapatkan Palestin. Arahan tersebut ialah “merencanakan revolusi menjatuhkan Kerajaan Khalifah Uthmaniah pimpinan Sultan Abdul Hamed IV. Tugasan ini diberikan kepada ahli freemason Yahudi Turki iaitu Mustapha Kamal Attartuk. Misi Mustafa Kamal mendapatkan Palestin berjaya apabila berjaya menggulingkan kerajaan Khalifah Islam terakhir itu dalam Revolusi Turki pada 27 April 1920
(Kiri) Semasa Revolusi 1919. (Kanan) Ketika menjadi kapten dalam Perang Gallipoli 1915.
Namun negara Yahudi tidak dapat ditubuhkan lagi atas sebab-sebab tertentu.

(Atas) Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed IV meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Attartuk pada 1922.

Jangan Berfikiran Kolot Tentang Dajjal !!




Oleh : ibnuyaacob
Pertama kali penulis memohon maaf kerana sudah lebih seminggu tidak post article. Bulan ini agak sibuk kerana terpaksa menghadiri beberapa mesyuarat anjuran Kementerian dan Jabatan Negeri yang masing-masing diadakan di berlainan negeri. Tambahan hotel tempat mesyuarat pula tidak mempunyai internet wireless walaupun 3 dan 4 bintang.
Pengenalan
Umumnya masyarakat Islam atau lebih tepat lagi 98 % berfikiran kolot tentang makhluk bernama DAJJAL serta saat-saat kemunculannya. Apakah yang dimaksudkan dengan KOLOT? Apakah kaitannya dengan masyarakat Islam?
KOLOT bermaksud ‘jumud‘ atauketinggalan zaman atau lebih tepat lagi ‘cara lama‘. Manakala ‘Berfikiran Kolot’ pula ialah memikirkan sesuatu perkara dengan‘cara lama’ (old style) dan langsung tidak memperbaharuinya. Sebagai contoh, sepasang suami isteri Muslim yang berpendidikan tinggi dan moden mendapati anak mereka sakit demam yang berpanjangan walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor. Tanpa berfikir panjang mereka mengesyaki anak mereka terkena sampuk syaitan atau perbuatan orang yang mana kebetulan juga mereka tidak berapa baik dengan jiran sebelah rumah.
Maka pasangan tersebut telah membawa anak mereka berjumpa bomoh. Memandangkan pasangan tersebut orang kaya, maka adalah sukar seorang bomoh untuk mengatakan ‘anak mereka sakit biasa saja’, peluang terbaik untuk mendapat income lebih ialah mengatakan ‘anak anda kena buatan orang’.
Itulah cara pemikiran kolot orang Islam, sudah belajar tinggi-tinggi masih mencari bomoh yang tiada sijil SIRIM itu. Begitulah juga tentang hal ehwal Dajjal. Umat Islam masih memikirkan Dajjal seperti berikut ;
A. Gambaran paling kolot !
  • Digambarkan bermata satu dan bertanduk serta berbadan besar.
  • Digambarkan sebagai raksasa yang ganas.
  • Digambarkan seperti raksasa yang berjalan di atas permukaan bumi dan memijak semua rumah-rumah.
B. Gambaran kolot !
  • Dajjal digambarkan orang bermata satuyang datang dengan tentera-tenteranya di atas satu kapal angkasa.
  • Dajjal digambarkan memaksa setiap orang yang dijumpainya supaya mengaku dirinya sebagai tuhan.
  • Dajjal digambarkan suatu manusia yang berperwatakan ganjil dan keadaan fizikalnya yang menakutkan serta suka membunuh semua orang yang dijumpainya.
Setelah berfikiran seperti A dan B, umat Islam secara sendirinya cuba membentuk pula jalan penyelesaian masing-masing terhadap persoalan, “apa aku nak buat jika Dajjal datang kepada ku?”
Berikut pemikiran kolot umat Islam tentang jalan penyelesaian menghadapi Dajjal;
A. Penyelesaian paling kolot !
  • “Apa aku nak takut! Jika dia paksa aku, aku tetap akan berlawan jika aku mati nanti, aku akan mati syahid macam sahabat nabi“
  • “Aku akan pastikan tempat persembunyian aku tidak diketahui Dajjal.”
  • “Aku akan pastikan tempat sembunyi aku di bawah tanah kerana rasaksa Dajjal itu tak boleh nampak dengan jelas”
B. Penyelesaian kolot !
  • “Kalau Dajjal suruh mengakui dia sebagai Tuhan, aku akan angguk saja supaya dia tak bunuh aku. Tetapi hati aku tetap akan berniat dia bukan Tuhan, kalau tidak murtadlah aku.”
  • “Kalau Dajjal paksa aku mengakui dia sebagai tuhan, baik aku ikut sahaja. Lepas tu kalau aku jadi orang dia, aku akan cari peluang bunuh dia.”
Itulah pemikiran-pemikiran kolot yang dapat penulis kumpulkan. Dan banyak lagi pemikiran kolot yang tak dapat penulis tuliskan kerana terlalu banyak yang merapu dan tidak masuk akal.
Gaya Berfikir Kolot Memudahkan Kerja Dajjal?
Jika umat Islam mempunyai fikiran seperti A dan B, manakala jalan penyelesaian juga seperti A dan B, seronoklah Si Laknat itu. Mungkin ada yang memikirkan bahawa Dajjal tidak tahu cara berfikiran kolot di atas. Mana mungkin tidak! Dajjal dimudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan kerja-kerja terkutuknya.
Dajjal ditakdirkan Allah untuk mendapat bantuan dari Iblis dan sekutu-sekutu syaitan. Di dalam diri manusia mempunyai nafsu yang sememangnya dikuasai oleh syaitan untuk menyesatkan iman kita. Memandangkan gerak kerja Dajjal dibantu syaitan dan Iblis adalah tidak mustahil apa yang difikirkan manusia dilaporkan oleh syaitan untuk tujuan kajian Dajjal.
Dajjal akan mengumpulkan semua pemikiran manusia untuk dibuat satu kesimpulan yang khusus. Jika sekiranya Dajjal mendapat maklumat bahawa 90 peratus golongan remaja meminati dunia hiburan atau lebih cenderung kepada muzik. Maka Dajjal akan melaksanakan suatu bentuk penyelidikan bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran remaja melalui muzik.
Dengan bantuan syaitan ini, Dajjal lebih mudah juga untuk memikirkan bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai kesyaitanan dan pemujaan terhadap dirinya melalui muzik dan hiburan. Untuk memaksa manusia menyembah Dajjal secara terang-terangan adalah sukar, kerana masing-masing mempunyai agama sama ada Islam, Kristian, Yahudi atau sebagainya.
Tetapi untuk membuat manusia mengakuinya sebagai tuhan tanpa manusia sendiri sedari adalah suatu perkara yang mudah. Jika aspek hiburan adalah senjata, maka hiburanlah yang perlu kita ambil peduli dan berhati-hati.
Ingatlah wahai saudara-saudara sekelian, raksasa atau makhluk aneh yang anda tunggu-tunggu tidak akan kelihatan sampai bila-bila. Apa yang pasti, yang akan muncul nanti ialah seorang manusia yang kelihatan normal, berpendidikan, prestij, berkaliber dengan gaya ahli politik yang luar biasa. Manusia itu bernama Dajjal. Kenyataan ini telah banyak dibahaskan oleh kebanyakan pemikir-pemikir Islam dan Barat.
Cara ia memunculkan diri dan hari kemunculannya tidak diketahui melainkan konco-konconya yang terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin beberapa negara Eropah, billionaire dan ketua agama Yahudi. Saat ia muncul, semua umat Islam tidak menyedari kerana umat Islam masih memperhatikan manusia yang bermata satu, berbadan besar dan tertulis KAFIR di dahinya. Semua itu tidak kelihatan. Walaupun hadis mengatakan Dajjal dengan ciri-ciri mata satu, berbadan besar tetapi semua itu boleh diubah Dajjal cuma hanya pada keadaan tertentu yang menampakkan ia begitu. Dan itulah tujuan hadis disabdakan, untuk dikaji dan diselidiki bukannya difahami secara luaran sahaja.
Hanya yang dapat mengenali Dajjal adalah konco-konconya dan ulama-ulama yang zuhud yang mana mereka dapat menghidu bau bencana akhir zaman ketika kemunculannya itu.
Adakah Hiburan Senjata Ampuh Dajjal ?
Ya, telah terbukti bahawa dunia berubah-berubah secara serentak dari segi fesyen dan alunan muzik melalui dunia hiburan. Bermula dengan agogo, twist, rock N roll, rock metal, hard rock, rap, reggae hinggalah sekarang ini semuanya berlaku secara serentak. Menghairankan ! Yakni apa yang berlaku di negara maju sama ada cara muzik dimainkan atau cara berapakaian semuanya diikuti oleh negara dunia kedua dan ketiga.
Dan sekarang ini, suatu era baru yang diketengahkan Dajjal melalui konco-konconya di Hollywood ialah ‘hiburan realiti’. Rancangan bercorak ‘realiti’ semakin menular malah lebih cepat dari virus H5N1 (Birdflu) ke dalam umat Islam. Tak perasankah anda? Anda tentu perasan…semua ini dilihat berlaku dengan cepat dan Akademi Fantasia yang penuh maksiat dan fantasi itu menjadi pelopor sebelum Malaysian Idol dibawa masuk. Seperti yang kita ketahui, konglomerat hiburan dalam Malaysia adalah dikuasai bangsa asing termasuklah semua stesen TV (kecuali RTM). Maka seharusya kita berwaspada dengan dakyah Dajjal semua ini.

Na’uzubillahiminza Cara Dajjal Menubuhkan Negara Yahudi Israel

Rahsia Hari dan Bulan Masyarakat Barat




oleh Ibnuyaacob
Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.
Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu “Penjajahan” dan “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.
Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D’ ini sebagai peringatan sekelian mukmin.
Pengertian Bulan-Bulan Masehi
  • 1. Januari - berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
  • 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
  • 3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
  • 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
  • 5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
  • 6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
  • 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
  • 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
  • 9. September - berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
  • 10. Oktober - berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
  • 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
  • 12. Disember - berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.
Nama Asal Hari-Hari Masehi
  • 1. Sunday - berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.
  • 2. Monday - berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
  • 3. Tuesday - berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.
  • 4. Wednesday - berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
  • 5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.
  • 6. Friday - berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.
  • 7. Saturday - berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.
Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.
Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.
Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.
Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.
Misalnya disiplin ilmu ‘Psikologi’ yang sekarang banyak diajar di universiti-universiti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.
Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk “Opinions of the Citizens of Uthopia“. Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :
  • - Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk “The Moods of Psyche” dan “Hints and Notices”.
  • - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu ‘Ihya Ulumuddin’. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.
Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama ‘Psikologi‘, yang berasal dari perkataan ‘Psychos‘ (Jiwa) dan ‘Logos‘ (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.
Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.
Wallahu’alam.

Kurt Cobain (Nirvana): Bunuh Diri atau Dibunuh?



Penguasaan Illuminati (melalui CIA) dalam dunia Hollywood
Mungkin anda mengetahui mengenai Kurt Cobain, bekas penyanyi kumpulan alternatif terkenal Nirvana. Berita gempar mengenai kematian Kurt Cobain pada 4 April 1994 mengejutkan semua pihak terutamanya peminat-peminat setianya. Kematiannya berlaku ketika beliau mencapai tahap populariti kemuncak dalam dunia muzik antarabangsa.
Punca kematian Kurt Cobain dilaporkan oleh media massa Amerika sebagai ‘bunuh diri’(suicide). Namun begitu, setahun selepas kematiannya itu timbul pelbagai khabar-khabar angin tentang kematian Kurt. Khabar-khabar angin itu kelihatan lebih jelas dengan beberapa bukti diketemukan oleh beberapa orang penyiasat persendirian.
Salah seorang penyelidik sosial Stewart juga seorang ahli muzik, percaya bahawa Kurt Cobain tidak membunuh diri tetapi dibunuh. Berita media mengenai punca kematian Kurt sebagai bunuh diri adalah PALSU. Stewart juga mendakwa bahawa Kurt dibunuh oleh seseorang, berkemungkinan seorang anggota Mafia yang juga pernah mengugut aggota-anggota Nirvana kerana enggan membayar wang perlindungan.
Khabar angin lain pula mengatakan cerita bunuh diri Kurt hanya direka-reka. Kurt dikatakan masih hidup dan menikmati kehidupan yang selesa di luar Amerika. Khabar angin itu juga menyebut, penyanyi tersebut pernah dilihat berjalan-jalan di bandar Rio De Jenario dan Paris. Selain itu, Kurt juga didakwa pernah dilihat di Disobey Club, di bandar London, dipanggung-panggung wayang serta di Festival Hackney Homeless. Selain itu, salah seorang peminat mendakwa pernah menjumpainya membeli-belah di supermarket Kwik Save, bandar Canning.
Cerita yang paling boleh dipercayai ialah berkenaan Kurt Cobain mati kerana ia menjadi eksperimen CIA. Salah seorang yang terlibat dengan eksperimen CIA ini cuba menghubungi Stewart bagi mendedahkan perkara-perkara yang sebenar. Stewart bersetuju berjumpa dengan individu tersebut di Gereja Temple, Fleet Street. Stewart memberitahu lelaki yang berjumpa dengannya itu sangat muda tetapi kelihatan seperti ketakutan semasa duduk di sebelahnya. Menurut lelaki muda itu, CIA terlibat secara langsung dan mengambil berat tentang pengaruh-pengaruh muzik popular ke atas golongan muda. Hal itulah yang menjadi punca kepada pembunuhan penyanyi-penyanyi terkenal sebelum ini seperti Brian Jones, John Lennon dan Jim Morrison.
Menurut lelaki muda itu lagi, pihak CIA sentiasa memastikan bahawa corak muzik dan lirik yang dibawa penyanyi atau kumpulan mestilah mengekalkan nilai-nilai sentimen perkauman, sifat benci terhadap warna kulit yang berbeza dan pengekalan jurang hubungan sesama kaum. Dalam kes Nirvana ini, khususnya Kurt Cobain, beliau mungkin disyaki tidak mengikut landasan yang dikehendaki oleh CIA sebagai mana yang dipersetujui bersama.
Informer itu juga memberitahu Stewart bahawa penyanyi-penyanyi telah diracuni pemikiran mereka untuk melakukan ‘tindakan bunuh diri’ ketika di saat kemuncak populariti. Semua ini kerana CIA mahu memastikan para peminat bersimpati kepada penyanyi tersebut dan terus menerus mendengar muzik-muzik yang dinyanyikan penyanyi tersebut walaupun penyanyi atau band itu telag berkubur.
Kebenaran ini dapat dilihat kepada beberapa kumpulan rock zaman dahulu dan sekarang yang masih digemari ramai dan album-album mereka masih dibeli oleh kebanyakan peminat misalnya Elvis Presly dan The Beatles.
Persoalan yang boleh ditimbul sekarang, adakah tembakan itu datang dari tangannya sendiri? Laporan paling lengkap mengenai tragedi sebenar ini hanya diketahui 9 tahun selepas kejadian itu. Bekas penulis lagu-lagu rock dan penyanyi sebuah kumpulan rock iaitu Max Wallace dan Ian Halperin mendedahkannya dalam buku mereka yang bertajuk In Love and Death : The Murder of Kurt Cobain, diterbitkan pada 3 April 2004. Buku mereka ini berjaya mendedahkan teori bahawa Kurt Cobain telah dibunuh (murdered) bukannya bunuh diri (suicide). Teori mereka disokong oleh bukti-bukti siasatan forensik pihak polis daerah Seattle.
Siasatan Wallace dan Halperin mendapati pada masa kematiannya tahun 1994, Kurt Cobain telah meninggalkan isterinya Courtney Love dan menempah dua tiket penerbangan ke Seattle untuk dirinya dan seorang perempuan yang tidak dikenali. Courtney percaya perempuan tersebut adalah teman wanita Kurt.
Hal ini dibuktikan melalui laporan mereka yang mengatakan sejam sebelum kematiannya, Kurt telah hilang dari pusat pemulihan dadahnya di Los Angelas, dia didapati telah menghubungi United Airlines untuk menempah tiket penerbangan yang masih belum digunakan sehingga sekarang.
Wallace dan Halperin dalam awal siasatan mereka mendedahkan laporan bedah siasat ke atas mayat Kurt yang dikeluar Jabatan Polis Seattle. Rekod bedah siasat untuk melaporkan Cobain telah mengambil dos heroin yang berlebihan sebelum membunuh diri dengan pistol. Hasil temuramah dengan doktor-doktor bedah siasat itu, mereka percaya seseorang telah memberikan sejenis dadah kepada Kurt, kemudian menunggu Kurt menghisap dadah tersebut hingga khayal dan akhirnya melepaskan tembakan ke arah Kurt. Tiada tanda atau cap-cap jari dikesan pada pistol Kurt Cobain. Namun siasatan rambang mendapati kemungkinan sekurang-kurangnya 3 orang berada bersamanya di bilik itu sebelum ia mati.
Kurt Cobain bukanlah orang pertama yang dibunuh, terdapat berpuluh-puluh lagi artis terkenal yang dibunuh oleh agen-agen Illuminati kerana tidak mengikut arahan pihak mereka. Terdapat banyak pendedahan-pendedahan yang diterbitkan tetapi memandangkan media massa Amerika milik sepenuhnya bangsa Yahudi, maka hal-hal demikian ditutup rapat tanpa diberi sebarang ruang untuk didedahkan kepada masyarakat.

Nota bunuh diri Kurt Cobain

Rahsia Simbol PEACE




Logo PEACE
Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).
Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)
Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi. Penulis akan menghuraikan berkenaan logo dan gerakan NAZI di lain waktu.

Teori Penguasaan Hujan oleh Dajjal



Hadith Berkaitan….Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakanmereka tidak menjadi. “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi…”
Keupayaan Dajjal
Keupayaan Dajjal dapat diringkaskan seperti berikut:
  • Dapat mengarah langit menurunkan hujan secara spontan
  • Dapat mengarahkan bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan
  • Dapat menyebabkan tanam-tanaman danbinatang ternakan tidak menjadi.
Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan keupayaan Dajjal yang amat dasyat ini adalah tergolong dalam bentuk “fitnah” paling besar di akhir zaman kelak. Keupayaan Dajjal mengalihkan perjalanan hukum bumi dari Barat ke Timur diakui oleh Nabi dalam banyak hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh banyak imam-imam yang muktabar.
Sebagai umat Islam adalah wajib kita mengimani apa yang dinyatakan Rasulullah SAW, disamping itu wajarlah kita meluaskan ruang pemikiran kita tentang keupayaan Dajjal yang paling hebat ini.
“Menerbitkan Matahari Dari Barat”
Teori 1 : Pembinaan Mega Studio Tanpa Dinding dan Wayar
Pelan kasar penyelidikan untuk mengalihkan peredaran bumi sudah dilakar sejak beratus tahun. Cuma hasil dan kemajuannya baru nampak kini. Konsep utama teknologi gelombang satelait enam penjuru dapat dilihat pada logo fahaman Cabbala atau ritual ibadat gerakan Illuminati.
Pengalihan Hukum Peredaran Bumi
Bumi berputar setempat dengan kelajuan 1000 km/j dari arah Timur (terbit matahari) ke arah Barat (terbenam matahari) dan melakukan pusingan mengelilingi matahari dengan kelajuan 65,000 km/j. Dengan kelajuan yang luar biasa itu amat menakjubkan objek-objek dibumi tidak pula terpelanting keluar. Objek di bumi pula ditarik rapat ke bumi dengan bola graviti yang berada di tengah-tengah perut bumi.
Untuk membuatkan bumi berputar ke arah berlawanan maka 3 perkara perlu dilaksanakan iaitu Menghentikan Putaran, Memutarkannya Semula dan Mengekalkan Putaran.
Penulis percaya bahawa hukum ini tidak boleh dipecahkan kerana ia sudah masuk peringkat kiamat akhir. Dajjal menyedari hal ini (Dajjal juga mengkaji “al-Quran” untuk tujuan memesongkan umat Islam), dan si laknat itu masih mahu meneruskan hawa nafsunya yang sering mendesaknya menandingi kuasa tuhan. Dia mahukan kuasa seperti tuhan, dia mahu kuasa menurunkan hujan, kemarau, ribut, banjir, gempa bumi berada di tangannya.
Jalan yang paling mudah ialah membina studio besar tanpa dinding yang boleh menggerakkan sesuatu unit sebagai agen tiruan. Unit-unit tiruan itu ialah awan tiruan, langit tiruan, matahari tiruan, kilat tiruan, puring beliung tiruan dan bermacam-macam lagi lagi perkara tiruan. Ingatkah kita kepada pesan Rasulullah SAW dan nabi-nabi sebelumnya iaitu “berwaspadalah dengan fitnah-fitnah yang dibawa oleh Dajjal”. Pernahkah kita mengkaji perkataan fitnah itu. Apakah takrifan bagi fitnah? Kenapa nabi tidak mengguna perkataan menyerang atau memaksa ataumembunuh?
Kita tinggalkan dahulu perkataan FITNAHitu (akan dibincangkan di bab yang lain).
Semua unit-unit tiruan ini perlu disediakan di seluruh bumi (mustahil juga, mampukah Dajal berbuat demikian?). Selepas disediakan, unit-unit ini mestilah telah siap dipasang di sesuatu tempat agar mudah Dajjal mengarahkan cuaca berubah melalui arahan suara. (rujuk artikelrumah pintar, arahan melalui suara).
Dengan tersedianya semua unit tiruan ini, maka Dajjal akan mudah ke mana-mana tempat untuk dia berdakwah, yakni dalam erti kata lain, dimana-mana sahaja dia berada maka Si Laknat itu mampu memberikan arahan kepada “medium elektronik yang siap dipasang”, dan berlakulah keadaan cuaca seperti yang dikehendaki. (Rujuk artikel berkenaan “Rumah Salji” di Malaysia)
Pelan Persediaan Unit-Unit Tiruan oleh Dajjal
Pelan tindakan menyediakan semua perkakasan-perkakasan amat kompleks dan memerlukan suatu perancangan yang rapi. Ini termasuklah memastikan setiap penjuru bumi dilengkapi kelengkapan yang canggih, yang mana kelengkapan itu berupa suatu bentuk yang tidak disedari manusia bahawa ia adalah kelengkapan pembinaan studio gergasi.
Pembinaan studio gergasi ini harus dilakukan tanpa disedari manusia akan cara ia berfungsi agar Dajjal dapat menipu (memfitnah) semua manusia bila ia keluar nanti. Sebelum melaksanakan tugas besar ini, yang obejktifnya adalah “Dajjal mampu mewujudkan cuaca, mengalihkan matahari, kesuburan tanah dan ternakan“, suatu bentuk eksperimen perlu dijalankan secara kecil-kecilan (pilot project).
Lokasi terbaik melakukan eksperimen ini ialah studio Hollywood yang serba canggih itu yang menjadi syurga semua manusia tanpa iman dalam dunia. Kita sudah sedia maklum akan siapa Lembaga Pengarah Hollywood iaitu seorang Yahudi yang ekstremis.
Hollywood amat sesuai untuk suatu projek percubaan sebelum suatu projek sebenar berjalan. Menyelami projek percubaan (trial project) amat penting bagi kita kerana kunci projek mega Dajjal untuk menjadi tuhan akan terbongkar sedikit demi sedikit.
Ya! Benar ada yang mengatakan “Buat apa susah-susah nak fikir, biarlah semua tu terjadi, Dajjal memang akan muncul, Allah dah tetapkan, kita tak boleh buat apa. Kalau kita tahu rahsia Dajjal sekali pun Dajjal tetap akan menjadi orang jahat dan menentang Nabi Isa dan Imam Mahdi.” Ya benar, ianya semua takdir Allah. Jika itulah hujah yang kita guna untuk tidak mahu berfikir dalam hal ehwal Dajjal maka hujah di bawah ini adalah lawannya.
Menaiki motosikal dalam keadaan tidak bertopi keledar adalah amat bahaya dan semua orang mengetahuinya. Jika jadikan ‘takdir’ sebagai alasan untuk tidak mahu berfikir mengapa kita memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, polis bukannya ada selalu di jalanraya, bukankah jika Allah berkehendak untuk ia mati, di mana pun ia boleh mati. Oleh sebab itu, jika orang bertanya kepada kita “Ali mengapa tidak memakai topi keledar, bahaya nanti boleh mati? Kita sepatutnya menjawab “Takpelah Mat, mati adalah takdir tuhan”. Tetapi realitinya kita tidak menjawab begitu malah kita sendiri memakai topi kerana takut mati atau cedera. Tindakan memakai topi adalah tindakan berjaga-jaga agar kita “tidak ditakdirkan dalam golongan yang tercedera”.
Samalah juga dalam hal ehwal Dajjal, berfikirlah untuk tidak tergolong dalam kelompok yang termakan fitnah Dajjal.
Berbalik hal studio mega tadi, kita perlu melihat statistik studio Yahudi ini dalam menghasilkan filem-filem berkaitan keadaan cuaca, perubahan alam, gempa bumi, ledakan nuklear, banjir dan sebagainya. Perkara yang perlu dikaji ialah;
  • bilangan filem yang dihasilkan.
  • Siapakah pengarah dan penulis skrip (adakah mereka anggota illuminati atau freemason atau kelompok rahsia lain atau sekurang-kurangnya mereka berbangsa Yahudi seperti Steven Spielberg)
  • Melihat plot atau kronologi cerita tersebut.
  • Konsep yang digunakan dalam mencetuskan bencana alam tiruan.