JILIN, Beijing 21 April – Seorang pengusaha penapis air di bandar ini menggemparkan negara kerana sanggup ‘mengangkut’ beribu-ribu keping duit syiling seberat 798 kilogram untuk disimpan di sebuah bank di sini.
Menurut portal Mail Online, lelaki yang dikenali sebagai Zhang itu memperoleh duit syiling berkenaan hasil perniagaan penapis air yang beroperasi di seluruh Jilin.
Mesin penapis air itu hanya menerima duit syiling bernilai 5 yuan (RM2.9) dan 11 yuan (RM6.50).
Zhang sebelum itu membungkus ribuan keping duit syiling berkenaan yang bernilai 100,000 yuan (RM59,732) di dalam gulungan kertas sebelum dibawa ke sebuah bank di Changchun.
Bulan lalu, seorang wanita membawa duit syiling sebanyak 540,000 yuan (RM322,553) untuk disimpan di sebuah bank di bandar Dongyang.
No comments:
Post a Comment