7 MEI 2016
Masjid yang dibina antara kawasan tumpuan pelancong dan lokasi yang pernah menjadi kubu kuat ekstremisme itu dijangka siap pada tahun hadapan.
ALGIERS - ALGERIA. Algeria sedang membina sebuah masjid yang bakal menjadi salah sebuah masjid terbesar di dunia.
Masjid yang dinamakan Djamaa El Djazair itu dibina menghadap Teluk Algiers dengan tujuan untuk memerangi ancaman puak pelampau Islam selain simbol legasi Presiden Abdelaziz Bouteflika.
Struktur itu turut dilengkapi menara setinggi 265 meter dan dewan solat berkeluasan kira-kira 200,000 meter persegi yang mampu memuatkan 120,000 jemaah dalam satu masa.
Selain itu, kompleks tersebut juga menempatkan perpustakaan, sekolah pengajian al-Quran dan muzium kesenian serta kebudayaan Islam.
Difahamkan, idea untuk membina masjid mega itu telah tercetus sejak 1962 ketika Algeria mendapat kemerdekaan daripada Perancis.
Impian itu akhirnya tercapai selepas pelantikan Abdelaziz, pemimpin yang mempunyai minat sangat mendalam terhadap seni dan kebudayaan Islam. - AFP

No comments:
Post a Comment