Pages

Monday, February 8, 2016

Rancang pasang payung keliling Kaabah

Makkah: Jemaah yang melakukan tawaf di Masjidilharam atau yang menunaikan solat di sekeliling Kaabah boleh melakukan ibadah itu dengan lebih selesa apabila cadangan memasang payung gergasi di sekitar kawasan tawaf menjadi kenyataan.
Cadangan untuk memasang payung berkenaan seperti yang terdapat di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah dilapor masih dalam peringkat kajian.
Menurut laporan media tempatan, perkara itu dibincangkan selepas Ketua Majlis Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais berbincang dengan wakil Kementerian Kewangan dengan dihadiri jawatankuasa projek Masjidilharam di pejabatnya beberapa hari lalu.
Payung berbentuk bunga di Masjid Nabawi bukan sahaja amat berguna untuk melindungi jemaah daripada sinaran terik matahari, khususnya pada musim panas, malah ia juga menjadi tarikan.
Projek yang dibincangkan pada mesyuarat itu, termasuk membina perpustakaan di Masjidilharam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 5:47 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113344#sthash.Jo6By4HF.dpuf

No comments: