SEORANG petani di China bukan sahaja memperkenalkan pesawat Boeing 737 buatan sendiri, malah turut mempunyai rancangan untuk mengubahnya menjadi sebuah restoran.
Meskipun Wang Lin, 61, membesar dalam keadaan tidak berpendidikan dan buta huruf, namun dia mampu mengetuai kumpulannya dalam pembinaan replika pesawat itu di atas tanah dekat wilayah Henan.
Menurutnya, keputusan untuk membina replika tersebut dibuat selepas dia belajar kejuruteraan mekanikal dan kerja logam pada penghujung 2013.
“Rangka kapal terbang berukuran 35 meter (m) panjang dengan lebar sayap 38m. Ia menelan kos kira-kira ASD22,000 (RM97,000) untuk dibina,” katanya.
Wang berkata, langkah seterusnya untuk ‘pesawat palsu’ berkenaan adalah menjadikan ruang dalamannya sebagai sebuah restoran yang berfungsi sepenuhnya. – Up
i
No comments:
Post a Comment