Pages

Sunday, September 25, 2016

‘Bapa’ lahirkan bayi perempuan


AGENSI - IMEJ menunjukkan Machado (tengah) dan Rodriguez ketika menyambut kelahiran bayi sulung mereka.


QUITO, Ecuador – Seorang bayi perempuan di sini mungkin berhadapan dengan krisis identiti suatu hari kelak apabila dilahirkan oleh seorang ‘lelaki’ yang sebelum ini merupakan wanita yang telah menukar jantina.
‘Bapanya’, Fernando Machado mengandung selepas menjalin hubungan dengan pasangannya, Diane Rodriguez yang dahulunya seorang lelaki tetapi kini me­nukar jantina kepada wanita.
Machado melahirkan bayi sulungnya itu pada Jun lalu dan merancang untuk me­ngandung lagi pada masa akan datang.
Meskipun belum me­ngumumkan nama bayi yang telah berusia 16 ming­gu itu, namun pasangan itu menggelarkannya sebagai Caraote atau bermaksud ‘siput’.
Machado turut berkongsi gambar kesan parut pembedahan selepas bersalin bagi mengelakkan prajudis atau salah faham. Mereka sebelum ini turut mengumumkan beri­ta kehamilan itu di internet.
“Kami hidup sebagai pasa­ngan lelaki dan wanita. Saya wanita ‘transfeminin’ dan Fernando merupakan lelaki ‘transmaskulin’. Proses pertukaran jantina adalah kompleks untuk kami berdua,” kata Machado. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0925&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4LEsQaqIM 
Hakcipta terpelihara 

No comments: