Pages

Monday, January 18, 2016

400 individu terkaya dunia rugi AS$305b bulan ini

DUNIA ISNIN, 18 JANUARI 2016 @ 2:53 PM


SAN FRANCISCO: Seramai 400 individu terkaya dunia berdepan kerugian AS$305 bilion (1.34 trilion) bulan ini akibat kejatuhan ekuiti global pada awal tahun berikutan pertumbuhan global yang kurang memberangsangkan.


Hartawan berkenaan rugi lebih daripada AS$115 bilion (506.93 bilion) minggu ini, dengan 76 daripadanya rugi sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.40 bilion) pada Januari tahun ini, menurut Indeks Hartawan Bloomberg.


 Sementara itu, tujuh daripada mereka kerugian lebih AS$1 bilion (RM4.40 bilion) hanya pada Jumaat lalu, berikutan pasaran Dow Jones Industrial Average susut 391 mata.

Saham Eropah juga berdepan kejatuhan dalam pasaran lembab dan Indeks Komposit Shanghai memadam keuntungan yang dicatat menerusi kempen menyelamat kerajaan yang dicatat sebelumnya.

Pengasas Amazon.Com, Jeff Bezos, mendahului senarai indeks penurunan kekayaan Bloomberg dengan mengalami kerugian AS$8.9 bilion (RM39.23 bilion) sejak 1 Januari dan AS$1.9 bilion (RM8.37 bilion) pada Jumaat lalu apabila peruncit internet menurun sebanyak 3.85 peratus.

 Individu terkaya dunia, Bill Gates, kerugian AS$6.8 bilion (RM29.97 bilion) daripada aset bersihnya tahun ini dan individu terkaya China, Wang Jianlin kerugian AS$6.4 bilion (RM28.21 bilion).

 Hanya sembilan daripada 400 hartawan terbabit berupaya meningkatkan kekayaan bersih mereka pada tahun 2016, didahului hartawan minyak dari India, Mukesh Ambani yang juga Pengerusi Reliance Industries Ltd yang berpangkalan di Mumbai, dengan memperoleh AS$620 juta (RM2.73 bilion).


Hasil gabungan nilai kekayaan 400 hartawan itu adalah sebanyak AS$3.6 trilion (RM15.87 trilion), penurunan 16 peratus daripada nilai kemuncak kekayaan mereka iaitu AS$4.3 bilion (RM 18.95 bilion) pada 18 Mei 2015. - Bloomberg

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115618

No comments: