NEW DELHI - INDIA. Tahi lembu yang dicampur dengan rumput serta dikeringkan di bawah matahari kini turut dijual secara dalam talian dan mendapat permintaan tinggi di India.
Tahi lembu berkenaan kebiasaannya digunakan sebagai bahan bakar sejak berkurun yang lalu terutamanya oleh penduduk kampung di India.
Peruncit dalam talian termasuk Amazon dan eBay turut mengambil inisiatif menjual bahan bakar berkenaan secara dalam talian selepas mendapat permintaan tinggi terutamanya kepada penduduk yang tinggal di kawasan bandar.
Sesetengah peruncit mengatakan mereka turut menawarkan diskaun untuk pesanan berskala besar, malah terdapat pelanggan yang turut meminta tahi lembu berkenaan dibalut dengan pembalut hadiah.
Jurucakap Amazon India, Madhavi Kochar berkata, penjualan tahi lembu secara dalam talian di laman berkenaan bermula sejak Oktober lalu dan turut menerima tempahan dari pelanggan.
"Tempahan kebanyakan datang dari bandar-bandar yang sukar untuk mendapatkan bekalan tahi lembu berkenaan, " katanya dipetik AP.
Tahi lembu digunakan sejak berabad lalu untuk membakar sama ada bertujuan untuk pemanasan suhu, memasak atau upacara ritual.
Sementara itu, peruncit dalam talian utama India, ShopClue, Radhika Agarwal berkata, permintaan tahi lembu akan meningkat semasa musim perayaan Diwali kerana masyarakat Hindu biasanya menjalankan upacara sembahyang malah pernah kehabisan stok bekalan.
Tahi lembu berkenaan biasanya dijual dalam bungkusan yang mengandungi 2 hingga 8 keping dengan harga 100- 400 rupee (RM 6.50 ke RM26) setiap satu
.
No comments:
Post a Comment