BOGOTA - COLOMBIA. Momen kemeriahan menyambut ulang tahun kelahiran adalah perkara yang paling dinanti oleh setiap kanak-kanak di dunia, belon, tiup kek dan menerima hadiah adalah sesuatu paling membahagiakan.
Perkara ini tidak terkecuali bagi seorang gadis berumur 15 tahun bernama Magali Gonzalez Sierra.
Ia menderita Hutchinson-Gilford Progeria Syndrome (HGPS), yakni kecelaruan genetik yang menyebabkan Magali mengalami penuaan diri secara berlebihan pada usia 1 hingga 2 tahun.
Memetik laporan Daily Mail, kanak-kanak yang mengalami penyakit ini tampak normal pada saat kelahiran mereka.
Namun menganjak umur satu tahun gejala penyakit ini mulai kelihatan iaitu membabitkan kelambatan pertumbuhan tumbesaran, hilangnya lemak di tubuh, keguguran rambut, kulit mengeriput, sendi mulai kaku dan menghadapi masalah jantung.
Menurut ibu Magali, Sofia,35, meskipun memiliki penampilan fizikal yang berbeza dengan gadis yang seusia dengannya, namun jiwanya masih sama seperti gadis-gadis yang lain.
"Magali suka sekali menari, muzik, berdandan, dan memakai baju warna pink," katanya.
Dalam pada itu ibunya juga telah menyangkal telahan doktor sebelum ini yang mengatakan bahawa anak fhanya mempunyai harapan untuk hidup sekitar umur 13 tahun.
"Magali telah mencapai usia 15 tahun. Dia ingin merayakan ulang tahunnya, meskipun sekarang dia tidak boleh menari, Magali ingin semua hadir di pesta ulang tahun kelahirannya dengan menari dan berdansa," kata ibunya, kepada sebuah laman berita Kolumbia, Publimerto.
Untuk itu, sebuah pesta sambutan kelahiran akan dibuat untuk Magali iaitu pesta QuinceaƱera iaitu satu 'perayaan' istimewa untuk gadis usia 15 tahun bagi gadis-gadis Amerika Latin
.
No comments:
Post a Comment